TANAMAN KANGKONG (Impomea spp) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayur daun yang popular di negara kita untuk pasaran domestik. Kangkong tergolong dalam famili Convolvulaceae ddipercayai ia berasal dari India. Kangkong di negara Cina dikenali sebagai 'weng cai' yang juga merupakan satu jenis tanaman sayuran penting untuk kegunaan harian. Di negara barat pula, kangkung biasa disebut 'swamp cabbage', 'water convolvulus', atau 'water spinach'. Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kangkung Darat (Impomea reptans) dan Jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Keluasan tanaman kangkong di Malaysia seperti dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia seluas 2,600 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 125,500 metrik tan yang bernilai RM 14.6 juta setahun (Laporan Tahunan Statistik Jabatan Petanian Malaysia 2013). Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten. Artikel petang Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tanaman kangkong dan beberapa tips serta asas teknologi penanamannya.
Tanaman kangkung menjanjikan satu pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Kangkung Air juga merupakan tanaman popular (Ipomoea aquatic) dibeberapa negara yang tumbuh secara semulajadi. Kangkong merupakan tanaman sayur yang singkat masa dari menyemai benih sehingga menuai hasi. Selain daripada kangkong ditanam secara komersil dikebun sayur, ianya juga amat sering ditanam dikawasan keliling rumah sama ada dalam bekas mengandungi media tanaman atau secara hidroponik. Kepada mereka yang ingin memulakan tanaman kangkung sendiri buat kali pertama dikawasan keliling rumah mesti mengenai jenis kangkong yang hendak ditanam. Perlu diketahui akan perbezaan antara keduanya yang boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten.
Penanaman kangkung boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu bahan tanaman daripada biji benih (kangkung darat) dan vegetatif bagi kangkung air (keratan batang yang berakar). Sebaiknya adalah menggunakan biji benih kangkung dimana ianya tidak perlu disemai disebabkan saiznya yang besar. Biji kangkong mudah hidup jika ditanam terus di atas batas. Cara menanam kangkong sebaiknya dilakukan diatas batas. Batas ini perlu disediakan selebar satu meter (m) dan panjang bergantung pada kawasan dan tujuan penanaman. Semasa menggemburkan tanah sebaiknya ditambah bahan organik sebagai baja permulaan dan menyuburkan tanah. Dalam menanam kangkung dalam batas selebar 1 meter adalah ditanam dalam 4 barisan. Jarak tanaman yang disyorkan antara alur ialah 20 cm. Biji benih ditabur jarang-jarang di dalam alur.- Sungkupan seperti jerami padi diletakkan di permukaan batas yang terdedah untuk kawalan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah. Selepas menabur bebenih diantara 3 - 4 hari biasanya biji benih akan bercambah. Menyulam benih kangkung jarang dijalankan kecuali kadar peratus pencambahan adalah rendah. Kaedah menanam kangkung air pula dengan mengambil keratan batang kangkung yang telah berakar dipotong sepanjang antara 5-8 cm untuk dijadikan keratan benih. Kemudian cucuk batang kangkung yang berakar secara mencondong di kawasan tanah lembap dan berair. Amalkan penjagaan penanaman sayur kangkong agar tumbuh dengan baik dan subur.
Penanaman kangkong memerlukan air yang mencukupi dimana sistem pengairan dipasang. Kangkung perlu air yang agak banyak. Keadaan tanah yang kering dan cuaca terlalu panas tanpa air boleh membantutkan pertumbuhan kangkung sekali gus menurunkan kualitinya. Siram air pada tanaman kangkong setiap dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan. Pembajaan untuk tanaman kangkong perlu ikut pakej amalan teknologi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Semasa menyemai maka berikan sedikit baja organik telah digaul semasa penyediaan batas. Kadar itu cukup bagi kangkung yang baru membesar. Baja kedua akan diberi pada minggu kedua selepas menanam. Baja organik jenis butir boleh ditabur di sepanjang setiap alur. Anggaran antara 40 dan 50 gram bagi setiap pokok. Bagi yang suka menggunakan baja organik bentuk cecair, sembur baja sekali setiap minggu di waktu pagi. Kawalan rumpai perlu dilakukan dimana rumpai perlu sentiasa dikawal untuk elak persaingan (makanan dan cahaya) dengan tanaman. Kerja merumpai di atas batas secara manual, potong rumpai di luar batas dengan sabit atau mesin pemotong rumput. Aktiviti kawalan serangga perosak tanaman kangkong kurang kritikal. Kangkung jarang diserang oleh perosak atau penyakit. Namun sesekali ada juga serangga perosak yang mengganggu pertumbuhannya. Perosak seperti Kepinding dan penyakit karat putih biasa ditemui pada pokok kangkung. Cara kawalan dengan membuat penggiliran tanaman boleh membantu mengawal penyakit tersebut. Kepinding pula mudah dikutip dan dibuang.
Kangkung boleh di tuai antara 28 -35 hari lepas tanam dan dijual lingkungan RM 0.50 hingga RM 0.80 seklogram pada harga ladang. Kangkung yang dituai perlu dibersihkan dari tanah pada akar dan dimasukkan dalam baul buluh untuk dihantar segera ke pasaran. Pastikan TIDAK MENYEMBUR racun beberapa hari sebelum menuai untuk elakkan Sisabaki Racun. Bagi racun Dimethoate perlukan 7 hari, Racun Cymethrin (3 hari), Benomyl dan Mancozeb (14 hari) sebelum menuai. Kangkong juga mempunyai simptom kekurangan nutrien seperti kekurangan N, P,K dan zat pekit seperti Ca, Fe, Mo, Boron, Mn dan sebagainya yanng perlu dikaji dan diatasi masaalah ini. Penuaian kangkong adalah dengan mencabut menggunakan tangan keselurohan pokok bersama-sama akarnya untuk mengekalkan kesegarannya dan tahan lama. Bersihkan dari tanah dengan membasuh menggunakan air bersih dan ikat dengan lapisan kertas surat khabar dan masukkan dalam bakul buloh yang dilapis kertas sebelum dihantar kepasar. Secara fizikal kangkong perlu di tuai sebelum ianya mula menjalar atau pokok mulai tunduk (asalnya menegak). Potensi pengeluaran hasil kangkong sebanyak 10-15 metrik tan sehektar tetapi lazimnya sebanyak 12 mt sehektar di kebanyakan tempat di Malaysia.
TANAM KANGKONG... ADA CARA...
BENIH DISEMAI...BATAS DISEDIA...
SATU BULAN... DITUAI MASANYA...
DIBUAT SAYUR...ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Ulu Sungai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(23 Syawal 1437H)
EmoticonEmoticon