MEMPALAS - DILADANG SAWIT

0
POKOK MEMPELAS atau DAUN MEMPALAS (Tetracera indica Merr) atau sinonim Tetracera scadens (L) Merr.)  kini telah ditanam oleh beberapa estet kelapa sawit untuk tujuan tertentu. Penulis lihat perkara ini agak 'pelik' setelah melalui satu estet di kiri dan kanan jalanraya menuju dari Simpang Machap ke Durian Tunggal di Melaka. Tumbuhan mempelas ini merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh dikawasan belukar dari keluarga Dilleniaceae. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama lain sebagaai Akar Empelas dan Empelas dan di kampong saya sebagai Pelas. Mempelas merupakan sejenis tumbuhan jenis memanjat, tumbuh berkelompok dan mempunyai batang berkayu lembut atau sederhana keras. Mempelas lazimnya tumbuh secara liar di kawasan belukar, kampung, kebun, ladang, belukar dan hutan-hutan di Asia Tenggara dikawasan terbuka atau dibawah kawasan naungan tanaman lain. Keunikan tumbuhan ini adalah dimana daun mempelas bersaiz sederhana, berbentuk ringkas, tersusun secara berselang dengan permukaan daun yang kesat (Sila rujuk foto diatas). Belum ada maklumat bagaimana tumbuhan ini mendapat nama. Kemungkinan pemberian nama Mempelas berasal kerana ia banyak tumbuh dibawah pokok 'Mempelam' dan tumbuh berlapis-lapis atau 'beralas-alas' menyebabkan masyarakat tempatan memberi nama sebagai "Mempelas". Tumbuhan ini pada penulis merupakan jenis rumpai yang tidak disukai oleh petani kerana ia mengambil ruang, nutrien makanan, air dan menjadi perumah kepada perosak tanaman. Tumbuhan ini boleh dimusnahkan dengan cara manual (menebas, mencungkil dan membakar) selain daripada menyembur racun kimia (Racun jenis sentuh atau jenis sistemik). Belum ada petani yang dilaporkan menanam tumbuhan ini dinegara kita untuk tujuan komersil sehingga artikel ini ditulis. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan bernama Mempelas daripada pemerhatian dan rujukan beberapa sumber.


Tumbuhan mempelas ini merupakan jenis menjalar diatas tanah dan mampu untuk melilit dan naik kekawasan lebih tinggi pada pokok lain disekitarnya. Ia mampu tumbuh dalam rumpun sehingga ketinggian 1.5 - 2.0 meter. Pokok mempelas yang berbatang kecil berbentuk selinder dan berwarna hijau keputihan dan coklat ini ada banyak cabang. Panjang batang mempelas mampu mencapai seopanjang 5 meter semasa menjalar. Daunnya adalah jenis daun simpel yang berbentuk Epiliptik sehingga bentuk Oblong yang berukuran sekitar 6-10 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Apa yang penulis Anim Agro Technology teliti mengenai ciri keunikkan permukaan daun dibahagian atas yang licin tetapi dibahagian bawahnya adalah kasar. Daun mempelas yang kasar ini selalu digunakan sebagai bahan untuk menggosok permukaan kayu bagi tujuan melicinkannya. Permukaan kasar, kesat dan melekat ini berfungsi seakan 'kertas pasir yang digunakan sebagai bahan untuk melicin dan fungsi untuk menghaluskan permukaan kayu kraftangan. Antara bahan kraftangan yang sering digosok dengan daun mempelas seperti hulu keris, mangkuk kayu, kapalkayu, ukiran kayu dan sebagainya. Bunga mempelas berwarna kemerahan dengan saiz kecil dan menghasilkan stamen yang terkeluar dari petalnya. Jambak bunga ini mekar dan menghasilkan nektar yang sering dikunjungi oleh pelbagai serangga termasuk lebah keran (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Saiz bunga ini sekitar 2.5 cm -3.0 cm lebar dimana ia lazimnya akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk 'globular' dengan ukuran sekitar 1 cm lebar dan mempunyai struktur unik seperti bentuk 'paruk' atau dipanggil sebagai 'beak' sepanjang 3-6 mm. Setiap kapsul buah mempelas mengandungi 1-2 biji benih yang boleh bercambah dikawasan lain.


Pesoalan penulis Anim Agro Technology adalah mengapa pokok mempelas yang selama ini dianggap sebagai rumpai bermasaalah kini ditanam dikawasan sekitar tanaman kelapa sawit?. Penulis yang lalu dikawasan estet kelapa sawit tersebut berhenti untuk mengambil foto tumbuhan ini dan jelas memang ia pokok mempelas yang ditanam dengan makskud khusus (Sila lihat foto disebelah). Mula-mula penulis fikir ia hanya sekelomppk atau beberapa rumpun mempelas yang tumbuh sendiri seperti bisasa. Namun setelah hampir 1 km memandu kereta kahirnya mendapati ia adalah mempelas yang sengaja ditanam oleh estet ini. Tanaman ini sama dengan tanaman bunga Tunera (Tunera spp), Pokok Bunga Pengantin atau Honolulu creepers dan beberapa lagi yang berfungsi sebagai 'Trap Crop' untuk berepa jenis serangga perosak dikawasan ladang kelapa sawit. Kehadiran lebah keran, rama-rama dan semut dikawasan bunga mempelas ini mengesahkan yang tumbuhan ini ditanam sebagai 'trap crop' yang cekap. Walau pun belum banyak laporan kajian atau testimoni dilakukan oleh penyelidik tetapi penulis berpendapat tumbuhan ini akan berfungsi seperti dinyatakan diatas. Beberapa perosak kelapa sawit seperti kumbang dan serangga pemakan daun akan berkunjung kepada bunga mempelas dan ini adalah saah satu kaedah kawalan Pengurusan Perosak Bersepadu yang mungin ingin diamalkan oleh pemilik estst ini.


Dalam kes lain penulis blog Anim Agro Technology juga berpendapat tumbuhan mempelas yang lasak daripada serangan serangga perosak dan penyakit serta tahan kemarau atau musim monsoon ia masih tetap 'survive'. Pokok mempelas yang ditanam ditebing jalan raya mampu mengawal hakisan tanah dan mencantikkan permandangan pengguna jalanraya (Sila lihat foto diatas dan foto dibawah sekali). Menanam mempelas amat mudah iaitu dengan mengambil anak pokok yang telah tumbuh dan ditanam dikawasan dikehendakki. Cara lain dengan kaedah mengambil bijinya yang telah matang dan kemudian ditanam dikawasan dikehendakki. Ia mudah tumbuh terutama jika menanam pada musim hujan. Walau pun belum ada bukti dan kenyataan rasmi dari pemilik estet ini tetapi penulis berpendapat pokok mempelas yang banyak dan luas disepanjang kiri dan kanan jalan adalah sengaja ditanam. Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa sumber lain mengenai khasiat mempelas. Khasiat pada daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir. Daun ini berfungsi seperti kertas pasir. Ada juga masyarakat zaman dahulu yang biasa untuk menggunakan daun ini untuk melicinkan kuku. Serbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering untuk boleh digunakan untuk merawat radang. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa. Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi. Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan. Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya. Semuga tulisan dalam Anim Agro Technology dipagi Sabtu ini memberikan info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!!.



RUMPAI MEMPELAS...APAKAH DIA...
DILADANG SAWIT...ADA RUPANYA...
KELILING LADANG...TANAM MERATA...
TAHAN HAKISAN...DAN SERANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Ladang IOI, Jalan Machap,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1437H)
Melalui jalan tersebut balik Melaka dari Kuantan.

TKPM LANCHANG

0
TKPM LANCHANG adalah singkatan kepada Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang yang terletak di Daerah Temerloh, Pahang. TKPM ini merupakan satu projek TKPM paling luas di Malaysia dengan keluasan fizikal 3,600 hektar (10,000 ekar) yang mula dibangunkan semenjak tahun 2008. Daripada keluasan tersebut seluas 3,026 hektar telah pun dibangunkan dan kawasan seluas 2,292 hektar telah ditanam dimana sebahagian daripadanya telah mengeluarkan hasil. Kawasan yang dahulu hutan telah mula dibangunkan dengan membersihkan kawasan dan membuat infrastruktur ladang seperti jalan masuk utama, sistem pengairan, pembentung, kolam, jalan ladang, parit sempadan dan sebagainya. Projek ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dengan bertujuan untuk menyediakan kawasan tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayuran kepada negara untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan untuk aktiviti hiliran atau tujuan pemprosesan. Beberapa tanaman yang sesuai dikenalpasti dikawasan ini seperti tanaman Buah Nangka (Artcarpus heterophyllus), Betik (Carica papaya), Kelapa Pandan (Cocos nucifera), Nenas (Ananas commosus), Belimbing Besi (Averrhoa carambola), Herba, Sayuran dan beberapa jenis tanaman selingan lain. Kini tanaman utama di TKPM Lanchang telah pun ditentukan sebagai Tanaman Nangka. Hampir 80% nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow (J33). Nagka jenis lain yang ada ditanam di TKPM Lanchang ini adalah seperti Varieti Mastura (J37) dan Nangka Subang Chap Boy (J38). TKPM Lanchang merupakan salah satu daripada 18 lokasi TKPM diseluruh Negeri Pahang dan 76 buah TKPM diseluruh Malaysia yang telah dibangunkan semenjak RMK ke 9 dan RMK Ke 10. Kini TKPM merupakan satu kawasan pengeluaran makanan yang utama di negara ini dengan pelbagai jenis produk makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Projek TKPM ini melibatkan ramai petani dengan sistem pertanian yang lebih terancang dan berjaya. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu TKPM yang terluas di Malaysia iaitu TKPM Lanchang sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.

TKPM Lanchang yang dibangunkan ini mempunyai dua sistem pengurusan iaitu Pengurusan Ladang oleh Swasta dan Pengurusan Ladang oleh Usahawan. Keluasan pemilikan tanah TKPM bagi swasta diantara 40 hektar (100 ekar) sehingga sekuas 200 hektar (500 ekar). Sementara itu keluasan bagi seorang usahawan pula diantara 8 - 12 hektar (20 - 40 ekar). Semua peserta perlu membayar sewaan tanah TKPM dengan kadar RM100 seekar (RM250 sehektar) setahun. Terdapat seramai 43 syarikat yang menandatangani perjanjian di TKPM Lanchang untuk memajukan tanah dengan keluasan fizikal 3,200 hektar dimana kini bertanam seluas 1,955 hektar (Sumber: Laporan Projek TKPM, Jabatan Pertanian Malaysia). Kesemua syarikat yang telah menanam dilaporkan telah berjaya menghasilkan sebanyak 1.681 juta kg hasil bernilai RM3,247 juta pada tahun 2015 dimana ia cuma 30%-40% baru berhasil dari jumlah kawasan bertanam. Hasil pengeluaran ini akan meningkat lagi pada tahun mendatang apabila lebih banyak pokok nangka yang ditanam mula mengeluarkan hasil. Buah nangka yang dihasilkan disini adalah jenis Tekam Yellow yang sesuai untuk dijual dipasaran domestik dengan purata harga ladang RM2.00 - RM2.50 sekilogram bergantung kepada kualiti dan gred. Daripada penelitian penulis beberapa tahun ini, kutipan hasil pengeluaran buah nangka dari TKPM Lanchang kini pada kada 160 -180 mterik tan sebulan. Bagaimana pun trend pengeluaran hasil banyak pada bulan JUN - JULAI sebelum ianya menurun pada bukan OGOS. Trend juga menunjukkan ia naik lagi pada bulan OKTOBER sebelum memuncak hasilnya pada DISEMBER. Pada bulan JANUARI hasil buahnya menurun semula.


Dalam pada itu bagi sistem pengurusan Usahawan, terdapat seramai 47 orang usahawan yang menjadi peserta di TKPM Lanchang dengan keluasan fizikal 400 hektar (1,000 ekar). Daripada keluasan fizikal tersebut seluas 342 hektar telah bertanam dan bakinya adalah kawasan rizeb jalan, kolam dan juga kawasan belum di tanam. Rekod menunjukkan kawasan ini pada 2015 telah menghasilkan sebanyak 124.4 metrik tan hasil bernilai RM0.247 juta. Hasil ini akan berganda pada tahun akan datang seterusnya apabila sebahagian tanaman nangka akan mula mengeluarkan hasil. Syarikat yang dipilih menjadi peserta di TKPM ini perlu menjalani proses temuduga dan menandatangani perjanjian untuk mengusahakan tanaman yang ditentukan. Mereka perlu menyediakan bajet untuk mengusahakan tanaman kerana TKPM hanya menyediakan prasarana asas sahaja untuk TKPM. Peserta TKPM perlu menyediakan benih tanaman, bahan input (baja, racun, kimia), kos operasi dan sebagainya sehingga penanaman berhasil. Kesemua peserta digalakkan untuk memohon persijilan MyGAP dimana sebahagian besar telah berjaya memperolehinya. Peserta juga dipantau oleh pasukan pengurusan TKPM Lanchang dengan rapi dimana ia akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Perlaksanaan Jabatan Pertanian dan juga kepada kerajaan negeri. Jika peserta gagal melaksanakan penanaman dan pengeluaran mereka akan diberikan peringatan dan boleh disingkirkan jika gagal seterusnya membangunkan kawasan TKPM. TKPM Lanchang telah diaudit dalam 'Star Rating' projek-projek TKPM dengan mendapat 3 bintang pada 2014.


Tekam Yellow adalah nama varieti nangka yang paling utama di tanam di TKPM Lanchang ini. Pada peringkat awal penghasilan ada dikenalpasti masaalah KARAT NANGKA (Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai masaalah Karat nangka dengan membaca artikel - Sila klik disini, Sila klik disini dan Sila klik disini). Kini kes karat nangka semakin kurang apabila beberapa teknik kawalan dijalankan dan pokok nangka tersebut semakin dewasa. Buah nangka akan matang diantara 100 - 105 hari selepas sahaja Anthesis (proses pendebungaan lengkap). Buah ini perlu dibungkus dengan pembalut buah sama ada menggunakan guni, pembalut plastik, kain dan sebagainya untuk mengelakkan daripada serangan lalat buah (Bacterocera carambolae atau Dacus spp.). Setelah buah dibalut maka ia ditandakan agar boleh dipetik mengikut jadual pungutan hasil yang diaturkan. Buah akan dipetik dan digredkan mengikut saiz, kualiti dan lokasi pemasaran beberapa hari. Ia akan dihantar ke Pusat-pusat penjualan atau tempat pemprosesan minima oleh usahawan. Berat sebiji nangka Tekam Yellow dari TKPM Lanchang daripada sekitar 15- 20 kg sebiji sehingga 50-60 kg sebiji. Kaedah penjagaan dan pengurusan tanaman menentukan kualiti nangka dan kuantiti hasil dari ladang. TKPM Lanchang merupakan satu TKPM paling luas dan terbesar di Malaysia dengan potensi tinggi untuk menghasilkan makanan untuk negara. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...


TKPM LANCHANG... LUAS KAWASANNYA...
SECARA KOMERSIL...TANAMAN NANGKA...
USAHAWAN KOMERSIL...JUGA SWASTA...
MENULIS ARTIKEL... RUJUKKAN SAHAJA...

By,
M Anem,
TKPM Lanchang, Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Pahang, Malaysia.
(29 Zulkaedah 1437H).  

ROAD TO MAHA - ZON TIMUR 2016

0

ROAD TO MAHA ZON TIMUR merupakan salah satu dari program dibawah Kementerian Pertanian dan Industri yang diadakan dari 26 - 28 Ogos 2016 di MARDI, Cherating, Kuantan, Pahang. Program ini merupakan salah satu daripada program sebelum penganjuran MAHA Induk sebenar yang akan diadakan di MAEPS Serdang, Selangor pada akhir tahun sebagai kemuncak. Program yang sama telah diadakan dibeberapa lokasi sebelum ini seperti di Sarawak, Sabah, Johor, Zon Utara dan beberapa lokasi lagi. Tujuannya adalah untuk mempromosi penganjuran MAHA induk dan memberi peluang kepada orang ramai mendekati kemajuan sektor pertanian oleh MOA dan fungsinya sebagai mereka yang terlibat dengan pengeluaran makanan negara. Road to Mala Zon Timur ini membawa moto sebagai 'Our Food Our Future' dengan melibatkan sebanyak 46 Gerai Pameran dan 68 buah Gerai Jualan dikawasan seluas 15 hektar Stesyen MARDI yang kedudukannya dilaluan utama dari Kuantan ke Kemaman. Penglibatan Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Pertanian Malaysia dalam program ini mampu menarik seramai lebih 300,000 orang pengunjung dalam 3 hari untuk melihat pameran dan juga mendapatkan pelbagai produk-produk jualan serta menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Kawasn pameran yang terletak dilaluan utama ini mudah diakses oleh pengunjung. Artikel malam ini saya menulis lagi di dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perlaksaan program Road To Maha Zon Timur sebagai satu infimasi yang boleh dirujuk.


Perasmian Majlis Road To MAHA Zon Timur ini dilaksanakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia iaitu Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek (Sila lihat foto disebelah). VVIP yang turut hadir adalah YB Exco Pertanian Negeri Pahang, Exco Pertanian Negeri Kelantan dan Ketua-Ketua Pengarah serta Pengerusi beberapa lembaga dibawah MOA serta orang ramai. Antara perkara yang dikupas oleh YB Menteri adalah program ini merupakan satu aktiviti yang diatur oleh MOA untuk mempromosikan MAHA Induk yang akan diadakan pada hujung tahun untuk kawasan Zon Timur. Beliau ada nyatakan program ini penting dalam usaha memertabatkan sektor pertanian yang menjaga keperluan makanan negara. Pada masa ini negara masih ada bekalan makanan mencukupi walau pun sebahagiannya masih bergantung kepada makanan import seperti jagung bijirin dan kacang soya. Bahan ini diimport untuk diproses bagi makanan ternakan terutama ternakan ayam. Kalau dahulu harga jagung bijirin import hanya RM400 - RM600 satu metrik tan tetapi kini harganya meningkat kepada RM1,200 satu metrik tan apabila berlaku bencana banjir di Argentina dan penurunan matawang Malaysia. Oleh itu amat penting bagi Malaysia mengorak langkah untuk menanam jagung bijirin kerana ia memang tidak ditanam di Malaysia. Negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan sebagainya ada menanam sendiri jagung bijirin untuk kegunaan seperti ini. Projek pertama penanaman jagung bijirin kini sedang dilakukan di Kemaman Terengganu dan Pusat Pertanian Titi Gantung dengan menggunakan benih GWG. Negeri Pahang dan negeri-negeri lain juga diminta untuk menanam jagung bijirin dikawasan yang sesuai. Penanaman jagung ini memerlukan perancangan rapi dari segi teknologi penanaman, penjagaan, pasaran dan kemungkinan beberapa insentif lain yang sesuai.


Menyentuh mengenai produk daripada Malaysia, YB Menteri menyarankan agar diujudkan produk 'SUPER FOOD' Malaysia iaitu seperti MADU KELULUT. Ini kerana Malaysia kini mampu untuk menghasilkan madu kelulut berkualiti dan menembusi pasaran luar negara. Kalau New Zwaland dengan Buah Kiwinya, Korea Selatan dengan Ginsengnya maka tidak hairan kalau Malaysia akan menjadikan madu kelulut sebagai produk 'Super Food'nya. Penternakan kelulut (Trigona spp) merupakan satu industri baru yang popular dimasa ini dikalangan generasi muda dan mampu memberikan pulangan yang baik. Anda boleh baca artikel mengenai kelultu dalam blog Anim Agro Technology dengan klik sahaja (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi yang berkaitan. Madu Kelulut merupakan makanan yang mengandungi antioksidan dan khasiat perubatan yang bernilai. Satu kempen dilakukan oleh MOA melalui 'Jalan Kaki Kelulut' oleh Pak Sabri yang berasal daripada Kemaman keseluuruh negara dengan jarak 5,000 km sebagai DUTA KELULUT.  Program jalankaki kelulut ini akan berakhir semasa MAHA Induk di MAEPS, Sedang hujung tahun ini. Isu kualiti dan penggredan madu kelulut ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi. Banyak produk madu kelulut di jual kali ini olrh pengeluar kelulut tempatan (Sila lihat foto disebelah). Harga madu kelulut asli dijual sekitar RM180 - RM220 satu kilogram. Madu kelulut yang dipasarkan masa kini tiada piawaian khusus dan bekalan sangat tehad kerana ujud permintaan yang amat tinggi. Serangan Black Soldier Fly (BSF) dan juga Kumbang Pendebunga (Haptoncus luteus) yang berlaku masa kini adalah terkawal dan boleh diatasi dengan beberapa kaedah kawalan. Anda juga boleh baca artikel berkaitan dengan BSF  tulisan saya dengan (Sila klik disini) dan Kumbang Pendebunga (Sila Klik disini).


Banyak Gerai Jabatan mempamerkan pelbagai teknologi, program dan aktiviti. Antara pameran yang menarik minat ramai pengujung adalah 'Piramid Nangka Tekam Yellow' daripada TKPM Lanchang oleh Jabatan Pertanian. Lebih daripada 150 biji buah nangka masak dijadikan piramid setinggi 3 meter dan dilaporkan didalam akhbar tempatan (Sila lihat foto disebelah). Nangka varieti Tekam Yellow merupakan produk buah dalam kelas Pahang Premium yang dipasarkan untuk makan segar, diproses dan juga untuk pasaran eksport. Pengeluaran nangka J33 dari TKPM Lanchang sekitar 160 metrik tan (160,000 kg) setiap bulan dan memuncak pada bulan Disember setiap tahun. Harga ladang sekitar RM2.00 - RM2.50 sekilogram iaitu bergantung kepada kualiti buah dan musim pengeluaran. Nangka Tekam Yellow juga ditanam di lapan buah TKPM lain diseluruh Pahang sebagai tanaman utama. Nangka Tekam Yelloy telah diproses menjadi 'Ais Kerim' seperti yang di pamerkan di gerai LPP dimana ia mempunyai pasaran amat baik dikalangan pengguna. Penanaman nangka di Pahang sebagai pilihan lain kepada produk buah-buahan yang sudah popular di Pahang iaitu Durian Musang King terutama dari daerah Raub, Bentong dan sekitarnya. Pahang mempunyai seluar 13,000 hektar kawasan tanaman durian dimana ramai petani telan menjalankan program 'cantuman dewasa' durian dengan menggantikan varieti durian kampong kepada varieti D197 iaitu Musang King. Gerai Jabatan Pertanian juga ada menunjukkan kaedah teknologi cantuman dewasa durian. Program Road To Maha Zon Timur dikatakan berjaya diadakan dan mendapat sambutan orang ramai sehinggakan jalan uta sesak untuk beberapa kilometer. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!...

ROAD TO MAHA... CERATING TEMPATNYA...
RAMAI PENGUNJUNG... MEREKA SUKA...
LAWAT PAMERAN... SESAK DIBUATNYA...
SATU PROGRAM...IA AMAT BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Road To MAHA Zon Tomir,
Stesyen MARDI, KM35, Cherating,
Pahang, Malaysia.
(28 Ogos 2016)

MESTA - KAWALAN RUMPAI

0
POKOK MESTA (Garcinia mangostana) merupakan sejenis varieti manggis didaftarkan dengan Kod Varieti GA2 yang semakin popular masa kini. Ia lebih berkualiti dan harga jualan lebih mahal daripada buah manggis biasa. Tumbuhan dari keluarga Clusiaceae ini hanya popular dibeberapa negari sahaja di Malaysia seperti disekitar Pahang. Buah Mesta juga dipanggil sebagai 'sete' dikalangan orang pantai timur Semenanjung Malaysia dan selalunya mereka yang tidak mengenalinya akan kata ia hanya buah manggis biasa. Tanaman mesta di Malaysia merupakan jenis buah yang diusahakan secara selingan bersama pokok buah-buahan lain sehingga sekitar 5-7 tahun dulu ada beberapa petani yang menanam mesta secara monokrop. Jabatan Pertanian Negeri Pahang juga masih membangunkan Pakej Amalan Teknologi tanaman mesta yang disesuaikan dengan pakej amalan tanaman manggis dan penyesesuaian dari hasil pemerhatian yang dilakukan bersama penanam mesta komersil. Apa yang petning adalah punca benih mesta yang tulin yang hanya boleh didapati daripada pembekal benih yang disahkan oleh Jabatan Pertanian. Perbezaan antara benih mesta dengan benih manggis perlu betul difahami petani yang ingin menanamnya. Amalan ini termasuk kaedah pembajaan, cantasan pembentukkan dan penyelenggaraan, kawalan musih dan penyakit, mengutip hasil dan juga kawalan rumpai. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kawalan rumpai yang sesuai untuk dusun komersil mesta hasil penelitian penulis dibeberapa lokasi.


Dalam dusun buah-buahan lazimnya terdapat banyak jenis rumpai dan semak samun yang akan tumbuh semenjak peringkat awal penanaman. Antara jenis rumput yang tumbuh seperti Rumput Parit (Axonopus compresus), Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum), Rumput Setawar (Boreria latifolia), Rumput Duri Bulat (Chenchrus echinatus), Lalang (Imperica cylindrica), Senduduk (Melastoma malabartricum), Rumput Kapal Terbang (Chromolaesa odorata), Rumput Sendayan, Rumput Rusiga, Rumput Tahi Ayam (Ageratum spp), Rumput Melela (Brachiaria mutica), Rumput Keremak (Altehermanthera sessilis) dan sebagainya dimana anda boleh buat rujukkan (Sila klik disini) untuk membaca dengan lebih informatif).Sebenarnya terdapat berpuloh-puloh jenis rumpai yang akan tumbuh dikawasan dusun malahan mungkin sampai beratus spesis. Rumpai ini akan bersaing dengan pokok buah-buahan seperti diladang mesta ini dari segi ruang, baja dan air serta cahaya matahari. Apa yang lebih teruk lagi dimana rumpai akan menjadi perumah kepada serangga perosak dan juga sesetengah penyakit. Dalam mempastikan tanaman mesta monokrop ini memberikan hasil banyak dan berkualiti pengurusan untuk isu rumpai ini perlu dilakukan dengan betul. 


Setelah penulis Anim Agro Technology melawat beberapa kebun penanaman mesta komersil dibeberapa lokasi dan membuat temubual dengan petani, pengurusan rumpai sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan hasil mesta yang bermutu. Rumput selaon daripada yang tertera di foto sebelah perlu dibuang dengan pelbagai cara termasuk mencabut, menajak, meracun dan sebagainya. Jenis seperti rumput parit atau rumput kerbau yang tumbuh perlu dipotong dengan mesin pemotong rumput pada tahap ketinggian 2-3 inci dari paras tanah (Sila lihat foto disebelah yang saya ambil dikebun mesta). Rumput jenis ini hanya dibenarkan tumbuh diantara ruang barisan tanaman mesta. Rumput jenis ini didapati amat sesuai diselenggara dengan kekerapan memotong rumput diantara 2-4 bulan sekali bergantung kepada keadaan cuaca. Musim hujan banyak rmput mudah meninggi dan kekerapan memotong lebih kerap berbanding dengan musim kering dan kurang hujan. Elakkan sama sekali menggunakan racun rumpai dalam menguruskan rumpai dikawasan dusun mesta. Penggunaan racun rumpai sistemik amat kurang sesuai digunakan dalam kebun mesta yang inginkan kualiti buah baik.


Dalam pada itu amat penting petani membersihkan kawasan pangkal pokok mesta (Sila anda lihat foto disebelah). Jika anda lihat foto ditunjukkan dimana bawah kanopi pokok mesta tidak ada rumput langsung dan hanya ada daun-daun kering mesta sahaja. Ini amat perlu dilakukan dari peringkat awal pengawalan rumpai dengan tidak membenarkan ada rumpai dibawah kanopi. Rumput hanya dibenarkan diluar kanopi pokok mesta. Apabila ada rumpai yang tumbuh dikeliling pangkal pokok mesta ia boleh dibuang secara manual dengan mencabur, menajak dan sebagainya. Keujudan rumput diantara batas tanaman adalah sangat perlu untuk mengekalkan kelembapan tanah terutama ketika musim panas berpanjangan. Ia juga mampu mengurangkan suhu dipermukaan tanah jika ada rumpai yang tumbuh diantara barisan tanaman mesta. Tinjauan oleh penulis dibeberapa kebun mesta yang mana ia diracun secara menyeluruh (blanket spray) mendapati pokok mesta dalam kebun tersebut kurang subur terutama dimusim kering. Ketiadaan sistem pengairan pada kebun tersebut menyebabkan berlakunya keguguran daun dan bunga mesta ketik musim kemarau El-Nino yang lepas. Berbanding dengan kebun lain yang ada rumput diantara barisan yang dijaga baik didapati jumlah tuaian hasil dan kualiti buah mesta yang dikeluarkan amat berbeza.


Walau pun isu pengurusan rumpai dikawasan tanaman mesta ini kurang dibincangkan, penulis kali ini memang dapati ia adalah satu perkara penting dalam kaedah Sistem Amalan Pertanian Baik. Tanaman mesta yang dijaga rumpai dengan baik didapati mampu untuk menghasilkan buah lebih banyak, buah berkualiti dan buah gred A yang lebih tinggi peratusnya. Keadaan bawah kanopi pokok mesta yang bersih memudahkan kerja mengutip buah mesta yang gugur dan mudah dilihat diatas tanah berbanding dengan jika ada rumput yang banyak dibawahnya (Sila lihat foto disebelah). Apa juga dalam mempastikan tanaman ini subur dan mamopu memberikan pendapatan lumayan, pengurusan lain seperti pembajaan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, aktiviti cantasan dan sebagainya perlu dijalankan dengan sistematik. Penelitian dan pemerhatian penulis juga dapati agak kurang kes-kes Gamosos pada buah mesta berbanding dengan buah manggis pada musim ini dengan ketara sekali. Daripada berpuloh sampel buah mesta yang diujirasa didapati tidak ada terjumpa kes gamosis. Berbanding dengan buah manggis diladang lain didapati kes gamosis adalah sekitar 10-15 % berlaku musim ini. Ada hipotesis berkemungkinan kes gamosis ini berkait dengan penggunaan racun rumpai jenis sistemik selain daripaka kekurangan unsur nutrien tertentu. Apa pun artikel dalam Anim Agro Technology kali ini cuba paparkan kepentingan kawalan rumpai dalam kebun buah mesta. Wasallam!!!...

TANAM MESTA ... RUMPUT DIJAGA...
KEBUN SEMAK... KUAT MAKAN BAJA...
PERUMAH PEROSAK...DAN SERANGGA..
RUMPAI DIKAWAL..HASIL TINGGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Empress, 
Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1437H)




RPW - PEROSAK MERBAHAYA

0
KUMBANG JALUR MERAH atau RED PALM WEEVIL (RPW) merupakan serangga perosak yang kini telah digazetkan sebagai perosak merbahaya dibawah Akta Kuarantin 1976. Serangga ini dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian sebagai ancaman kepada industri tanaman kelapa dan kelapa sawit . Kini serangan terhadap kelapa dilaporkan sangat serius terutama di Terengganu dan Kelantan dan beberapa negeri lain sedang membuat pemantauan secara agressif. Berkait dengan kepentingan industri kelapa sawit yang menjadi tunjang kepada ekonomi negara bagi sektor pertanian, pada masa ini terdapat keluasan Kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang ditanam sekitar 5.48 juta hektar dengan jumlah nilai ekonomi yang dijana sehingga RM 63 bilion. Laporan juga penulis dapati industri tanaman kelapa sawit menggunakan sebanyak 79% tanah pertanian di Malaysia. Sementara itu kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke 4 terpenting di Malaysia dengan keluasan kelapa direkodkan pada 2015 seluas 85,799 hektar dan memberi nilai ekonomi sebanyak RM 500 juta. Kehadiran kumbang dikenali 'RPW' diwartakan sebagai perosak berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 oleh YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Julai 2011 sebagai serangga merbahaya yang perlu dikawal. Perosak ini sangat berbahaya kepada tanaman palma atau dari keluarga Arecaceae. Semasa artikel ini ditulis kumbang RPW ini juga dilaporkan telah memusnahkan 465 ha tanaman kelapa di Terengganu (294 ha) dan di Kedah (171 ha) dan juga ia telah memusnahkan lebih 335 pokok kurma. Menteri Pertanian dan industri Asas Tani dijangka mengumumkan kempen kawalan kumbang RPW di Terengganu agar mereka yang terlibat dalam sektor ini tahu dan faham akan ancaman RPW dimasa akan datang. Jabatan Pertanian mensasarkan penhujung tahun 2016 tidak akan ujud lagi RPW atau pada paras terkawal. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kumbang RPW yang merbahaya dan perlu diketahui oleh semua.


Menurut pakar entomologi Jabatan Pertanian terdapat dua spesis yang didapati di negara kita. Kumbang RPW ini juga dikenali sebagai Kumbang Jalur Merah dengan nama saintifik sebagai Rhynchophorus vulneratus. Jenis ini adalah jenis yang kurang agresif menyerang dan menyebabkan kerosakan pada tanaman palma. Ia juga dikatakan sebagai jenis RPW tempatan yang memang telah ada dinegara kita semenjak dahulu. Jenis Kumbang Merah Palma kedua yang dikatakan 'dibawa masuk dari luarnegara' adalah dikenali dengan nama saintifik sebagai Rhynchophorus ferrugineus (Sila anda lihat foto disebelah). Jenis ini dikatakan sangat agresif dan menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman palma terutama pada pokok kurma dan kelapa. Kumbang merah palma (Rhynchophorus ferrugineus) atau Red Palm Weevil (RPW) adalah sejenis kumbang behaya daripada keluarga Curculionidae (Coleoptera). Ia merupakan perosak utama bagi tanaman palma seperti kelapa, kelapa sawit dan kurma. RPW merupakan serangga perosak dalam kumpulan perosak yang menyerang pokok kelapa. Perosak ini mula dikesan buat pertama kali di kawasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan pada Oktober 2005.


Simptom utama kerosakan akibat serangan RPW adalah pucuk akan menjadi layu, diikuti dengan daun-daunnya. Apabila serangan menjadi teruk, pucuk daun dan pelepah akan menunjukkan simptom kekuningan. Kadangkala kehadiran perosak ini dapat dikesan apabila aktiviti memakan di dalam pokok kelapa dapat didengar dari luar. Serangan peringkat akhir akan menyebabkan bahagian crown pokok kelapa patah dan mati. Kehadiran serangan RPW bermula di Rhu Tapai, Terengganu pada tahun 2010. Ia kemudiannya merebak ke lain-lain kawasan penanaman kelapa di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini dilaporkan 294 hektar daripada 2,730 hektar kawasan kelapa telah musnah akibat serangan serangga ini. Tindakan pemantauan dan kawalan sedang dijalankan di semua negeri di Semenanjung Malaysia untuk membendung dan menghapuskannya. Langkah-langkah kawalan telah menunjukkan pengurangan serangan di beberapa kawasan. Bagaimanapun, penanaman kurma sebagai tanaman hiasan atau tanaman ladang secara komersial telah menjejaskan usaha-usaha Jabatan Pertanian kerana pokok ini adalah perumah utama yang menggalakkan pembiakan perosak ini dengan lebih cepat. Kehadiran RPW ke negara ini disyaki melalui kemasukan secara tidak sah pokok kurma yang dicemari oleh perosak ini. Penanaman pokok kurma sebagai pokok hiasan menggalakkan pembiakan perosak RPW di negara ini yang menjejaskan usaha-usaha Jabatan Pertanian dalam membendung dan menghapuskan perosak tersebut. Telur RPW ini mungkin membiak dengan baik di negara kita (Sila lihat foto telur RPW disebeleh).


Jabatan Pertanian giat menjalankan program pengesanan, pemantauan dan pengawalan perosak RPW tersebut menggunakan perangkap feromon sebelum memusnahkan kumbang merah palma yang telah diperangkap. Kini pelbagai kaedah kawalan perosak RPW dijalankan untuk memastikan populasinya tidak merebak ke kawasan yang bebas serangan RPW. Pelaksanaan program kawalan bersepadu perosak RPW bagi tanaman kelapa dan kurma dijalankan mengikut prinsip Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang mesra alam. Kaedah-kaedah kawalan RPW yang telah dijalankan oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian adalah seperti dengan (i) Kaedah mekanikal menggunakan perangkap feromon iaitu baldi plastik yang dipasang dengan feromon penarik kumbang diletakkan atau diikat pada pangkal batang pokok di kawasan serangan. Setiap dua minggu, perangkap akan diperiksa dan bilangan RPW yang terperangkap direkod dan dimusnah supaya populasinya dapat dikawal. (ii) Kaedah kultura yang menekankan kebersihan kawasan ladang untuk mengawal populasi RPW daripada merebak. (iii) Kaedah pemusnahan dengan membersih dan memusnahkan semua batang dan pelepah kelapa secara membakar atau menanam selepas ditebang bagi memusnahkan larva yang berada didalamnya (Sila lihat foto larva disebelah). (iv) Kaedah kuarantin dengan tidak membawa masuk bahan tanaman terutama pokok kurma dan pokok palma hiasan tanpa melalui prosedur kuarantin. (v) Kaedah kimia merupakan alternatif untuk menghapuskan RPW yang menyerang pokok. Racun serangga seperti cypermethrin bagi pokok yang rendah atau anak pokok manakala kaedah melembabkan tanah atau soil-drenching di sekeliling pangkal pokok dengan racun imidacloprid (0.1 peratus) dan suntikan batang (trunk-injection) dengan racun monocrotophos atau methamidophos bagi pokok yang tinggi.


Ketua Pengarah Jabatan Pertanian berkata, RPW telah diwartakan sebagai perosak berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 pada Julai 2011 dan telah menguatkuasa akta tersebut bersama Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma yang tidak sah. Beberapa tindakan pemantauan dan kawalan pada tanaman kelapa, kurma dan pokok palma hiasan telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian di seluruh Semenanjung Malaysia untuk membendung, mengawal dan menghapuskan perosak RPW. Langkah-langkah kawalan telah menunjukkan pengurangan serangan di beberapa kawasan. Namun begitu, kemasukan secara tidak sah kurma sebagai tanaman hiasan dan komersial boleh menjejaskan usaha jabatan berkenaan kerana pokok tersebut adalah perumah utama RPW dan ditakuti akan membawa masuk sekali dengan perosak itu. Kaedah pemusnahan iaitu dengan membersihkan dan memusnahkan semua batang pelepah kelapa secara membakar atau menanam selepas ditebang. Kemudian kaedah kuarantin pula dengan tidak membawa masuk bahan tanaman terutama pokok kurma dan pokok palma hiasan tanpa melalui prosedur kuarantin. Akhir sekali kaedah kimia iaitu alternatif untuk menghapuskan RPW yang menyerang pokok menggunakan racun serangga seperti cypermethrin bagi pokok rendah atau anak pokok, kaedah soil-drenching di sekeliling pangkal pokok dengan racun imidacloprid (0.1%) dan kaedah suntikan batang dengan racun monocrotophos atau methamidhopos bagi pokok tinggi. Selaras dengan pewartaan yang telah dilakukan, Prosedur Operasi Standard (SOP) juga disediakan dengan tujuan menjadi panduan kepada pegawai dan pekerja dalam industri tanaman palma untuk mengesan kehadiran perosak, menghalangnya daripada merebak serta menjalankan kerja-kerja kawalan dan pemantauan. Kempen Membendung, Mengawal dan Menghapus RPW juga akan diadakan apabila ia melibatkan aktiviti hebahan kepada orang ramai selain mengadakan aktiviti kawalan secara berterusan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan. Wasallam!...
KUMBANG RPW... BANYAK WARNA...
CORAK BERBEZA...SERANGAN SAMA...
MULA MEREBAK...DARI POKOK KURMA...
KINI MENYERANG.. POKOK KELAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik Mesyuarat, Aras 2, 
Bahagian Biosekiiriti,
Wisma Tani, Jabatan Pertanian,
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(28 Rejab 1437H)

MESTA - TEKNIK CANTASAN

0
CANTASAN MESTA (Garcinia mangostana) adalah amat penting dalam membuat Amalan Pertanian Baik (APB) untuk pengurusan tanaman tersebut terutamanya didalam aktiviti cantasan (Pruning). Penulis mendapat beberapa idea atau teknologi untuk tanaman buah mesta berdasarkan lawatan ladang tanaman mesta komersil di Daerah Maran, Temerloh dan juga di Jerantut. Tanaman mesta adalah sama seperti pokok manggis dimana ia mampu tumbuh sendiri dan membesar dengan ketinggian lebih daripada 30-40 meter dalam keadaan liar. Dalam lawatan penulis ke dusun di Bukit Kemuning, Kijal, Terengganu telah menjumpai banyak pokok durian dan manggis yang ketinggiannya melebihi 40 meter. Bagi pokok durian memang tidak bermasaalah kerana buah durian ini akan gugur kebawah apabila masak dan petani akan pungut untuk dipasarkan. Berlainan dengan pokok manggis dan mesta dimana buahnya berada dibahagian hujung ranting dan dahan dicelah-celah daun mesti dipetik dengan alatan khas untuk menuainya. Jika pokok manggis atau mesta ini tinggi maka akan berlaku kesukaran untuk aktiviti menuai malah ia menimbulkan risiko keselamatan kepada para pemetik buah manggis dan isu kepada kualiti buah manggis tersebut. Ini kerana buah mesta dan manggis yang tidak dipetik akan kering didahan dan jatuh ketanah dan tidak sesuai untuk dipasarkan. Pokok mesta yang ditanam dengan monokrop dan komersil perlukan teknologi berlainan untuk mendapatkan hasil lebih baik dan mudah urusan memetik buah mesta. Buah mesta sebaiknya dalam keadaan selalu dibuat cantasan daripada peringkat awal penanam sehingga berbuah. Artikel pagi Jumaat ini semasa cuti rehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah mencantas pokok mesta berdasarkan tinjauan teknologi, pemerhatian dan juga membuat temubual dengan beberapa pemilik kebun mesta.

Pokok Manggis dan Mesta mempunyai batang pokok yang kuat dan kukuh serta tinggi dengan akar tunjang kuat mendakap bumi (Sila lihat foto disebelah). Memang sukar melihat pokok manggis dan mesta yang tumbang akibat ditiup angin walau pun ketinggiannya hampir 80 kaki. Pokok mesta dan manggis yang tinggi pastinya masih boleh berhasil walau pun ia hanya tanaman selingan dengan tanaman lain. Pokok yang tinggi ini perlu dipanjat atau pun menggunakan galah tinggi untuk mencapai buahnya yang berada dicelah-celah daun. Ini bukan kerja mudah tetapi amat rumit dan berisiko. Ramai pemilik dusun bercampur tradisional yang tidak menjalankan aktiviti cantasan yang betul dimana pokok manggis atau mesta yang mereka ada akan dibiarkan begitu sahaja. Banyak buah yang tidak dapat dituai kemudian ia gugur dan jatuh ketanah kemudian lebam atau pecah kerana jatuh dari dahan pokok yang tinggi. Buah rosak fizikal ini tidak sesuai dijual kerana ia sudah busuk atau pecah. Bagaimana pun pokok manggis atau mesta yang berada dicelah-celah pokok buah lain seperti durian, duku, rambutan dan sebagainya selalu kurang dijaga dengan baik berbanding dengan kawasan tanaman mesta ditanam secara monokrop. Kebanyakan kebun tradisional ini pun tidak diberikan baja mencukupi dimana boleh dikatakan ia akan menghasilkan buah yang organik.


Penulis akan cuba mempaparkan teknologi pemangkasan pokok mesta berdasarkan pemerhatian, temubual penulis dengan beberapa petani yang menanam mesta komersil monokrop dan rujukkan beberaka buku. Pokok mesta adalah jenis poko saka yang mampu tumbuh tinggi jika tidak dilakukan cantasan. Daripada peringkat awal lagi pokok dicantas batang utama pokok mesta apabila telah ada 10 -12 dahan. Potong setinggi 1.5 - 2.0 meter daripada paras tanah ketika pokok berumur 2-3 tahun dengan alat cantasan. Sapukan cat atau bahan sesuai lain pada permukaan keratan tersebut (pollarding technique) agar mengelakan serangan kulat pada keratan. Buang tunas yang tumbuh dibahagian tengah yang tumbuh sehingga pokok berdiri teguh dengan seimbang (Sila lihat foto disebelah). Kedudukan dahan manggis sebaiknya adalah seimbang untuk mrmudahkan kerja-kejra memetik hasil dengan memijak dahan tersebut. Kaedah 'pollarding' pokok mesta ini membolehkan dahan pokok akan melebar membentuk kanopi pokok yang seimbang. Pokok mesta yang dijaga dengan baik dari segi cantasan akan memberikan hasil lumayan jika amalan agronomi lain seperti pembajaan, kawalan rumpai, kawalan musuh dan penyakit dan sebagainya. 


Pokok yang telah berumur 5-6 tahun dikebun ini didapati hanya setinggi 15 -25 kaki sahaja (Sila lihat foto disebelah). Ketinggian pokok sebegini memudahkan aktiviti pengurusan kebun seperti mengawal rumpai, membaja, menyembur racun dan juga memetik hasil. Ketinggian dahan paling bawah hanya sekitar 1.0 - 1.5 meter dari paras tanah. Ini akan memudahkan pekerja untuk memetik hasil semasa musim buah sama ada dengan berdiri diatas tanah atau panjat dahan pokok untuk buah berada dibahagian atas. Kerja mencantas selalunya menggunakan gergaji cantasan atau alatan lain yang sesuai. Tunas-tunas air yang tumbuh ditengah selalunya dibuang menggunakan galah yang ada sabit dihujungnya. Membuang dahan utama yang tumbuh dibahagian tengah pokok dilakukan 2-3 kali setahun untuk memberikan cahaya matahari dan sistem pengudaraan masuk kebahagian tengah-tengah pokok. Oleh itu apabila anda berada dibahagian bawah pokok akan melihat terang dibahagian tengah pokok mesta dewasa. Ini memberikan kurangnya serangan perosak dan penyakit melalui apa yang dikatakan sebagai 'open-centered system'. Kaedah ini hampir menyamai dengan kaedah cantasan untuk pokok nangka, mangga dan beberapa jenis buah lagi.


Kalau melihat batang utama pokok mesta yang cantik kaedah cantasannya adalah seimbang dan besar (Sila anda melihat foto disebelah). Pada ketinggian ini penulis dengan mudah naik memijak dahan pertama dan menggunakan galah untuk mencari buah mesta masak dicelah-celah ranting dan daun. Walaupun saiz dahan agak besar dan kuat namun pada tahun 2016 ini beberapa dahan telah patah dan 'sekah' akibat jumlah buah yang sangat lebat. Ini kerana pada tahun ini buah yang jadi dengan baik meningkat dimana ia disebabkan penggunaan baja tambahan foliar dan kawalan serangga perosak dengan lebih sistematik. Pokok yang dilaksanakan cantasan dengan baik membolehkan ia mudah menjalankan pengurusan berbanding dengan pokok mesta atau manggis yang dibiarkan tumbuh sendiri tanpa dicantas. Bagaimana pun pokok lama yang besar dan menghasilkan buah yang baik boleh dilakukan program 'pollarding' dengan nasihat yang betul daripada pakar pertanian atau pemioik kebun yang telah berjaya melakukannya.


Mungkin kepada orang yang tidak kenal atau tidak pernah memetik buah mesta atau buah manggis agak sukar mencari buahnya. Buah mesta lazimnya berada pada hujung ranting dan berada dicelah daunnya (Sila lihat foto disebelah). Seseorang perlu mendongak keatas untuk masa agak lama dalam mencari buah mesta yang relah matang dan sesuai dipetik menggunakan tangan (jika boleh dicapai) tetapi selalunya menggunakan galah buluh pemetik buah mesta. Galah bukuh kering sepanjang 15-20 kaki ini dibuat lubang dihujungnya dan diikat dengan kawat. Buah mesta masak dijolok dengan libang pada hujung galah dan ibuah tersebut terjatuh dalam lubang. Buah mesta masak yang jatuh dari dahan tinggi akan rosak dan lebam dan tidak tahan lama. Ini berkait dengan kaedah cantasan yang dijalankan pada pokok mesta yang menjadi asas kepada amalan pertanian baik (APB) dan MyGAP. Semuga artikel keli ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Artikel ini mengambil masa 3 jam untuk disiapkan tulisannya. Wasallam!!!.
MEMBUAT CANTASAN... POKOK MESTA...
10 DAHAN... MENJADI DAHAN UTAMA...
POKOK TIDAK TINGGI... IDEALNYA DIA...
BACA ARTIKEL..RUJUKKAN SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kampong Paya Kertau, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(18 Zulkaedah 1437H).

9TH NATIONAL SEED SYMPOSIUM 2016

1
NATIONAL SEED SYMPOSIUM 2016 diadakan di Hotel Sama-sama, KLIA Sepang, Selangor dari 23-24 Ogos 2016. Simposiumyang diadakan dua tahun sekali ini merupakan agenda dwi-tahunan National Seed Association of Malaysia (NSAM) yang dianggotai oleh mereka yang terlibat dalam industri benih negara seperti para penyelidik, pegawai pengembangan, syarikat swasta, individu, pembiakbaka, ahli akademik dan sebagainya. Lebih 120 orang peserta hadir dalam simposium ini yang terdiri daripada ahli-ahli NSAM dan bukan ahli NSAM. Sebanyak 18 kertas maklumat oral dibentangkan dan 25 buah pameran poster juga dipamerkan. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Y Bhg Dato Ahmad Zakaria Sidek, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia yang memberikan sokongan penoh pada NSAM dalam usahanya memainkan fungsi sebagai salah satu sektor penting dalam negara ini iaitu benih tanaman (seeds). Beliau juga ada memberitahu peranan Jabatan Pertanian dalam usaha untuk menentusahkan kualiti benih negara telah berkembang dengan sebanyak 36,000 benih tanaman disahkan pada 2010 selepas dilancarkan progran Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) kepada sebanyak lebih 3.8 juta benih pada tahun 2015. Ia melibatkan 56 buah nurseri yang mendaftar untuk skim ini dengan Jabatan Pertanian. Industri benih negara telah berkembang dengan baik selepas perlaksanaan dibawah program EPP14 dilaksanakan. Sebelum itu dalam ucapan aluan, Presiden NSAM Assc. Prof. Dr Uma Sinniah menyatakan mesyuarat dwi-tahunan ini merupakan salah satu aktiviti NSAM yang menghimpunkan ramai aktivis industri benih untuk membincangkan isu, teknologi, polisi dan semua yang berkait dengan industri ini. Beliau mengucapkan terimakasih kepada KPP, Pembentang Kertas, Pempamer Poster, ketua-ketua Jabatan/Agensi serta semua peserta yang hadir. Artikel malam ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai simposium NSAM yang berjaya.


Benih (seed) adalah asas kepada pertanian dimana ia menentukan hasil yang ladang yang akan dikeluarkan kemudaian. Ia juga akan menentukan kecukupan makanan, kestabilan makanan dan juga keselamatan manan sesebuah negara. NSAM selama 40 tahun penubuhannya telah membantu banyak sektor sama ada kerajaan dalam membentuk polisi dan dasar tetapi juga sektor swasta dalam industri benih negara. Simposium yang dianjurkan oleh NSAM ke 9 ini merupakan satu wadah untuk pemain industri benih negara untuk berbincang dan bersemuka semua pihak yang terlibat. NSAM kali pertama mengadakan simposium pada tahun 1994 di UPM Serdang dan terus aktif sehingga kini. Keahlian NSAM terdiri daripada Ahli Biasa, Ahli Institusi, Ahli Koporat dan juga Ahli Kehormat.  Bayaran yuran dikutip daripada ahli daripada serendah RM100 sehingga RM1,000 bergantung kepada jenis keahlian. NSAM ini ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan ROS (Registrar of Society) pada 25 Febuary 2008 dengan nombor pendaftaran No 0365-08 SEL. NSAM dianggotai oleh 11 orang AJK yang dipilih setiap dua tahun sekali.


Simposium kali ini di bahagikan kepada 4 sektor iaitu Polisi dan Industri Benih, Pengeluaran benih dan pemasaran, Teknolohi dan Sokongan industri benih di Malaysia dan ke 4 adalah Kawalan Kualiti dan Bioteknologi Benih. Penulis sebagai ahli yang hadir mendapati simposium ini amat memberi info terkini mengenai industri benih negara (Sila lihat foto disebelah). Kertas 1 telah pun dibentangkan oleh Dr Mohamed Selamat bertajuk 'The Multifacet of seed technologyTraining: How bright is future'. Kertas 2 oleh syarikat GWG yang bertajuk 'Anchor Company Perpesctive and Role in Enhancing the Malaysian Seed Industry' oleh Mr Lim Kiang Ping. Syarikat GWG merupakan satu syarikat 'anchor company' dibawah prkgran NKEA iaitu EPP 14. Syarikat ini ada beberapa pusat pengeluaran benih seperti di Batu Arang, Selangor, Cameroon Highland, Pahang dan di Bukit Tangga, Kedah. Kertas 3 dibentang oleh Ditri Shapura daripada SIRIM yang bertajuk 'SIRIM's role in ensuring quality seeds and planting material'. Pembentang  menjelaskan beberapa Malaysian Standard yang telah dan sedang dibangunkan oleh SIRIM dalam mengawal industri benih negara. Menurut SIRIM kini terdapat lebih daripada 10 standard yang digunapakai oleh banyak pihak termasuk pemain industri berkaitan dengan kualiti benih.


Kertas ke 4 bertajuk 'Hibiscus Rosa-chinensis - Can it produce seeds in Malaysia' yang dibentangkan oleh En Anuar Shaari' yang juga mahu menubuhkan Malaysian Hibiscus Society. Kertas ini telah membentangkan potensi untuk usaha menghasilkan biji benih bunga raya dengan teknik tertentu. Kerta 5 dibentangkan oleh Mr Joep Van Balen bertajuk 'Private investment in vegetable seed production in Malaysia' (Sila lihat foto disebelah). Syarikat dari Netherlands ini baru beroperasi di Malaysia dibawah syarikat induk Enza Zaden untuk menjadi regional operators dalam industri benih dirantau ini. Paper ke 6 dibentangkan oleh Pn Siti Saudan dari Jabatan Pertanian yang bertajuk 'Seed certification scheme (SPBT). Authentically and quality breeds'. Kertas ini membentangkan beberapa kemajuan dalam pengesahan benih tanaman di Malaysia. Kertas ke 8 dan seterusnya dibentangkan pada hari kedua dengan tajuk 'Production of quality planting material in herbs - Indian experience' oleh Dr Arrunanda. Kertas ke 9 dan seterusnya penulis tidak dapat paparkan kerana tidak sempat mendengarnya kerana keluar untuk tugasan lain. Simposium ini berjaya mengumpulkan ramai pemain industri benih negara agar industri ini akan terus maju dimasa akan datang. Wasallam!!!.

Sebahagian peserta mendengar pembentangan kertas maklumat.

Ketua Pengerah Pertanian merasmikan simposium NASM ke 9.

SIMPOSIUM NSAM...DIHOTEL SAMA-SAMA...
MESYUARAT AGONG... AJK DIPILIH SEMULA...
INDUSTRI BENIH ... DIBINCANG SEMUANYA...
BENIH BERKUALITI..BANGUNKAN NEGARA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Convension Hall 1,
Sama-sama Hotel,
KLIA Sepang, Selangor,
Malaysia.
(23 Ogos 2016)