Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau 'Drone' merupakan pesawat kecil tanpa juruterbang yang boleh diprogramkan untuk tujuan penerbangan berasaskan input larian dan juga penerbangan yang telah dimasukkan ke dalam processor navigasi di dalam pesawat tersebut. Pesawat kecil ini adalah seperti pesawat kawalan jauh dan boleh berkomunikasi menggunakan radio dan Global Positioning System (GPS) dengan sistem kawalan di darat. UAV adalah satu platform yang kini telah menjanjikan satu kaedah mendapatkan imageri dengan pantas di lapangan. Hasilnya pula boleh diproses menjadi mozek ortofoto yang merupakan asas kepada pemetaan, Digital Surface Model (DSM) dan juga video output. Kalau dahulu perkara ini hanya ekslusif kepada pihak keselamatan sahaja tetapi kini teknologi UAV dengan terkawal telah banyak dimenafaatkan dalam banyak perkara. Antara perkara utama mengenai UAV adalah dimana UAV ini sebagai platform atau vehicle penting dalam aktiviti pemetaan (mapping). Kini teknologi dan perkembangan penggunaan UAV dalam bidang pemetaan skala besar yang amat mengalakkan sejak akhir-akhir ini. Kosnya adalah lebih murah secara relatif berbanding penggunaan pesawat udara konvensional. Di antara UAV yang menggunakan konsep pesawat adalah seperti Gatewing X100, Pteryx, Sensefly, SmartPlanes, CropCam, MAVinci dan Lehmann Aviation. Kaedah untuk menerbangkan micro UAV seperti cara untuk penggunaan landasan khas ataupun dengan cara untuk meluncurkan dengan tangan. Untuk proses mendarat pula, kebanyakannnya menggunakan material khas dan tahan lasak yang diletakkan di bawah micro UAV bagi tujuan untuk mengurangkan risiko kerosakan mendarat di permukaan yang tidak rata. UAV yang menggunakan konsep helikopter adalah seperti Mikrokopter, Aeryon Scout™ micro-UAV, Aibot X6 dan AscTec Falcon 8 Micro UAV dalam kategori ini tidak memerlukan ruang mendarat dan berlepas yang luas. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya meemahamkan diri saya dan pembaca blog ini mengenai asas apa dia UAV sekadar pengetahuan umum sahaja.
Walau pun kini ada dijual peralatan kecil permainan alat kawalan jauh dikedai tertentu, ia merupakan satu yang masih dikawal penggunaannya. Terdapat beberapa kelab atau persatuan yang ada menjalankan aktiviti menerbangkan kapalterbang kecil atau helikopter kawalan jauh sebagai alat permainan. UAV ini berbeza kerana ia dilengkapkan dengan beberapa alatan lain seperti untuk tujuan penggambaran. Kini had penggunaan UAV adalah kepada had penggunaan kuasa bateri hanya bertahan selama 30 - 40 minit sahaja semasa penerbangan. Had Muatan UAV pula biasanya tidak melebihi dari 20 kg untuk tujuan kawalan. Selain itu faktor cuaca amat diambil kira dalam menggunakan peralatan UAV ini dimana hanya waktu tertentu dibenarkan. Perkara penting dalam UAV adalah mengenai lokasi pendaratan dan lokasi pelancaran yang ditentukan demi menjaga keselamatan semua pihak. Kawasan Larangan Kritikal memang tidak dibenarkan sama sekali untuk penggunaan UAV. Apa pun semua pengendali UAV perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak tertentu sebelum pengoperasian ini dilakukan terlebih dahulu.
Pada masa ini terdapat 2 jenis UAV yang sering dijual dipasaran dan bergantung kepada penggunaannya. Jenis pertama iaitu UAV FIXED WING merupakan satu UAV yang mempunyai kepak atau sayap untuk membolehkan ianya terbang dengan ada injin dibelakangnya (Sila lihat foto disebelah). Antara beberapa kebaikan UAV jenis ini adalah dimana ia akan dapat dilancarkan dengan cepat dimana hanya perlu pegang dan lancarkan sahaja. Ia mampu membawa alatan untuk mengambil foto bagi 3km x 3km kawasan ukuran iaitu dengan kadar kecepatan selama 60 - 90 minits. Jeni ini juga tidak ada pengaruh dengan masaalah tutupan awan dimana ia memang diuji mampu mengambil foto dengan cepat. Lazimnya hasil pada imej foto akan dapat menggambarkan keadaan bumi seperti peta bergambar. Jenis ini juga memang menggunakan 'high-precision photogrammetry’ untuk menghasilkan peta digital dengan tahap ukuran topografi model 3D (Three dimension). Selalunya dikawasan yang sukar di akses boleh di petakan secara kawalan jauh emnggunakan jenis UAV ini . Paling penting adalah UAV ini adalah lebih kos efektif daripada jenis kedua. Bergantung kepada model dan saiz, jenis ini dijual dengan harga yang mampu dibeli.
Jenis UAV kedua yang saya tahu adalah yang dikenali sebagai UAV MULTI-ROTOR yang mempunyai beberapa bilah rotor untuk menerbangkan UAV ini. Jeni ini mempunyai beberapa kelebihan diantaranya seper kemempuannya untuk 'Terbang menegak' dari lokasi kawalan. Ia juga didapati berkeupayaan ‘Hover’ pada posisi GPS yang ditetapkan dan senang dikawal oleh mereka yang berlesen. Jenis UAV ini juga lebih ringan, kompak dan mudah pergerakannya kemana-mana hala yang dituju oleh alat kawalan. Ia sesuai untuk naik dan turun dikawasan sempit dan memang tidak memerlukan landasan panjang. Alat ini dilengkapi dengan sensor kawalan penstabilan penerbangan untuk Posisi GPS, 3D Gyro untuk Kawalan Posisi dan Arah Penerbangan serta Mode Barometer untuk Kawalan Ketinggian. Ia ada yang bersaiz kecil, sedang dan sederhana untuk dipilih mengikut kegunaan dan bajet. Bagaimana pun semua alatan ini perlukan sistem sokongan lain seperti Laptop, Alatan GPS, Aksesories, UAV Tools dan juga kemahiran pengendalinya. Adalah menjadi kerugian jika alat UAV ini terhempas dan rosak dengan pelaburan yang dilakukan.
Pada asasnya UAV merupakan latan yang sangat berguna dalam proses pemetaan (Mapping). Selalunya aktiviti 'Ariel photo image" yang diambil oleh UAV boleh di overlap sehingga 80% (forward and side overlap) pada kada maksma ketinggian penerbangan sehingga 22 m (400 kaki). Kemudian kutipan imej dilakukan dalam sistem komputer sehingga akhirnya akan mampu menghasilkan Model Terrain Digital (Digital Terrain Model - DTM) atau Orthophoto dan juga dalam bentuk video. Penggunaan, pembelian dan pemilikan UAV adalah dikawal oleh undang-undang penerbangan di Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kini apa yang penulis rujuk mendapati penerbangan UAV di Malaysia tertakluk kepada undangundang penerbangan iaitu Akta Penerbangan Awam 2016 (Jabatan Penerbangan Awam - DCA). Mereka yang ingin menjalankan UAV perlu ada lesen seperti Private Pilot License (PPL) serta perlu ada Permit untuk Penerbangan bagi Penggambaran Udara dari JUPEM (BGSP) dan perlu ada Permit Untuk Penerbangan dari DCA. Perlanggaran syarat ini membolehkan operator melakukan kesalahan dibawah akta ini. Potensi penggunaan UAV dalam dunia moden kini bukan sahaja untuk pemetaan tetapi juga untuk pertahanan, menguruskan bencana alam, tinjauan trafik jalanraya, sektor pemantauan serangan perosak pada tanaman dan berbagai lagi. Semuga teknologi pengunaan UAV ini akan membantu sektor pertanian dan sektor lain dimasa akan datang. Wasallam!..
NAMA UAV... CANGGIH BUNYINYA...
MEMBAWA KAMERA...TINGGINYA...
DIBUAT PETA... DIGITAL CARANYA...
PELBAGAI GUNA... IKUT HARGA...
By,
M Anem.
Senior Agronomist,
Padang Kelab Pernerbangan Aero,
Precint 21, Putrajaya,
Malaysia.
(5 Ramadan 1437H)
EmoticonEmoticon