POKOK ASAM JAWA (Tamarindus indica) merupakan sejenis tumbuhan yang mampu menghasilkan buah asam jawa yang diproses untuk dijadikan pes asam jawa yang banyak kegunaannya terutama dalam masakan harian. Ia adalah daripada kingdom Plantae (tumbuhan) dan juga subKingdom Tracheobionta (tumbuhan berpembuluh) serta dari kumpulan Spermatophyta (jenis tumbuhan yang akan menghasilkan biji). Ia merupakan pokok yang berbunga dari dua kotilidon dari keluarga Fabaceae (Kekacang). Penulis dapati tumbuhan ini tergulong dalam jenis pokok yang tumbuh tegah dengan banyak cabang dimana ia boleh dikategorikan sebagai pokok yang berumur panjang (Bertahun-tahun lamanya). Bentok kanopi pokok adalam jenis yang besar dimana sentiasa menghijau (tidak mengalami masa gugur daun) dengan kadar ketinggian sampai 30 meter. Lazimnya ukurlilit batang di pangkal pokok sehingga 2 meter jika pokok membesar. Kulit batang berwarna coklat kelabu yang memang kasar dan kulitnya pecah-pecah atau kelihatan beralur-alur vertikal. Bentuk pokok adalah jenis yang rendang dan berdaun lebat lazimnya ia adalah lebar dan membulat. Asal usul pokok asam jawa kurang pasti walau pun dipercayai mungkin dari kawasan Savana kering di Afrika. Pokok ini dahulu diperkenalkan ke Asia dimana ia telah ditanam sebagai tanaman komersial atau menjadi tanaman hiasan atau langskap sahaja. Tumbuhini sesuai tumbuh dikawasan separa-kering dan iklim monsoon yang basah. Ia juga sesuai tumbuh pada kebanyakan jenis tanah daripada yang berpasir, liat, gambut dan tanah mineral. Ia akan tumbuh di lokasi bersuhu panas sehingga 47°C tetapi sangat sensitif terhadap kesejukan air batu. Keperluan hujan yang sesuai sekitar 500 -1,500 mm/tahun dimana kadar hujan 350 mm/ tahun masih bileh tolerate dengan adanya sistem pengairan sewaktu mula menanam. Di kawasan negara beriklim tropika yang basah menerima hujan lebih dari 4,000 mm setahun menyebabkan pembungaan dan pembuahan menurun dengan jelas. Pokok asam jawa yang ditanam dari bijii benih menghasilkan benih lebih banyak buah dan bertahan hidup dikawasan kering yang panjang.
Akar Pokok Asam Jawa adalah dari sistem perakaran akar tunjang yang dalam masuk dalam tanah dan ada jenis akar radicula yang kemudian mengeluarkan akar rerambut (Sila lihat foto disebelah). Akar tunjang (radix primaria) adalah jenis akar yang penting dimana ia dapat menembusi ke dalam tanah untuk menyerap air dan juga zat mineral. Biasanya pada akar terdapat bahagian seperti leher akar (collum), hujung akar (apex radicis), batang akar (corpus rasicis), cabang-cabang akar (radix lateralis), serabut akar (fibrilla radicalis), rambut-rambut akar atau bulu-bulu akar (pilus radicalis), dan tudung akar (calyptra). Akar pokok asam jawa jauh masuk kedalam tanah dan ia menyebabkan pautan kokuh pada pokok dari tumbang apabila ditiup angin kencang. Pokok asam jawa yang tumbuh dikawasan tanah mineral dikawasan lereng bukit lazimnya mampu tumbuh tinggi sehingga boleh dikatakan sebaga sejenis pokok balak yang ada nilai komersil.
Pokok Asam Jawa merupakan tanaman yang berbatang besar jelas kelihatan dengan batang yang boleh dikelaskan sebagai jenis kayu keras dan kuat yang juga disebut dengan pokok batang berkayu (Sila lihat foto disebelah). Bentuk batang bulat dengan bentuk kanopi pokok yang selalu tegak (fastigiatus) dimana ia mampu mempunyai garispusat batang di pangkal hingga 2 m. Kulit kayu batang berwarna coklat kelabu yang selalunya berkulit kasar. Jika diperhatikan pokok asam jawa mempunyai sudut antara batang dan cabang yang amat kecil menyebabkan arah pertumbuhan cabang hanya pada pangkalnya saja sedikit serong ke atas. Pertumbuhan dahan adalah hampir sejajar dengan batang pokoknya. kelihatan pada permukaan banyak memperlihatkan adanya lentisel. Batang kayu asam jawa yang matang ditebang untuk dijadikan kayu papan, perabot, tiang rumah dan juga produk berasaskan kayu lain. Kayu-kayu kecil pula amat baik untuk dijadikan bahan bakar (kayu api) yang cekap.
Daun pokok asam jawa seperti jenis pokok kekacang lain merupakan jenis dau majmuk yang unik dan jelas. Daun ini termasuk ke dalam daun majmuk tumbuh bertentangan pada tangkai daun secara genap dengan berwarna hijau muda kepada hijau pekat (Sila lihat foto disebelah). Susunan tangkai daun keluar pada hujung dahan secara bergantian dimana lazimnya mempunyai sebanyak 8 - 18 pasang anak daun. Ukuran panjang anak daun 1.0 - 3.5 cm. Tanaman ini termasuk ke dalam kumpulan pokok dimana ada daun bertangkai yang memiliki bahagian tangkai dan helaian daun saja. bahagian tangkai daun (petioulus) selalunya memiliki penampang melintang yang bulat dan kecil. Tangkainya juga memiliki panjang sekitar 0.2 cm dan selalunya berwarna hijau. Helaian daun (lamina) pokok asam jawa mempunyai bahagian daun berperingkat saiznya dengan paling lebar di bhagian tengah helaian daun. Lazimnya ia mempunyai bentuk memanjang (oblongus) iaiitu sebagai perbandingan panjang dan lebar daunnya 2.5 - 3.1 cm dengan panjang daun sampai 15 cm, lebarnya 0.5-1.0 cm. Bahagian hujung Daun (Apex Folii) selalunya memiliki bentuk hujung daun yang tumpul (obtuse). Bahagian pangkal daun pula termasuk daun membulat (rotundatus). Susunan tulang-tulang daun mempunyai susunan bertulang daun yang meyirip (penninervis). Ia dikatakan jenis daun majmuk yang menirus. Bahagian tepi daun termasuk ke dalam tepi daun yang rata (integer). Daging daun memiliki daging daun yang tipis dengan warna daun iaitu hijau dengan permukaan daun yang ketara halus.
Pa yang dilihat bunga pokok asam jawa termasuk ke dalam bunga jenis majmuk yang tidak terbatas (Inflorescentia racemosa) terdiri atas beberapa bahagian. Bahagian bunga yang bersifat seperti batang atau cabang adalah 'ibu tangkai bunga' (pendiculus, pendunculus communis atau rachis), tangkai bunga (pedicellus), dan dasar bunga (receptacullum). Sementara itu bahagian yang bersifat seperti daun seperti daun-daun kelopak (sepala), daun-daun mahkota (petala), benang sari (stamen), dan daun-daun buah (carpella) penyusun putik (pistillum) akan dilihat dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Bunga asam jawa termasuk bunga lengkap kerana ia memiliki daun kelopak, daun mahkota, benang sari dan putik sebagai alat pendebungaan (Jenis bunga hermaphrodite). Ini adalah kerana bunganya memiliki dua alat kelamin bunga iaitu benang sari sebagai alat kelamin jantan dan putik sebagai alat kelamin betina. Bunga yang berukuran kecil dan juga jenis bersimetri banyak (polysimetris) serta memiliki kelopak yang termasuk ke dalam polysepalus atau antara kelopak yang satu dengan yang lainnya saling lepas yang berjumlah 4 helai. Pada bahagian mahkotanya saling lepas atau disebut polypetalus dengan warna kekuning-kuningan dan jalur merah muda sebanyak 3 helai setiap tangkai. Lazimnya ia berukuran panjang 3 - 5 cm dengan mahkota kecil. Selain itu benang sarinya berada di atas kelopak yang dinamakan Calyciflorae berjumlah tiga helai. Putiknya termasuk putik tunggal (simplex).
Buah Asam Jawa termasuk ke dalam buah sejati tunggal (buah sebenar) dan kering yang dihasilkan dalaam lenggai. Ia mengandungi banyak atau lebih dari satu biji dan jika masak dapat pecah menjadi beberapa bahagian buah (mericarpia). Buahnya termasuk buah bekas atau kelongsong bergulong atau melempai kebawah yang mempunyai daging (isi buah) dan jika masak juga tidak pecah. Buahnya yang berbentuk seperti lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada coklat gelap apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya buah asam jawa tidak merekah ketika kering tetapi kulitnya akan menjadi rapuh. Buahnya mempunyai ukuran panjang sekitar 5.0 - 15.0 cm dengan tebal 2.5 cm yang berbentuk agak melengkung dan membalut biji didalamnya. Kulit luar adalah enak yang rasa buahnya masam tetapi kini banyak varieti dijual dari Thailand sebagai asam Jawa Manis. Daging buahnya walau pun lazimnya rasa masam tetapi ia sedap dimakan oleh mereka yang minat. Terdapat 1 -10 biji atau isi asam jawa dalam sati kelongsong buah yang melekat pada uri kulitnya. Ketika buah muda daging isi buahnya berwarna putih kehijauan dan sesudah tua menjadi coklat. Biji asam jawa adalah berbentuk panjang sampai 18 mm dengan bentuk tidak teratur yang berwarna kemerahan atau coklat tua atau hitam berkilat.
Kegunaan buah dari pokok asam jawa adalah dan isinya yang sangat masam rasanya dan biasa digunakan sebagai ramuan dalam masakan. Buah yang telah masak dapat disimpan lama setelah dikupas dan sedikit dikeringkan dengan bantuan sinaran haba matahari. Asam jawa ini biasa dibungkus dan dijual dalam bentuk segar dengan kaedah pembungkusan sesuai. Ia tahan lama setekah diproses dengan betul dan kaedah penyimpanan sesuai keran asid masam menyebabkan tiadak ada kulat yang tumbuh. Selain sebagai ramuan masakan lazimnya asam jawa memberikan rasa asam atau untuk menghilangkan bau hamis ikan, dijadikan perasa minuman dan dijadikan makanan snek seperti gula-gula, halwa dan sebagainya. Cara membuatnya adalah dengan menjemur isi buah asam jawa yang sudah dibuang kulitnya dan dibulatkan seperti telur itik. Biji asam jawa biasa dimakan setelah direndam dan direbus atau pun setelah ia dipanggang. Selain itu, biji asam juga dijadikan tepung untuk membuat pelbagai kueh atau roti. Daun mudanya asam jawa boleh digunakan dengan kunyit dan bahan ramuan lain untuk membuat jamu jawa tradisional untuk minuman kesegaran. Di Indonesia dikatakan diminum untuk melancarkan dan memperbanyak air susu ibu dan juga boleh digunakan sebagai ubat sapuan (disapukan pada atau ditampalkan di permukaan kulit) untuk mengurangkan kes radang dan rasa sakit sendi, di atas luka atau pada sakit tulang rheumatik. Daun muda yang direbus untuk mengubati batuk dan demam. Kayu keras asam jawa yang berwarna coklat kemerahan adalah berat, keras, padat, tahan lama dan bertekstur halus yang sesuai digunakan untuk membuat lantai, kraftangan, gasing dan patung. Sementara itu memang penulis sahkan bahawa pokokn asam jawa ditanam di tepi jalan sebagai peneduh dan cantik dipandang. Wasallam!.
POKOK MEMBESAR...ASAM JAWA...
AMAT KURANG TANAM... DIMALAYSIA...
HASIL BUAH... DIPROSES MASAMNYA...
BAHAN MASAKAN... ENAK JADINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 108, Hotel Laverage,
Bandar Baru Mergong,
Alor Setar, Keda,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1436H)
1 komentar:
Write komentarDapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
EmoticonEmoticon