FIGS - VARIETI DI MALAYSIA (PART 1)

BUAH FIGS (Ficus carica) atau BUAH TIN kini telah menjadi viral kepada rakyat Malaysia setelah ia disiarkan dalam program Majallah 3 dan TV( tidak berapa lama dahulu. Sebelumini memang saya tidak berapa kenal dan jarang-jarang kita jumpa dalam pameran pertanian atau mana-mana stesyen pertanian tentang buah ini. Buah Figs rupanya orang kita di Malaysia lebih kenal dengan panggilan 'Buah Tin' iaitu sejenis buah daripada keluarga Moraceae dan ia merupakan sejenis tumbuhan yang didapati natif dari kawasan Timur Tengah dan Asia Barat yang kini banyak ditanam di kawasan temperate secara komersil. Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis (Lihat foto diatas). Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 16 varieti buah figs yang telah ada di tanam di Malaysia untuk dijadikan rujukkan semua pembaca dalam Part 1.

1)   CONADRIA
Varieti ini mempunyai warna kulit masih hijau walau pun sudah cukup masak. Isinya berwarna merah pucat dengan rasa manis yang sesuai dimakan apabila masak ranum.




2)   DALMANTE
Varieti ini dikelaskan sebagai antara figs yang bersaiz sederhana besar dengan warna kulit masih hijau walau pun masak. Ia merupakan figs yang dikomersilka untuk dimakan segar dan diproses. 




3)   NAGRONE
Varieti ini bersaiz agak kecil sedikit dengan warna kulit merah gelap apabila cukup masak. Isinya agak padat dengan rasa yang manis.




4)   RED EYGPT
Varieti ini mempunyai warna kulit merah kuat apabila cukup masak. Ia mempunyai ira isi berwarna keputihan (cream colour) dengan rasa sederhana manis.




5)  RED KHURIMANI
Varieti ini juga jenis berkulit merah kuat apabila masak dipokok. Bentuk dan saiz buah yang menarik dan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pembeli.




6)   RED LIBYA
Varieti ini bersaiz agak sederhana besar dengan warna kulit merah kehitaman apabila masak. Bentuk buah yang menarik (synconium shape) dengan isi yang manis. Menjadi salah satu komoditi figs untuk pasaran eksport.




7)    SALEM DARK
Varieti ini mempunyai kuit coklat hijau kehitaman dengan kulit yang kurang berkilat. Isinya mempunyai bentuk ira yang membulat dengan warna merah kuat. Varieti ini mempunyai nilai pasaran agak tinggi.




8)  SULTANE
Varieti ini mempunyai warna kulit merah gelap kehijauan dengan bentuk yang kurang sekata. Kulit buah kadang-kadang tidak licin berkilat seperti buah figs lain. 



Potensi penanaman buah figs di Malaysia masih ditahap baru dimana belum ada kajian rasmi dijalankan oleh pihak badan penyelidikkan yang telah membuat pengesyoran varieti. Semua vareiti figs ini dibawa masuk secara 'illegal' kemungkinannya atau ada yang cuba membawa masuk melalui saluran sah. Kesemua 16 varieti  figs yang ada ditulis dalam blog ini hanya sebahagian daripada berpuloh lagi yang penulis tidak sempat hendak tulis. Mungkin ada jenis buah yang sama tetapi dinamakan berlakinan oleh usahawan berasaskan kepada sumber dimana punca asal benih tersebut. Adalah lebih baik pihak tertentu mendaftarkanvarieti figs yang ada ini dalam Senarai Pendaftaran Varieti Nasional (National Vatiety Listing) di Jabatan Pertanian Malaysia dimasa akan datang. Cara ini akan membolehkan pihak berwajib membuat pemantauan dan pencirian kualiti varieti akan dapat dilaksanakan. Wasallam!.


BUAH FIGS... BUAH TIN SAMA....
BERATUS VARIETI..16 DAH ADA....
TENGOK GAMBAR... TIDAK SAMA...
MENGENAL LAGI...PERLU BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, MAlaysia.
(25 JamadilAwal 1426H)
Bersamaan 17 Mac 2015

Artikel Terkait

Previous
Next Post »