ROAD TO MAHA ZON TIMUR merupakan salah satu dari program dibawah Kementerian Pertanian dan Industri yang diadakan dari 26 - 28 Ogos 2016 di MARDI, Cherating, Kuantan, Pahang. Program ini merupakan salah satu daripada program sebelum penganjuran MAHA Induk sebenar yang akan diadakan di MAEPS Serdang, Selangor pada akhir tahun sebagai kemuncak. Program yang sama telah diadakan dibeberapa lokasi sebelum ini seperti di Sarawak, Sabah, Johor, Zon Utara dan beberapa lokasi lagi. Tujuannya adalah untuk mempromosi penganjuran MAHA induk dan memberi peluang kepada orang ramai mendekati kemajuan sektor pertanian oleh MOA dan fungsinya sebagai mereka yang terlibat dengan pengeluaran makanan negara. Road to Mala Zon Timur ini membawa moto sebagai 'Our Food Our Future' dengan melibatkan sebanyak 46 Gerai Pameran dan 68 buah Gerai Jualan dikawasan seluas 15 hektar Stesyen MARDI yang kedudukannya dilaluan utama dari Kuantan ke Kemaman. Penglibatan Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Pertanian Malaysia dalam program ini mampu menarik seramai lebih 300,000 orang pengunjung dalam 3 hari untuk melihat pameran dan juga mendapatkan pelbagai produk-produk jualan serta menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Kawasn pameran yang terletak dilaluan utama ini mudah diakses oleh pengunjung. Artikel malam ini saya menulis lagi di dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perlaksaan program Road To Maha Zon Timur sebagai satu infimasi yang boleh dirujuk.
Perasmian Majlis Road To MAHA Zon Timur ini dilaksanakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia iaitu Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek (Sila lihat foto disebelah). VVIP yang turut hadir adalah YB Exco Pertanian Negeri Pahang, Exco Pertanian Negeri Kelantan dan Ketua-Ketua Pengarah serta Pengerusi beberapa lembaga dibawah MOA serta orang ramai. Antara perkara yang dikupas oleh YB Menteri adalah program ini merupakan satu aktiviti yang diatur oleh MOA untuk mempromosikan MAHA Induk yang akan diadakan pada hujung tahun untuk kawasan Zon Timur. Beliau ada nyatakan program ini penting dalam usaha memertabatkan sektor pertanian yang menjaga keperluan makanan negara. Pada masa ini negara masih ada bekalan makanan mencukupi walau pun sebahagiannya masih bergantung kepada makanan import seperti jagung bijirin dan kacang soya. Bahan ini diimport untuk diproses bagi makanan ternakan terutama ternakan ayam. Kalau dahulu harga jagung bijirin import hanya RM400 - RM600 satu metrik tan tetapi kini harganya meningkat kepada RM1,200 satu metrik tan apabila berlaku bencana banjir di Argentina dan penurunan matawang Malaysia. Oleh itu amat penting bagi Malaysia mengorak langkah untuk menanam jagung bijirin kerana ia memang tidak ditanam di Malaysia. Negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan sebagainya ada menanam sendiri jagung bijirin untuk kegunaan seperti ini. Projek pertama penanaman jagung bijirin kini sedang dilakukan di Kemaman Terengganu dan Pusat Pertanian Titi Gantung dengan menggunakan benih GWG. Negeri Pahang dan negeri-negeri lain juga diminta untuk menanam jagung bijirin dikawasan yang sesuai. Penanaman jagung ini memerlukan perancangan rapi dari segi teknologi penanaman, penjagaan, pasaran dan kemungkinan beberapa insentif lain yang sesuai.
Menyentuh mengenai produk daripada Malaysia, YB Menteri menyarankan agar diujudkan produk 'SUPER FOOD' Malaysia iaitu seperti MADU KELULUT. Ini kerana Malaysia kini mampu untuk menghasilkan madu kelulut berkualiti dan menembusi pasaran luar negara. Kalau New Zwaland dengan Buah Kiwinya, Korea Selatan dengan Ginsengnya maka tidak hairan kalau Malaysia akan menjadikan madu kelulut sebagai produk 'Super Food'nya. Penternakan kelulut (Trigona spp) merupakan satu industri baru yang popular dimasa ini dikalangan generasi muda dan mampu memberikan pulangan yang baik. Anda boleh baca artikel mengenai kelultu dalam blog Anim Agro Technology dengan klik sahaja (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan banyak lagi yang berkaitan. Madu Kelulut merupakan makanan yang mengandungi antioksidan dan khasiat perubatan yang bernilai. Satu kempen dilakukan oleh MOA melalui 'Jalan Kaki Kelulut' oleh Pak Sabri yang berasal daripada Kemaman keseluuruh negara dengan jarak 5,000 km sebagai DUTA KELULUT. Program jalankaki kelulut ini akan berakhir semasa MAHA Induk di MAEPS, Sedang hujung tahun ini. Isu kualiti dan penggredan madu kelulut ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi. Banyak produk madu kelulut di jual kali ini olrh pengeluar kelulut tempatan (Sila lihat foto disebelah). Harga madu kelulut asli dijual sekitar RM180 - RM220 satu kilogram. Madu kelulut yang dipasarkan masa kini tiada piawaian khusus dan bekalan sangat tehad kerana ujud permintaan yang amat tinggi. Serangan Black Soldier Fly (BSF) dan juga Kumbang Pendebunga (Haptoncus luteus) yang berlaku masa kini adalah terkawal dan boleh diatasi dengan beberapa kaedah kawalan. Anda juga boleh baca artikel berkaitan dengan BSF tulisan saya dengan (Sila klik disini) dan Kumbang Pendebunga (Sila Klik disini).
Banyak Gerai Jabatan mempamerkan pelbagai teknologi, program dan aktiviti. Antara pameran yang menarik minat ramai pengujung adalah 'Piramid Nangka Tekam Yellow' daripada TKPM Lanchang oleh Jabatan Pertanian. Lebih daripada 150 biji buah nangka masak dijadikan piramid setinggi 3 meter dan dilaporkan didalam akhbar tempatan (Sila lihat foto disebelah). Nangka varieti Tekam Yellow merupakan produk buah dalam kelas Pahang Premium yang dipasarkan untuk makan segar, diproses dan juga untuk pasaran eksport. Pengeluaran nangka J33 dari TKPM Lanchang sekitar 160 metrik tan (160,000 kg) setiap bulan dan memuncak pada bulan Disember setiap tahun. Harga ladang sekitar RM2.00 - RM2.50 sekilogram iaitu bergantung kepada kualiti buah dan musim pengeluaran. Nangka Tekam Yellow juga ditanam di lapan buah TKPM lain diseluruh Pahang sebagai tanaman utama. Nangka Tekam Yelloy telah diproses menjadi 'Ais Kerim' seperti yang di pamerkan di gerai LPP dimana ia mempunyai pasaran amat baik dikalangan pengguna. Penanaman nangka di Pahang sebagai pilihan lain kepada produk buah-buahan yang sudah popular di Pahang iaitu Durian Musang King terutama dari daerah Raub, Bentong dan sekitarnya. Pahang mempunyai seluar 13,000 hektar kawasan tanaman durian dimana ramai petani telan menjalankan program 'cantuman dewasa' durian dengan menggantikan varieti durian kampong kepada varieti D197 iaitu Musang King. Gerai Jabatan Pertanian juga ada menunjukkan kaedah teknologi cantuman dewasa durian. Program Road To Maha Zon Timur dikatakan berjaya diadakan dan mendapat sambutan orang ramai sehinggakan jalan uta sesak untuk beberapa kilometer. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!...
ROAD TO MAHA... CERATING TEMPATNYA...
RAMAI PENGUNJUNG... MEREKA SUKA...
LAWAT PAMERAN... SESAK DIBUATNYA...
SATU PROGRAM...IA AMAT BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Road To MAHA Zon Tomir,
Stesyen MARDI, KM35, Cherating,
Pahang, Malaysia.
(28 Ogos 2016)
EmoticonEmoticon