BUAH FIGS (Ficus carica) atau BUAH TIN kini telah menjadi viral kepada rakyat Malaysia setelah ia disiarkan dalam program Majallah 3 dan TV9 tidak berapa lama dahulu. Sebelum ini memang saya tidak berapa kenal dan jarang-jarang kita jumpa dalam pameran pertanian atau mana-mana stesyen pertanian tentang buah ini. Buah Figs rupanya orang kita di Malaysia lebih kenal dengan panggilan 'Buah Tin' iaitu sejenis buah daripada keluarga Moraceae dan ia merupakan sejenis tumbuhan yang didapati natif dari kawasan Timur Tengah dan Asia Barat yang kini banyak ditanam di kawasan temperate secara komersil. Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis (Lihat foto diatas). Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) telah pun menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 16 varieti buah figs yang telah ada di tanam di Malaysia untuk dijadikan rujukkan semua pembaca dalam Part 2.
9) TENA
Warna buah hijau cerah dengan saiz sederhana. Kulitnya agak tebal dengan warna isi agak cerah.
10) ALBACOR
Varieti ini mempunyai warna kulit yang merah gelap kehitaman apabila cukup masak. Mempunyai isi yang baik dan mendapat permintaan baik dipasaran.
11) BELLONE
Varieti ini juga mempunyai warna kulit yang merah atau ungu gelap apabila masak. Bentuk buahnya juga menarik seperti bentuk pear dengan ini yang manis apabila cukup masak.
12) SALEM DARK
Varieti ini mempunyai warna kulit hijau kemerahan gelap apabila ia masak. Paling istimewa adalah isinya yang berwarna merah kuat dan manis.
13) BERGUNYA
Varieti ini sedrhana besar dengan warna kulit hijau cerah walau pun cukup masak. Bahagian isinya mempunyai warna merah pucat dan kandungan gulanya tidak berapa tinggi.
14) FLANDERS
Varieti ini sekali pandang macam jambu bol. Warna kulit buah yang masak hijau dengan sedikit jalur warna kemerahan dan mempunyai tangkai agak panjang. Citsrasa isi yang sedrhana dan disukai ramai.
15) MASUL DOLPHINE
Varieti ini istimewa kerana ia mempunyai warna kulit yang merah kuat dengan saiz buah sederhana besar. Bentuk buahnya juga separa bulat lonnjong dan buah synconium ini mempunyai isi yang manis.
16) NAPOLITANA NEGRA
Varieti ini apa bila cukuo masak mempunyai warna kulit yang sekata merah gelapnya. Bahagian tangkai juga selalu berwarna merah kecuali yang melekat didahan. Varieti ini mempunyai tekstur isi yang paling bermutu kerana isinya adalah padat dan rasa manis. Mendapat harga premium dipasaran.
Semua 16 varieti Figs yang telah berada di Malaysia ditanam dengan kebanyakannya dikawasan keliling rumah dan kawasan kebun persendirian. Benih-benih ini dibawa masuk ke dalam negara melalui keratan batang dan pelbagai kaedah lain. Wasallam!.
BUAH FIGS... BUAH TIN SAMA....
BERATUS VARIETI..16 DAH ADA....
TENGOK GAMBAR... TIDAK SAMA...
MENGENAL LAGI...PERLU BACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, MAlaysia.
(25 JamadilAwal 1426H)
Bersamaan 17 Mac 2015
EmoticonEmoticon