MENGENAL JENIS KAYU merupakan perkasa asas kepada mereka yang terlibat didalam industri pembuatan perabut (furniture). Dalam pembaca membuat rujukkan kepada tajuk 'Mengenal Kayu' dalam Majalah Anjung Seri. mendapati ada maklumat yang sesuai dikongsi sama dengan kupasan dan penelitian penulis sendiri. Kini di pasaran memang banyak jenis perabot kayu direka dan dijual iaitu mengikut kepada kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa pelanggan. Pilihan kayu pada masa kini tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi jenis kayu seperti kayu melunak, nyatoh, sentang dan terkini adalah jenis kayu getah. Pada masa ini agensi Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu kayan kepada empat kumpulan iaitu Kayu Keras Padu (heavy hardwood), Kayu Keras Pertengahan (medium hardwood), Kayu Keras Ringan (light hardwood) dan Kayu Lembut (softwood). Pada kita yang kurang faham akan perkara ini memadai dengan bertanya kepada penjual perabut dari jenis kayu apa yang digunakan untuk perabot yang berkenan untuk dibeli. Penerangan diberikan dimana perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Artikel pada waktu tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
Pada masa ini ada syarat ini yang tidak membabitkan kategori kayu keras padu yang lebih mengutamakan cari 'tahan lama'. Sebagai contoh jenis kayu merbau misalnya telah pun dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Selain itu jenis kayu kempas pula sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Kini pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian TimbersFor Furniture telah menyatakan daripada sejumlah 3,000 spesis kayu-kayan tempatan, cuma sebilangan sahaja yang diproses untuk dijadikan perabot. Perabit keluaran Malaysia kini dibuat untuk pasaran domestik malahan telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak berpuloh tahun dahulu. Selain daripada jenis kayu keras, perabot keluaran Malaysia daripada kayu lembut terutama dari kayu getah yang dirawat mendapat pengiktirafan diperingkat global. Nilai eksport perabot dari Malaysia mencecah billion ringgit setahun semenjak 10 tahun lalu. Banyak kilamg perabut terutama jenis Do0it-Yourself (DIY) kini dipasarkan diseluruh dunia. Sererusmya penulis akan membuat penerangan ringkas beberapa jenis kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan.
9) KAYU WALNUT
Kayu Walnut dikelaskan sebagai jenis kayu bermutu tinggi dan ia senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai. Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu (Sila lihat foto disebelah). Pokok Walnut memang tiada dinegara kita tetapa ia tumbuh meluas di Utara, Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia. Kayu walnut menjadi pilihan ramai pembuat perabut diseluruh dunia kerana ia tahan dan cantik semulajadi.
(10) KAYU OAK
Kayu Oak merupakan jensi kayu yang popular. Dahulu kayu oak menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring perkembangan masa, kini kegunaannya mula dipelbagaikan dan ia kini ia menjadi pilihan utama untuk mereka membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai, pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat dan sukar dibentuk. Kayu ini mempunyai tekstur halus dan lembut (Sila lihat foto disebelah). Pokok Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke kuning kemerahan.
(11) KAYU ROSEWOOD
Kayu Rosewood adalah diantara kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun kayu ini agak sukar dibentuk. Ia menjadi produk eksport utama Amerika Selatan dan Amerika Barat, Amerika Tengah serta Selatan India. Rosewood paling disukai ramai pelanggan perabut kerana menawarkan permukaan kayu mirip jubin (Sila lihat foto disebelah). Jenis yang sering digunakan membuat perabot ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.
PENJAGAAN KAYU
Cara penjagaan kayu kurang diketahui ramai orang. Kayu memang perlukan penjagaan rapi kerana kayu sebenarnya berubah mengikut perbezaan cuaca. Sinaran matahari atau kesan cahaya matahari boleh menjejaskan kayu dan kemasannya. Sinaran ultra boleh menusnahkan keindahan kayu dalam masa beberapa minggu hingga ke bulan. Sinaran ini juga dapat menembusi lemasan panyudah struktur molekul kayu itu sendiri. Dalam hal ini, warnanya akan berubah dengan pantas. Kemasan meratak atau garisan iranya berpisah seperti corak kulit buaya. Jadi, jauhkan perabot ini dari sinaran mataharidan cara terbaik melindunginya ialah dengan memasang bidai atau melengkapi tingkap dengan perlindungan sinaran ultra ungu. Faktur suhu dan faktur kelembapan adalah perlu dijaga kerana kedua-dua faktor ini memberi kesan buruk kepada perabot. Sama ada perabut berkemasan atau tidak, kayu akan menyerap apa saja yang ada di persekitarannya. Keadaan kering pula akan boleh menyebabkan kayu ini mengecut kerana kekurangan air untuk lembapan. Bagaimana pun jika terlebih air lembapan, kayu itu akan membengkak, retak dan merekah akibat tekanan. Justeru sebaiknya anda dinasihatkan tidak sesekali menempatkan barangan palstik atau getah di atas meja kerana ia boleh menyebabkan apa yang dikatakan sebagai 'plasticizer migration' atau pertembungan dua permukaan yang boleh menyebabkan kerosakan salah satu permukaan yang mengubah struktur kayu. Saluran kitaran udara perlu dikawasan kayu dimana tidak sepatutnya dihadang sebarang perabot. Ini kerana haba dan hawa dingin akan mewujudkan satu suhu yang kurang sesuai bagi perabot. Letakkan apa jua perabot di tempat yang mudah dilihat tetapi selamat daripada sinaran matahari serta suhu melampau. Pada masa musim hujan perlu berhati-hati membuka tingkap supaya air hujan tidak jatu kena dan menimpa perabot. Anda perlu peka dengan beberapa produk kecantikan dan berhati-hati ketika menggunakannya. Bahan pelarut seperti alkohol, penanggal pengilat kuku, minyak wangi atau kolon dan sebarang kimia beracun merosakkan kayu perabot jika berdekatan dengan perabot. Ini kerana cecair yang tumpah boleh membuatkan permukaan perabot mengelupas dan melunturkan cat serta kemasannya. Bahan pencuci disarankan menggunakan minyak lemon. Sebelum itu sebaiknya buang habuk pada perabot kemudian cuci sebelum menggilapnya. Semuga artikel 3 siri ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
JENIS KAYU... MEMANG DIGUNA...
BUAT PERABOT.. TAHAN LAMA...
KAYU KERAS..MAHAL HARGANYA...
MENANG MEMAKAI.. BOLEH GUNA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)
EmoticonEmoticon