MINYAK KELAPA VS KELAPA SAWIT (Part 2)


POTENSI KELAPA (Cocos nucifera) berbanding dengan KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) kini menjadi satu perbincangan hangat dalam beberapa forum dan dikalangan petani dan syarikat. Ini kerana harga kelapa sawit yang rendah menyebabkan beberapa perbincangan dilakukan untuk mereka menanam kelapa sebagai satu alternatif. Buah kelapa kini mempunyai potensi pasaran yang luas seperti kelapa sawit jika diusahakan secara komersial. Kini keluasan penanaman kelapa di Malaysia menurun daeipada 110,000 pada tahun 2000 kepada hanya seluas 85,600 hektar pada tahun 2015 (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Pada masa ini bahan Minyak Masak atau minyak makan di katakan sebagai salah satu bahan dimana ia keperluan makanan harian yang penting bagi penduduk di dunia ketiga. Walau pun penggunaan minyak kelapa semakin kurang diperkatakan tetapi tujuan penanaman kelapa kini disasarkan kepada menghasilkan kelapa muda untuk minuman dan juga kelapa tua. Di Malaysia sahaja penulis dapati permintaannya ialah kira-kira 35,000 metrik tan sebulan. Minyak makan biasanya yang ada dipasaran domestik dan dunia kini diperbuat dari minyak kelapa sawit, kelapa, kacang, jagung dan jenis tumbuhan lain. Di Malaysia, minyak kelapa sawit menjadi sumber minyak makan yang terpenting. Berapakah keperluan minyak makan ini didalam penyediaan makanan dan hidangan kita setiap hari?. Penulis dapati kebanyakan keluarga minyak masak atau minyak makan digunakan untuk menggoreng dan menumis. Terlalu banyak hidangan kita setiap hari yang memerlukan proses penggorengan. Antaranya adalah untuk menggoreng ikan, ayam dan sayuran kepada goreng pisang, keladi, ubi, keropok malah makanan asas seperti roti, tepung dan nasi pun perlu digoreng. Kini minyak masak menjadi barang kawalan dari segi pengeluaran dan harga oleh kerajaan. Apa penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi penggunaan minyak kelapa dan minyak kelapa sawit dan potensi penanaman kelapa berbanding dengan kelapa sawit.


Industri minyak kelapa sawit sebenarnya mempunyai banyak hasil sampingan yang boleh dikembangkan. Daun kelapa sawit misalnya yang memang perlu di 'pruning' dari setiap pokok di dalam usaha untuk menggalakkan penghasilan buah yang banyak dapat digunakan untuk membuat makanan haiwan. Ada projek bagaimana untuk memulakan industri ini kerana kini ada tempahan sebanyak 30 kontena daun kelapa sawit yang telah dihancurkan bagi setiap hari dari Korea untuk digunakan sebagai bahan mengeluarkan makanan haiwan di negara tersebut. Sabut dahan dan batang kelapa sawit pula boleh digunakan untuk membuat fibre bagi proses perkilangan kertas yang memang memerlukan bahan fibre ini untuk menjadikan kertas yang dihasilkan lebih kuat dan tahan. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada kayu balak sebagai bahan untuk membuat kertas dan menggunakan semula kertas surat khabar dan kertas lain untuk membuat bahan kertas. Pangkal buah kelapa sawit dan kelapa pula boleh dijadikan sabut untuk digunakan di dalam industri membuat tilam dan perabot di samping penggunaan sabut kelapa yang menjadi semakin susah diperoleh. Bahan sisa pemprosesan minyak kelapa sawit sangat penting untuk projek penggemukan ternakan seperti lembu dan kambing. Ini boleh dibekalkan kepada projek ternakan haiwan yang berkenaan dan menjadi bahan penggemukan mudah berbanding dengan terigu dan jagung yang menjadi semakin mahal. Kulit biji di dalam kelapa sawit ini pada waktu dahulu digunakan sebagai bahan asas untuk membuat jalanladang sementara kerana sifatnya yang keras. Bagaimanapun jalan yang terhasil menjadi kasar dan terkadang berbahaya untuk basikal dan motosikal dan menjadi licin untuk kenderaan. Kini wujud satu penggunaan baru untuk biji ini sebagai sumber karbon. Biji ini dibakar sehingga menjadi karbon hitam yang kemudian dicetak menjadi bahan karbon untuk kegunaan industri. Ia digunakan di dalam industri pembuatan bateri, industri tapak brek kenderaan dan industri penapisan air. Potensinya juga adalah amat besar.


Dalam mencari potensi baru dalam penanaman sawit, apa yang dirancang dalam industri kelapa sawit perlu dikembangkan supaya menjadi sebuah industri berintergrasi bagi tujuan menjadikannya cukup produktif dan menguntungkan. Ini pastinya akan menjadikan sektor pertanian negara lebih berdaya maju dari apa yang wujud pada hari ini. Bagi tanaman kelapa pula boleh dilihat sebagai sumber minyak masak dan pelbagai kegunaan lainnya. Minyak kelapa merupakan sumber utama minyak makan sejak berpuluh malah beratus tahun yang lalu. Namun masalah bekalan kelapa yang menjadi semakin susah di sebabkan daya pengeluarannya yang rendah menyebabkan kita menukar kepada kelapa sawit. Kini kelapa lebih digunakan sebagai dua sumber makanan iaitu santan kelapa dan serunding kelapa selain daripada kelapa muda untuk dijadikan minuman air kelapa. Kedua-dua barangan ini mempunyai pasaran yang besar di luar negara. Serunding kelapa (dessicated coconut) misalnya di eksport ke negara Timur Tengah pada kadar berpuluh kontainer sehari daripada beberapa buah kilang memproses produk kelapa. Penulis yang telah melawait lebih dari 17 buah kilang memproses kelapa mendapati pelbagai produk dihasilkan dari buah kelapa. Sebenarnya industri kelapa ini boleh diusahakan sebagai sebuah industri berintegrasi penuh. Cuba kita lihat sumber kegunaannya seperti sabut kelapa seperti juga di dalam hal kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot iaitu sebagai alas kerusi dan tilam. Tempurung kelapa boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat karbon yang kegunaannya adalah sama seperti kulit biji kelapa sawit.


Air kelapa mempunyai dua kegunaan penting. Pertama air kelapa itu sendiri di tinkan menjadi air minuman. Di Taiwan dan Korea air kelapa menjadi satu hidangan yang penting sebagai minuman untuk menyegarkan badan. Kini dinegara tersebut harganya bagi setiap tin ialah kira-kira RM4.00 setin. Dis USA pula permintaan air kelapa semakin meningkat dimana satu kotak air kelapa jenama 'Vita Coco' dijual dengan harga USD5.00 satu kotak (Baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Produk vita coco ini diproses di Batu Pahat, Johir sebagai satu daripada kilang pengeluaran selain darpada yang terbesar di Brazil dan Filipina (Sila lihat foto disebelah). Orang USA dan Korea lebih suka air kelapa muda tetapi bila air kelapa biasa di campur dengan air kelapa mudanya rasanya tidak banyak beza. Keduanya, air kelapa boleh digunakan untuk membuat sejenis jelly yang dinamakan cocoa-de-nata. Jelly ini dibuat dengan memeram air kelapa ini menggunakan bahan 'yiest'. Jelly yang dihasilkan dikatakan amat tinggi kandungan zatnya dan sangat digemari sebagai bahan 'pencuci mulut' di negeri Jepun. Kemudian isi kelapanya diparut dan mampu menghasilkan dua keluaran iaitu santan kelapa dan hampas kelapa. Santan kelapa ini diperlukan untuk dua kegunaan. Pertama yang bisa dilakukan ialah ia digunakan sebagai bahan penting untuk memasak oleh kebanyakan orang Asia. Hampir kesemua masakan dari kari dan masak bersantan sehinggalah menumis menjadi semakin enak bila dicampur dengan santan. Keduanya adalah dimana santan ini boleh dijadikan minuman. Di Korea dan Jepun, santan ini setelah dicairkan menjadi kira-kira 10% kepekatan akan dijadikan minuman kesihatan. Ia diminum selepas makan malam. Ia dikatakan mempunyai hasiat yang sangat tinggi untuk menjaga kesihatan. Di dalam kebanyakan proses, parutan kelapa akan diperah santannya sehingga kira-kira 90% meninggalkan hanya 10% baki pada hampasnya. Hampas yang hanya mengandungi 10% lemak ini mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan banyak pengguna lebih meminati diet dessicated coconut. Ia akan dikeringkan sehingga menjadi sangat crispy. Ia kemudian dimasukkan ke dalam bungkus yang 'air-tight' dan di eksport. Jadi kita lihat bahawa industri kelapa pun masih berpotensi tinggi. Ini belum lagi mengambil kira industri kelapa muda yang sememangnya sudah di buktikan daya majunya. Selain dari buah kelapanya bahagian lain di dalam pokok kelapa juga boleh dikembangkan. Kita tidak boleh lupa dengan daun kelapa yang digunakan untuk membuat ketupat dan lidi kelapa yang boleh digunakan untuk membuat penyapu dan barang perhiasan yang lain. Artikel ini ditulis sekadar untuk buka minda dan menambah infoo berguna kepada pembaca. Semuga anda gembira sempena Hari RayaAidilfitri tahun 2016 ini. Wasallam!!!.

MINYAK MASAK...BANYAK JENISNYA...
MINYAK SAWIT...KELAPA DAN SOYA..
PELBAGAI PRODUK... UNTUK DIGUNA...
BACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Syawal 1437H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »