GATAL ULAT BULU (Caterpillars) merupakan satu lagi masaalah kepada mangsanya akibat kegatalan bila terkena ulat bulu. Ianya perlu dirawat dengan segera untuk tujuan mengelakkan kesan lebih lanjut. Ulat bulu merupakan saru peringkat dalam kitaran hidup beberapa jenis serangga seperti Rama-rama (Butterfly) dan kupu-kupu (Moths), Sebenarnya ulat bulu yang sangat ditakuti ramai orang boleh menyreang penduduk tempatan apabila berlaku populasi yang banyak pada satu masa. Ia sering dilaporkan dalam akhbar tempatan atau pun oleh media elektronik kerana kehadiran ulat bulu yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan pada kulit mereka yang terkena dimana ini akan menganggu kehidupan. Ulat bulu;azimnya mempunyai banyak warna, jenis, tahap serangan dan ia merupakan metamofosis dari telur menjadi larva (Sila lihat foto diatas). Dalam kitaran hidup serangga rama-rama dan kupu-kupu ia mempunyai beberapa tahap kitaran hidup. Bermula dengan serangga dewasa ia akan bertelur pada daun dan dahan atau atas tanah dimana telurnya akan menetas menjadi Larva atau 'cartepillars'. Peringkat ini juga yang dikatakan sebagai peringkat 'ULAT" dan ia dipanggil sesetengahnya sebagai Ulat Bulu. Peringkat seterusnya adalah peringkat Kepompong sebelum ia menetas keluar dari kepompong untuk menjadi rama-rama dewasa. Ulat Bulu mendapat nama daripada struktur atau organ bulu yang terdapat pada badan ulat tersebut dimana lazimnya bulu ini mengandungi racun atau toksin yang akan bertindakbalas dengan kulit manusia dan menyebabkan kegatalan atau berbisa. Bisa pada ulat ini sebenarnya merupakan sebagai senjata untuk ulat ini daripada musuhnya. Lazimnya diperingkat ulat ini ia akan memakan daun sehingga menjadi kepompong. Kalau setakat seekor dua keujudannya dikawasan rumah adalah tidak mengapa tetapi jika ia sudah ada beribu-ribu ekor pada pokok tinggi maka ianya dikira sebagai ancaman kepada manusia. Peringkat ulat bulu inibiasanya bertahan untuk selama dua minggu sampai satu bulan sebagai sebahagian daripada proses Metamorfosis. Kupu-kupu dan larva ini selalunya memiliki empat tahap kehidupan: telur, larva (tahap ulat), pupa (fase kepompong) dan dewasa (kupu-kupu). Ulat Bulu adalah binatang herbivora yang memiliki kebiasaan makan daun yang sangat rakus sehingga dianggap menjadi ancaman dalam dunia pertanian. Artikel pagi Sabtu ini selepas membuat senaman ringan penulis berkayra dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah rawatan boleh dilakukan akibat terkena ulat bulu sekadar menambah ilmu pengetahuan pembaca blog.
Terdapat banyak cara dan petua dalam cara membuat rawatan akibat kegatalan atau kerengsaan akibat tekena ulat bulu. Selalunya ramai dikalangan kita akan rasa geli geleman atau takut apabila melihat ulat bulu yang dilihat berdekatan dengannya. Mula-mula bila ada ulat bulu yang melekat pada baju atau anggota badan akan kita merasa geli kemudian akan berlaku kesan gatal, kemerahan dan rasa perit pada bahagian kulit. Ini akan berlaku bila tersentuh dengan jenis ulat bulu yang beracun. Bagaimana pun ada juga ulat atau ulat bulu yang tidak beracun. Apakah langkah seterusnya apabila terkena ulat bulu?. Ulat Bulu diketahui tidak memiliki senjata seperti sengat (sting) atau mulut mengigit atau lain-lain anggota pertahanan lain tetapi ia mempunyai bulu yang beracun. Racun atau toksin pada ulat bulu ini selalunya akan mengakibatkan kesan gatal, bisa atau kebas serta kesan allargy kepada mangsa. Sistem pertahanan ulat bulu ini menyebabkan manusia dan haiwam lain atau pemangsanya akan menjauhi ulat bulu dan tidak menganggunya. Tetapi bagaimana pun keujudan ulat bulu dikawasan ada ramai penduduk dan rumah akan menganggu ketenteraman awam dan perlu dibasmi. Langkah pertama yang perlu diambil adalah memusnahkan atau membasmi ulat bulu. Caranya dengan menyembur racun serangga sama ada jenis cecair (populasi banyak) atau racun aerosol (jika sedikit). Waktu menyembur ulat bulu paling sesuai adalah pagi hari dimana ulat mula aktif dibawah sinaran matahari. Jika gunakan racun sentuh pastikan ia betul-betul kena pada ulat bulu yang akan mati. Bagaimana pun ulat bulu yang mati jika terkena kulit akan gatal juga. Sebaiknya jangan disentuh ulat bulu mati.
Jika ada tanaman yang dilihat ada ulat bulu dengan seekor atau beberapa ekor dan boleh dimusnahkan ianya perlu dilakukan. Selalu membuat pemeriksaan pada tanaman ulaman, sayuran atau bungaan yang ada dikeliling rumah. Jika ada nampak sarang telur rama-rama atau telur kupu-kupu sebaiknya dikutip dan dibuang. Aktiviti ini dengan ambil daun tersebur di waktu pagi atau petang kerana ia masih berada disarangnya dan dikumpul untuk ditanam atau dibakar. Apa yang penting adalah sentiasa pakan sarung tangan getah atau selayaknya untuk elakkan terkena ulat bulu yang beracun. Kalau boleh tanaman yang disukai untuk ulat bulu ini bertelur dikawasan rumah seperti tanaman Pokok Daun Kari, Pokok Orkid, Pokok Daun Kesum, Pokok Pisang, Jenis Sayuran daun dan sebagainya. Kalau sudah terkana ulat bulu sebaiknya dibuat rawatan segera. Pertama sekali adalah tindakkan menghilangkan bulu ulat yang melekat di kulit. Ini boleh dilakukan dengan cara menggunakan kertas, sarung tangan atau selotip. Hilangkan bulu-bulu tersebut secepat mungkin sebelum ianya akan merebak ke bajagian yang lain tanpa disedari atau menggaru. Tindakan yang seterusnya adalah dengan mencuci bahagian yang terkena bulu menggunakan air bersih atau air suam atau sebaiknya menggunakan sabun. Air sabun mampu menghilangkan racun yang melekat pada permukaan kulit.
Penulis juga dulu diberitahu bagaimana untuk menghilangkan gatal atau bisa ulat bulu. Ini dilakukan dengan menyapukan garam halus pada bahagian kulit yang gatal atau rasa berbisa. Ambil garam makan atau garam halus dan sapukan pada kulit tersebut selama 5 minit. Kemudian ia perlu dicuci dengan air bersih. Penulis juga telah praktis menggunakan minyak masak (cooking oil) atau minyak masak atau minyak kelapa dara (VCO) bagi tujuan rawatan menghilangkan kegatalan akibat terkena ulat bulu. caranya sama juga dengan menyapujan minyak tersebut dikawasan terkena ulat bulu dan kemudian di cuci. Ada amalan lain perlu dijalankan apabila kawasan yang kena ulat bulu membengkak iaitu ia diletakkan dengan air baru (ice) untuk rawatan. Kesejukkan air batu tersebut akan mengurangkan kesakitan atau mengurangkan bengkak yang berlaku dengan segera. Apa yang penting mereka yang terkena ulat bulu akan merasa gatal dan diingatkan agar JANGAN MENGGARU sehingga luka dan berdarah. Jika kurang bernasib baik luka ini akan menyebabkan infeksi oleh kuman yang akan menjadi kudis pula. Gunakan krim atau lotion kulit bagi mengurangkan kesan menggaru atau kesan kegatalan yang berlaku. Jika ada yang sangat allergi dan tidak tahan dengan serangan ulat bulu sebaiknya dibawa ke klinik atau hospital untuk mendapatan rawatan. Jangan biarkan ia terlalu lama menanggung kesakitan atau kegatalan tanpa dirawat oleh doktor. Pelbagai jenis ubat da pada doktor utuk tujuan rawatan. Semuga atrikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!.
ULAT BULU... PERINGKAT LARVA...
ASAL SERANGGA... RAMA-RAMA...
KENA KULIT...AMBOI GATALNYA...
TERKENA... RAWATAN SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 207, Hotel Jelai,
Bandar Raub, Pahang,,
Malaysia.
(20 Syawal 1435H)

1 komentar:
Write komentarBetfair Casino (Betfair) - Mapyro
ReplyThe Betfair Casino 사천 출장안마 offers an incredible 포천 출장샵 range of 광양 출장샵 casino games and 공주 출장마사지 promotions. Whether you're looking for a fun casino or a bingo table, 문경 출장마사지
EmoticonEmoticon