MENGENAL JENIS KAYU merupakan perkasa asas kepada mereka yang terlibat didalam industri pembuatan perabut (furniture). Dalam pembaca membuat rujukkan kepada tajuk 'Mengenal Kayu' dalam Majalah Anjung Seri mendapati ada maklumat yang sesuai dikongsi sama dengan kupasan dan penelitian penulis sendiri. Kini di pasaran memang banyak jenis perabot kayu direka dan dijual iaitu mengikut kegunaan dan kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa pelanggan. Pilihan kayu pada masa kini tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi jenis kayu seperti kayu melunak, nyatoh, sentang dan terkini adalah jenis kayu getah. Pada masa ini agensi Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu kayan kepada empat kumpulan iaitu Kayu Keras Padu (heavy hardwood), Kayu Keras Pertengahan (medium hardwood), Kayu Keras Ringan (light hardwood) dan Kayu Lembut (softwood). Pada kita yang kurang faham akan perkara ini memadai dengan bertanya kepada penjual perabut dari jenis kayu apa yang digunakan untuk perabot yang berkenan untuk dibeli. Penerangan diberikan dimana perbezaan ciri kayu keras dan kayu lembut ditentukan berdasarkan konvensyen biasa iaitu botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Penulis yang baru balik dari melawat hutan botani Air Keroh, Melaka teruja menulis artikel ini. Artikel pada waktu tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
Pada masa ini ada syarat ini yang tidak membabitkan kategori kayu keras padu yang lebih mengutamakan cari 'tahan lama'. Sebagai contoh jenis kayu merbau misalnya telah pun dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Selain itu jenis kayu kempas pula sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Kini pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian Timbers For Furniture telah menyatakan daripada sejumlah 3,000 spesis kayu-kayan tempatan, cuma sebilangan sahaja yang diproses untuk dijadikan perabot. Perabot keluaran Malaysia kini dibuat dikilang untuk pasaran domestik malahan telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak berpuloh tahun dahulu. Selain daripada jenis kayu keras, perabot keluaran Malaysia juga dibuat daripada kayu lembut terutama dari kayu getah yang dirawat mendapat pengiktirafan diperingkat global. Nilai eksport perabot dari Malaysia mencecah billion ringgit setahun semenjak 10 tahun lalu. Banyak kilang-kilang perabut terutama jenis berkonsepkan Do-it Yourself (DIY) kini dipasarkan diseluruh dunia. Sererusmya penulis akan membuat penerangan ringkas beberapa jenis kayu pilihan utama dalam industri pembuatan perabot tempatan.
(1) KAYU NYATOH
(1) KAYU NYATOH
Jenis Nyatoh adalaj Jenis Kayu keras ringan. Nyatoh (Palaquium spp.) adalah pokok hutan dari keluarga Sapotaceae digunakan untuk membuat perabut dalam kategori ringan. Dari segi populariti pokok nyatoh yang direkodkan bahawa pokoknya sering ditemui ditemui di kawasan hutan bertanah rendah, paya air tawar, paya gambut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Keterangan am mengenai kayu nyatoh adalah dimana kayu gubalnya agak jelas dimana warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan (Sila anda lihat foto disebelah). Lazimnya ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga ianya bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira yang dilihat berombak. Kayunya bertekstur rata dan sedikit kasar dimana keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar. mengenai tahak ketahanan ia dikelaskan sebagai jenis yang tahan lama. Mengenai tujuan kegunaan kayu nyatoh adalah paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak atau dek bot dan venier. Pengguna perlu untuk bertanya penjual sama ada perabut dijual itu benar-benar nyatoh.
(2) KAYU SENTANG
(2) KAYU SENTANG
Ia adalah jenis kayu keras ringan dengan nama botani sebagai Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae. Pokok kayu sentang secara semulajadi sering ditemui di hutan tanah dan kawasan yang berbukit. Bagaimana pun sentang kini telah ditanam dimana anak pokok kayu sentang diusahakan dan ditanam secara komersil oleh pekebun kecil diseluruh negara. Mengenai keterangan umum kayu sentang dimana kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan dan selalunya mempunyai ira kayunya berpanca (Sila lihat foto disebelah). Selalunya ia mempunyai struktur yang mirip lingkaran cincin dimana ini menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata. Dari segi ketahanan kayu jenis ini tidak tahan lama. Kegunaan adalah untuk dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai.
(3) KAYU KEMBANG SEMANGKOK
(3) KAYU KEMBANG SEMANGKOK
Jenis kayu Semangkok dikelaskan sebagai Kayu keras ringan. Nama Botani bagi kayu ini adalah Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae. Pokok kayu ini selalu dijumpai atau ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya. Keterangan am diberi mengenai kayu ini dimana ia adalah kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah (Sila lihat foto disebelah). Kayu ini mempunyai ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kayu adalah kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima. Dari segi ketahanan ia adalah agak tahan lama. Kegunaan kayu ini banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel. Anda sepetutnya bertanya akan penual kedai apakah jenis kayu yang digunakan untuk perabut cantik yang dibeli sebelum hari raya.
Artikel ini bersambung pada Mengenal Jenis Kayu Part 2 dan juga Part 3. Sila anda baca sambungannya. Wasallam!...
Artikel ini bersambung pada Mengenal Jenis Kayu Part 2 dan juga Part 3. Sila anda baca sambungannya. Wasallam!...
JENIS KAYU... KURANG DITANYA...
KAYU KERAS...LEMBUT PUN ADA...
DIBUAT RUMAH...PERABUT JUGA...
BACA ARTIKEL...PENULIS USAHA...
KAYU KERAS...LEMBUT PUN ADA...
DIBUAT RUMAH...PERABUT JUGA...
BACA ARTIKEL...PENULIS USAHA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)
1 komentar:
Write komentarDapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
EmoticonEmoticon