JAMBU AIR (Syngium samarangense) atau Wax Apple atau Rose apple merupakan sejenis buah dari keluarga Myrtaceae. Buah ini juga mempunyai nama botani sinonim lain seperti Syngium javanica dan Eugenia samarangense. Jambu Air mempunyai banyak varieti di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina serta beberapa negara sektar. Jambu Air adalah natif di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Malaysia. Taiwan merupakan antara negara yang maju dalam pembangunan varieti jambu air dengan menjalankan kajian biakbaka jambu air. Walau pun Taiwan hanya mampu menghasilkan hasil buah jambu air dalam masa 6 bulan sahaja dalam setahun, tetapi nilai pengeluaran domestik dan eksport mencecah jutaan ringgit setahun. Agensi seperti TWADA (Taiwan Wax Apple Development Association) merupakan satu NGO boleh mengawal kualiti buah dan pengeksportan jambu air yang berpengaruh di Taiwan. Bentuk buah jambu lazimnya berbeza-beza mengikut varieti. Asas bagi bentuk buah jambu air ada 3 bentuk iaitu 'Pear shape', 'Elongated shape' dan 'Bell shape'. Terdapat benyak warna buah jambu air daripada yang berwarna putih, hijau terang, hijau gelap, merah terang, merah jambu, merah terang, merah gelap dan ungu malahan kehitaman (wild variety). Saiz buah sekitar 5-12 cm panjang dengan berat mencecah 150 gram sebiji. Buah jambu air akan terbentuk diantara 30 - 40 hari selepas anthesis. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah jambu air tanpa biji dengan buah jambu air berbiji sekadar menambah imlu mengenai teknologi pertanian..
Bunga Jambu Air akan keluar daripada pokok matang yang dijaga dengan baik mengikut amalan agronomi sesuai seperti pembajaan, sistem pengairan, cantasan, kawalan penyakit dan perosak. Bunga jambu air adalah bersifat HERMAPRODITE yang keluar dalam jambak diantara 2 -15 kuntum sejambak bergantung kepada varieti, kesuburan dan umur pokok. Bunga ini lazimnya berwarna putih atau putih kekuningan sedikit dan mempunyai banyak stamen (sekitar 200 - 300 stamen). Kajian menunjukkan kadar kejayaan pendebungaan (Anthesis) bunga jambu air sekitar 19 - 43%. Ia aktif sari jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari dan paling lewat sehingga jam 6.00 petang (Misra and Bajpai 1975). . Ia melakukan pendebungaan sendiri atau dibantu oleh serangga dan juga peranan angin. Selepas pendebungaan maka ia akan membentuk putik buah. Lazimnya selepas putik berukuran 1-2 cm garispusat ia sesuai untuk dibalut setelah dibuat semburan racun serangga atau racun kulat sesuai. Bergantung kepada pokok, bilangan putik yang dibalut perlu dikira antara 2- 5 biji setangkai untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Putik akan berlaku keguguran secara semulajadi disebabkan 3 faktor. Keguguran putik pertama berlaku semasa bunga kembang (bloom) sekitar 52% kira-kira 4 minggu selepas berbunga. Kali kedua berlaku pada peringkat 30-40 hari selepas 'full bloom' dan kali ketiga keguguran putik pada 42-50 hari kemuidannya. Pembungkusan dengan bahan pembungkus seperti plastik dengan kertas akan dilakukan dengan menandakan nombor pokok dan tarikh membalut. Lazimnya selepas 30 hari maka buah jambu air E6 akan matang dan sedia untuk dipetik. Bagaimana pun jika cuaca kering dan panas maka jangkamasa memetik akan lebij lama sehinga 10 hari lewat.
Jambu Air Berbiji pula adalah jenis jambu air yang mengandungi biji didalamnya dan bentuknya adalah berlainan dengan jambu air tanpa biji bagi varieti E6 ini. Bentuk buah jenis ini walau pun daripada pokok sama tetapi ia berbentuk 'bulat' atau 'roundish shape' serta warna kulit merah keputihan. Ia lebih besar dan lebih berat daripada buah tanpa biji (Sila lihat foto disebelah). Buah jenis ini terjadi berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti lambat membungkus putik dilakukan dilakukan. Proses pendebungaan yang berlaku akan juga menyebabkan biji jambu air akan terbentuk diantara 1 - 4 biji didalamnya. Biji bersaiz kecil berukuran 1 - 2 cm berwarna coklat kehitaman mengambil ruang besar ditengahnya. Buah jenis ini lazimnya lebih manis daripada buah jambu air tanpa biji. Ia dijual dengan harga sekitar RM2.50 - RM 4.00 sekilogram. Lazimnya kurang dari 10% buah jenis berbiji dijumpai dalam kebun jambu air komersil. Diharap artikel ini memberi info berguna. Wasallam!.
JAMBU AIR... WAX APPLE SAMA...
WARNA MERAH..HIJAU PUN ADA...
DITANAM... SEGAMAT KEBUNNYA...
ADA POTENSI... SIAPA MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1419, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
(25 Mac 2015)

Jambu Air Tanpa Biji atau mudahnya ia adalah Buah 'Hermaprodite' merupakan buah jambu air yang tidak mengandungi biji ditengahnya. Bentuk buah ini adalah berbentuk 'bell shape' dengan jelas dan ia dihasilkan dalam sebahagian besar keseluruhan buah jambu air yang terbentuk pada pokok jambu terutama untuk varieti E6 ini. Ia mempunyai bentuk dan warna agak seragam iaitu merah terang apabila masak pada indeks 3 dan merah gelap pada tahap indeks 4 kematangan dengan kulit yang berkilat (Sila lihat foto buah disebelah). Lazimnya putik buah ini yang telah menjalani 'anthesis' dengan saiz sesuai akan dibalut dengan plastik atau pembungkus lain yang sesuai. Proses memetik buah jambu air akan dilakukan dengan menyemak tarikh membalut dan sarung buah perlu dibuka. Petik buah yang sesuai pada indeks 3 dan akan ditinggalkan buah yang matang pada indeks 1 dan indeks 2. Apabila buah ini dibelah, isinya berwarna putih, rangup, manis, berjus (juicy) dan tidak ada biji ditengah-tengahnya (Ada ruang kosong). Buah jenis ini lazimnya dikategorikan sebagai buah berkualiti Gred Premium atau Gred 1 dengan harga lebih baik. Harga ladang buah jenis ini di Segamat mengikut tinjauan penulis adalah sekitar RM 3.00 - RM4.50 mengikut gred.
Jambu Air Berbiji pula adalah jenis jambu air yang mengandungi biji didalamnya dan bentuknya adalah berlainan dengan jambu air tanpa biji bagi varieti E6 ini. Bentuk buah jenis ini walau pun daripada pokok sama tetapi ia berbentuk 'bulat' atau 'roundish shape' serta warna kulit merah keputihan. Ia lebih besar dan lebih berat daripada buah tanpa biji (Sila lihat foto disebelah). Buah jenis ini terjadi berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti lambat membungkus putik dilakukan dilakukan. Proses pendebungaan yang berlaku akan juga menyebabkan biji jambu air akan terbentuk diantara 1 - 4 biji didalamnya. Biji bersaiz kecil berukuran 1 - 2 cm berwarna coklat kehitaman mengambil ruang besar ditengahnya. Buah jenis ini lazimnya lebih manis daripada buah jambu air tanpa biji. Ia dijual dengan harga sekitar RM2.50 - RM 4.00 sekilogram. Lazimnya kurang dari 10% buah jenis berbiji dijumpai dalam kebun jambu air komersil. Diharap artikel ini memberi info berguna. Wasallam!.
JAMBU AIR... WAX APPLE SAMA...
WARNA MERAH..HIJAU PUN ADA...
DITANAM... SEGAMAT KEBUNNYA...
ADA POTENSI... SIAPA MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1419, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
(25 Mac 2015)
EmoticonEmoticon