POKOK MEMPELAS atau DAUN MEMPALAS (Tetracera indica Merr) atau sinonim Tetracera scadens (L) Merr.) kini telah ditanam oleh beberapa estet kelapa sawit untuk tujuan tertentu. Penulis lihat perkara ini agak 'pelik' setelah melalui satu estet di kiri dan kanan jalanraya menuju dari Simpang Machap ke Durian Tunggal di Melaka. Tumbuhan mempelas ini merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh dikawasan belukar dari keluarga Dilleniaceae. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama lain sebagaai Akar Empelas dan Empelas dan di kampong saya sebagai Pelas. Mempelas merupakan sejenis tumbuhan jenis memanjat, tumbuh berkelompok dan mempunyai batang berkayu lembut atau sederhana keras. Mempelas lazimnya tumbuh secara liar di kawasan belukar, kampung, kebun, ladang, belukar dan hutan-hutan di Asia Tenggara dikawasan terbuka atau dibawah kawasan naungan tanaman lain. Keunikan tumbuhan ini adalah dimana daun mempelas bersaiz sederhana, berbentuk ringkas, tersusun secara berselang dengan permukaan daun yang kesat (Sila rujuk foto diatas). Belum ada maklumat bagaimana tumbuhan ini mendapat nama. Kemungkinan pemberian nama Mempelas berasal kerana ia banyak tumbuh dibawah pokok 'Mempelam' dan tumbuh berlapis-lapis atau 'beralas-alas' menyebabkan masyarakat tempatan memberi nama sebagai "Mempelas". Tumbuhan ini pada penulis merupakan jenis rumpai yang tidak disukai oleh petani kerana ia mengambil ruang, nutrien makanan, air dan menjadi perumah kepada perosak tanaman. Tumbuhan ini boleh dimusnahkan dengan cara manual (menebas, mencungkil dan membakar) selain daripada menyembur racun kimia (Racun jenis sentuh atau jenis sistemik). Belum ada petani yang dilaporkan menanam tumbuhan ini dinegara kita untuk tujuan komersil sehingga artikel ini ditulis. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan bernama Mempelas daripada pemerhatian dan rujukan beberapa sumber.
Tumbuhan mempelas ini merupakan jenis menjalar diatas tanah dan mampu untuk melilit dan naik kekawasan lebih tinggi pada pokok lain disekitarnya. Ia mampu tumbuh dalam rumpun sehingga ketinggian 1.5 - 2.0 meter. Pokok mempelas yang berbatang kecil berbentuk selinder dan berwarna hijau keputihan dan coklat ini ada banyak cabang. Panjang batang mempelas mampu mencapai seopanjang 5 meter semasa menjalar. Daunnya adalah jenis daun simpel yang berbentuk Epiliptik sehingga bentuk Oblong yang berukuran sekitar 6-10 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Apa yang penulis Anim Agro Technology teliti mengenai ciri keunikkan permukaan daun dibahagian atas yang licin tetapi dibahagian bawahnya adalah kasar. Daun mempelas yang kasar ini selalu digunakan sebagai bahan untuk menggosok permukaan kayu bagi tujuan melicinkannya. Permukaan kasar, kesat dan melekat ini berfungsi seakan 'kertas pasir yang digunakan sebagai bahan untuk melicin dan fungsi untuk menghaluskan permukaan kayu kraftangan. Antara bahan kraftangan yang sering digosok dengan daun mempelas seperti hulu keris, mangkuk kayu, kapalkayu, ukiran kayu dan sebagainya. Bunga mempelas berwarna kemerahan dengan saiz kecil dan menghasilkan stamen yang terkeluar dari petalnya. Jambak bunga ini mekar dan menghasilkan nektar yang sering dikunjungi oleh pelbagai serangga termasuk lebah keran (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Saiz bunga ini sekitar 2.5 cm -3.0 cm lebar dimana ia lazimnya akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya berbentuk 'globular' dengan ukuran sekitar 1 cm lebar dan mempunyai struktur unik seperti bentuk 'paruk' atau dipanggil sebagai 'beak' sepanjang 3-6 mm. Setiap kapsul buah mempelas mengandungi 1-2 biji benih yang boleh bercambah dikawasan lain.
Pesoalan penulis Anim Agro Technology adalah mengapa pokok mempelas yang selama ini dianggap sebagai rumpai bermasaalah kini ditanam dikawasan sekitar tanaman kelapa sawit?. Penulis yang lalu dikawasan estet kelapa sawit tersebut berhenti untuk mengambil foto tumbuhan ini dan jelas memang ia pokok mempelas yang ditanam dengan makskud khusus (Sila lihat foto disebelah). Mula-mula penulis fikir ia hanya sekelomppk atau beberapa rumpun mempelas yang tumbuh sendiri seperti bisasa. Namun setelah hampir 1 km memandu kereta kahirnya mendapati ia adalah mempelas yang sengaja ditanam oleh estet ini. Tanaman ini sama dengan tanaman bunga Tunera (Tunera spp), Pokok Bunga Pengantin atau Honolulu creepers dan beberapa lagi yang berfungsi sebagai 'Trap Crop' untuk berepa jenis serangga perosak dikawasan ladang kelapa sawit. Kehadiran lebah keran, rama-rama dan semut dikawasan bunga mempelas ini mengesahkan yang tumbuhan ini ditanam sebagai 'trap crop' yang cekap. Walau pun belum banyak laporan kajian atau testimoni dilakukan oleh penyelidik tetapi penulis berpendapat tumbuhan ini akan berfungsi seperti dinyatakan diatas. Beberapa perosak kelapa sawit seperti kumbang dan serangga pemakan daun akan berkunjung kepada bunga mempelas dan ini adalah saah satu kaedah kawalan Pengurusan Perosak Bersepadu yang mungin ingin diamalkan oleh pemilik estst ini.
Dalam kes lain penulis blog Anim Agro Technology juga berpendapat tumbuhan mempelas yang lasak daripada serangan serangga perosak dan penyakit serta tahan kemarau atau musim monsoon ia masih tetap 'survive'. Pokok mempelas yang ditanam ditebing jalan raya mampu mengawal hakisan tanah dan mencantikkan permandangan pengguna jalanraya (Sila lihat foto diatas dan foto dibawah sekali). Menanam mempelas amat mudah iaitu dengan mengambil anak pokok yang telah tumbuh dan ditanam dikawasan dikehendakki. Cara lain dengan kaedah mengambil bijinya yang telah matang dan kemudian ditanam dikawasan dikehendakki. Ia mudah tumbuh terutama jika menanam pada musim hujan. Walau pun belum ada bukti dan kenyataan rasmi dari pemilik estet ini tetapi penulis berpendapat pokok mempelas yang banyak dan luas disepanjang kiri dan kanan jalan adalah sengaja ditanam. Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa sumber lain mengenai khasiat mempelas. Khasiat pada daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir. Daun ini berfungsi seperti kertas pasir. Ada juga masyarakat zaman dahulu yang biasa untuk menggunakan daun ini untuk melicinkan kuku. Serbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering untuk boleh digunakan untuk merawat radang. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa. Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi. Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan. Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya. Semuga tulisan dalam Anim Agro Technology dipagi Sabtu ini memberikan info berguna kepada anda pembaca semua. Wasallam!!!.
RUMPAI MEMPELAS...APAKAH DIA...
DILADANG SAWIT...ADA RUPANYA...
KELILING LADANG...TANAM MERATA...
TAHAN HAKISAN...DAN SERANGGA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Ladang IOI, Jalan Machap,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1437H)
Melalui jalan tersebut balik Melaka dari Kuantan.

EmoticonEmoticon