DEDALU merupakan sejenis tumbuhan yang menumpang dan bersifat parasit kepada pokok lain. Penulis belum dapat kepastian bagaimana tumbuhan ini mendapat nama sebagai 'Dedalu' oleh pakar bahasa kita. Adakah kerana tumbuhan ini selalu berada diatas bahagian pokok yang terdedah kepada cahaya matahari dan ahli bahasa memberi nama 'Dedah' dan 'Lu' kemudian dipanggil 'dedalu'. Pokok tumpang ini amat suka dengan beberapa jenis tanaman disekitar kebun petani terutama pokok Jering (Archidendron jiringa), Pokok Dokong (Lansium domesticum), Pokok Mangga (Mangifera indica), Pokok Rambutan (Nephelium lappaceum) dan pelbagai pokok hutan yang lain. Dedalu dinegara kita ada beratus jenis tetapi untuk penulisan kali ini ditumpukan kepada dua jenis utama iaitu DEDALU DAUN LEBAR (Dendrophthoe pentandra) dan DEDALU DAUN KECIL (Salix tetrasperma). Kedua-dua jenis ini bagaimana pun mempunyai sifat yang sama dari segi ciri parasit yang menumpang pokok lain dan kemudiannya akan 'menguasai' (dominan) sehingga membunuh pokok tersebut. Foto diatas menunjukkan bagaimana kedua-dua jenis dedalu tersebut menumpang pada pokok dokong. Cara penyebaran juga agak sama diantara dua spesis ini iaitu melalui serangga dan burung seperti Burung Kelicap Bunga. Artikel yang ditulis pada subuh 1 Ramadan 1437H ini didalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai dua jenis dedalu yang anda mungkin pernah jumpa atau sekadar dijadikan bahan rujukan semua.
Dedalu Daun Kecil (Salix tetrasperma) mudah dikenali jika ia telah menyerang pokok buah-buahan kerana ia mempunyai warna daun yang hijau kecoklatan serta bersaiz kecil. Dedalu jenis ini mempunyai saiz daun yang kecil berukuran 6-10 cm panjang dan 3-6 cm lebar dengan berbentuk melengkung ditengahnya. Warna daun adalah hijau muda dengan dipermukaan bawah daun ada warna kecoklatan atau hijau gelap. Daun berbentuk tirus ini kecil pada ranting tua dan agak besar pada ranting muda. Batangnya juga mempunyai warna hijau kecoklatan dan ia mudah dibezakan dengan pokok yang ditumpang walau pun dilihat dari jauh. Dedalu jenis ini yang telah matang akan menghasilkan bunga dan buah yang juga selalu berwarna kecoklatan (Sila lihat foto disebelah). Belum ada kepastian sama ada jenis ini lebih agressif daripada jenis daun lebar. Dalam bunga tersebut menghasikan manisan atau nektar yang akan dikunjungi oleh serangga dan burung kelicap sebagai sumber makanan dan patogen inilah yang menyebarkan benihnya kepada ranting dan pokok lain. Setakat ini belum ada kajian ekonomi mengenai kebaikan dedalu jenis ini untuk perubatan dan kosmetik tetapi yang pastinya ia bersaing air, nutrien dan ruang sehingga kemudian membubuh pokok yang ditumpanginya.
Dedalu Daun Lebar (Dendrophthoe pentandra) merupakan spesis yang agak sukar dilihat berada diatas pokok kerana saiz dan warna daunnya menyerupai pokok yang ditumpang (Sila anda lihat foto aling bawah). Dedalu jenis ini mempunyai saiz daun lebar dengan anggaran panjang daun 6 - 12 cm dan lebarnya sekitar 5-7 cm. Mempunyai warna daun hijau sederhana kuat yang menyerupai kebanyakan pokok yang ditumpanginya. Bentuk daunnya juga mempunyai bentuk lebar, membulat dan warna dikedua permukaan atas dan permukaan bawah yang juga serupa hijaunya. Batang dedalu jenis ini berbentuk selinder berwarna kelabu gelap menyamai kebanyakan pokok buah yang ditumpangnya (Sila lihat foto disebelah). Jumlah bunga dan buahnya agak kurang ketara jumlahnya berbanding dengan yang terdapat pada jenis daun kecil. Ini kerana ia menyerupai warna daun yang agak kurang jelas dilihat dari jauh. Serangan dedalu jenis ini selalu tidak disedari oleh pemilik dusun kerana ia tidak jelas kelihatan diperingkat awal serangan. Akhirnya tanpa disedari semua ranting dan dahan dibahagian atas sudah mati diserang dedalu. Kawalan untuk dedalu boleh dilakukan dengan memusnahkan semua sumber dedalu dewasa yan ada benih dan memotong dahan yang diserang dan membakarnya. Semuga anda mendapat info mengenai dua jenis dedalu dalam Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!.
POKOK DEDALU... PARASIT SIFATNYA...
BANYAK JENIS ... DUA SELALU JUMPA...
YANG PERTAMA...SALIX TETRASPERMA..
JENIS DENDRO... LEBAR DAUNNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dusun Durian dan Dokong,
Kg Pamah Rawas,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(2 Ramadan 1437H)

EmoticonEmoticon