AYAM LAGA (Fighting Cocks) merupakan sejenis ayam yang dipelihara khusus untuk berlaga atau bertarung bagi tujuan perlawanan ayam. Saya dapati ayam laga juga digelar sebagai Ayam sabung, Ayam laga, Ayam Bangkok, Ayam Siam atau Ayam baik (bahasa Inggeris: gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di seluruh dunia kerana mempunyai ciri-ciri untuk bersabung atau berlawan. Ayam Laga/sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati ketika perlawanan. Di Thailand, Indonesia, Filipina dan Semenanjung Malaysia, ayam laga ini seakan-akan sama dari jenis ciri baka dan cara ia berlawan. Beberapa pemilik ayam laga di Malaysia yang pernah saya tanya telah mengatakan sesetengah baka ayam ini diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. bagaimana pun bagi kawasan seperti di Sabah, Sarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Terdapat juga dakwaan ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Didalam banyak rujukkan didapati ayam ini juga dikenali sebagi 'ayam pisau' kerana apa yang sering berlaku adalah dibahagian tajinya akan dipasang dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci untuk bertarung dimana ia perlu masa 4 minit sahaja untuk mengalahkan lawannya. Artikel subuh Isnin ini saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat megenai ayam laga dan juga beberapa laporan akhbar mengenai aktiviti negatif ayam laga.
Di Semenanjung Malaysia saya lihat kebanyakan pengemar ayam laga cukup berminat dengan ayam sabung yang berasal dari Bangkok. Ramai diantara mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan beberaka ekor baka yang baik untuk bertarung dan juga kos pemeliharaannya yang juga agak tinggi. Ayam laga yang mahal ini akan diberikan reban dan sangkar khas dan makanan khusus dengan tahap keselamatan tinggi (Takut dicuri orang). Beberapa kajian menunjukkan terdapat beberapa jenis ayam laga yang umumnya ada iaitu Jenis Ayam Hujung Tanduk iaitu ayam ini mengunakan tanduk kambing hutan yang dibentuk menjadi seakan taji asli dengan panjang 3-5 inci. Kedua adalah Jenis Ayam Taji Asal dimana jenis ayam ini hanya menggunakan taji asli yang terdapat pada kaki ayam laga (tidak dipotong atau ditambah dengan taji buatan). Ketiga adalah Jenis Ayam Batang Kaki iaitu jenis ayam ini pula tergolong dalm 2 jenis iaitu ayam yang tidak mempuyai taji dari asal (ayam gusi) dan ayam yang tajinya dipotong. Pengemar sabung ayam boleh mengenal pasti kekuatan dan kebolehan atau tuah seseekor ayam sabung dengan melihat rupa bentuk,gerak gaya dan terutama sekali sisik pada kaki ayam tersebut sebelum bersabung.
Beberapa Ciri-Ciri penting Ayam Laga yang pelu diketahui oleh peminat ayam laga berbeza-beza mengikut keinginan pemilik (Lihat foto sebelah). Bagaimana pun saya akan senaraikan beberapa ciri penting yang perlu ada pada ayam laga. Bentuk kepala dan tulang alisnya tebal dan sebaiknya bulu ayam laga berkilat dan kaku, terutama pada bulu sayap dan ekor. Ayam laga perlu ada kaki bersisik kasar, dengan bentuk dari segi empat sampai bulat. Kepalanya berbentuk buah pinang dan diperhatikan ketika berdiri ia mempunyai bentuk badannya menegak (erected shape). Dibahagian matanya masuk ke dalam, sepet, dan jernih dengan mempunyai kulit muka yang kasar, tebal dan juga sebaiknya berwarna merah. Ia mempunyai paruh besar, kuat melengkung, beralur mulai dari lubang hidung ke arah muka dengan ada lubang hidung agak ke depan. Ia juga ada muka kelihatan bengis dan garang. Dibahagian jari kakinya panjang, kecil, kuat dan susunan jarinya mekar. Ia juga perlu pandai memukul bahagian kelemahan lawan dengan pukulan keras dan tepat. Paling utama adalah ia ada semangat tarung tinggi dan malu akalau ia tidak mahu bertarung. Lazimnya ia mempunyai tulang yang kasar dan rapat. Ciri-ciri khas yang dimiliki oleh ayam laga inilah yang membuatkan ia sangat terkenal kehebatannya di arena tarung di seluruh dunia.
LAPORAN 1 :
Dicekup ketika leka sabung ayam
Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
29/6/2013

Gambar hiasan - ayam laga di luar negara. |
KUALA TERENGGANU 28 Jun 2013 - Gara-gara asyik dengan kegiatan menyabung ayam, sekumpulan lelaki termasuk warga emas berusia 68 tahun tidak menyedari perbuatan mereka itu dalam perhatian polis. Kejadian berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Jabi, Besut, kira-kira pukul 8 malam tadi. Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melakukan intipan sebelum menyerbu kumpulan terbabit yang terdiri daripada 27 lelaki termasuk seorang lelaki Cina. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ketika diserbu, kesemua lelaki itu langsung tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa. "Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 68 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut di sini sebelum diberi jaminan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Jelas Manoharan, siasatan lanjut mendapati, lelaki Cina yang turut ditangkap dalam kejadian itu berasal dari Pahang dan dipercayai berperanan sebagai penganjur aktiviti berkenaan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. polis turut merampas 11 ekor ayam yang digunakan untuk melaga, 10 serkap ayam, sebuah generator, kerusi serta sejumlah wang tunai dalam serbuan tersebut," katanya.
LAPORAN 2 :
600 ayam laga dimusnahkan
10/6/2007
LAPORAN 2 :
600 ayam laga dimusnahkan
10/6/2007
SUNGAI BULOH 9 Jun 2007 - Sebanyak 600 ekor ayam laga dimusnahkan setakat ini - satu jumlah yang agak besar berbanding jumlah keseluruhan 3,487 ekor unggas yang dihapuskan di Kampung Paya Jaras Hilir di sini berikutan wabak selesema burung (H5N1) dikesan baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Safiee Lisut berkata hari ini, jumlah ayam laga yang banyak itu disebabkan 500 daripada empat ribu penduduk di kampung itu adalah penduduk asing dari Indonesia dan Kemboja yang mempunyai hobi melaga ayam. Mereka telahpun mendapat taraf penduduk tetap (PR). Mereka suka pelihara ayam laga yang dibawa dari Siam dan Kelantan sebab harganya mahal iaitu RM150 seekor, kata Shafiee yang mendapati penduduk tempatan di sini tidak berminat membela ayam laga. Katanya, jika terbukti ayam laga sebagai pembawa virus H5N1 di sini, pihak JKKK akan memohon kepada JPH melarang peliharaan ayam jenis itu di sini. Beliau berkata, selepas operasi pemusnahan dan pengawasan unggas dijangka tamat beberapa hari lagi, pihak JKKK akan memohon kebenaran daripada kerajaan negeri bagi memusnahkan baki unggas tanpa pampasan bersama pihak berkuasa tempatan selain daripada mendakwa penduduk yang degil. JKKK juga akan menjalankan kempen kesedaran secara aktif kepada penduduk selepas ini supaya prihatin tentang bahaya wabak selesema burung, katanya. Bernama
LAPORAN 3 :
Syor haramkan kemasukan, pelihara ayam laga
9/6/2007
SUNGAI BULOH 8 Jun 2007 - Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengharamkan pemeliharaan dan kemasukan ayam laga sebagai satu cara mengelak penyebaran virus wabak selesema burung (Avian Influenza) ke negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata jika pihaknya dapat membuktikan kes selesema burung di Paya Jaras berpunca daripada ayam laga, jabatan itu akan meneruskan usaha mendapat perintah daripada Kabinet bagi mengharamkan pemeliharaan ayam laga. Semua ayam laga dalam kawasan indeks telah dihapuskan tapi kita percaya pemilik-pemilik ini telah membawa keluar ayam laga lebih awal bagi mengelak kerugian. Undang-undang itu juga boleh mengelakkan perjudian menggunakan ayam laga, katanya kepada pemberita berhubung operasi pemusnahan unggas di sini. Dr Abd Aziz berkata JPH juga menjalankan penyelidikan epidemiologi untuk mengkaji punca serangan selesema burung di kawasan itu iaitu melibatkan sesi temubual dengan penduduk di kawasan indeks dan maklumat lengkap keputusan kajian itu akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu.
LAPORAN 4 :
Penternak ayam laga dihadap ke mahkamah
17/06/2010

SHAH ALAM 17 Jun - Seorang penternak ayam laga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tuduhan membunuh bapa kandungnya dalam satu rompakan pada tahun lalu. Lim Kim Huat, 45, bersama dua lagi yang masih bebas didakwa membunuh Lim Giek Poh, 68, di rumah No. 12, Jalan Anggerik Oncidium 31/78H,Kota Kemuning di sini antara pukul 10 malam, 20 Ogos dan pukul 3.30 pagi, 21 Ogos 2009. Majistret Hafizah Abdul Rajak menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut. - Utusan
LAPORAN 5 :
Polis serbu pesta sabung ayam, 17 ditahan
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
26/12/2010
HULU LANGAT 25 Dis. - Setiap kali cuti umum, satu pesta menyabung ayam yang mendapat sambutan lebih 50 peserta akan dianjurkan di sebuah ladang ternak ayam kampung di pedalaman Batu 23, Sungai Lui di sini. Bagaimanapun, kegiatan mereka sejak enam bulan lalu berjaya dihidu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang bertindak menyerbu ladang tersebut petang ini. Serbuan pukul 2.30 petang itu membantutkan persiapan dan pertarungan yang sedang berlangsung apabila kaki judi terbabit bertempiaran lari ke dalam hutan. Namun, terdapat segelintir daripada kaki judi tegar tidak melarikan diri sebaliknya bertindak berani 'bertempur' dengan anggota polis untuk menyelamatkan wang pertaruhan serta ayam mereka. Bagaimanapun, kecekapan tujuh pegawai dan 20 anggota yang melakukan serbuan berjaya menahan 17 kaki judi terbabit yang berusia antara 23 hingga 53 tahun. Ketua operasi, Supritendan Maszely Minhad berkata, walaupun serbuan disedari oleh kaki judi itu, namun pihaknya berjaya menahan separuh daripada mereka termasuk yang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran.
"Hasil siasatan, kita dapati selain menyabung ayam, terdapat judi 'dadu enam muka' turut dianjurkan di situ. "Kita menemui peralatan perjudian yang dipercayai dikendalikan oleh seorang lelaki dan teman wanitanya berusia 31 tahun," katanya di lokasi serbuan di sini hari ini. Tambahnya, siasatan mendapati aktiviti menyabung ayam di kawasan itu hanya dilakukan pada cuti umum dan didalangi oleh anak tuan tanah berusia 23 tahun. "Kita turut merampas 17 ekor ayam laga dan wang pertaruhan berjumlah RM10,427 serta taji yang dipasang di kaki ayam semasa bersabung," ujarnya. Menurutnya, daripada 17 orang yang ditahan, seorang daripadanya adalah wanita. Katanya, kesemua kaki judi yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44 (1)(G) Ordinan Binatang 1953. Wasallam!.

SEBAHAGIAN daripada 17 kaki judi yang ditahan dikumpulkan di dalam
gelanggang sabung ayam selepas polis menyerbu pusat kegiatan itu
di Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor semalam.

AYAM SABUNG..SAMA AYAM LAGA....
IA BERTARUNG..PEMINAT GEMBIRA...
AKTIVITI DILARANG.... POLIS JAGA...
ADA YANG MAHAL... SEMAK HARGA...
KALAU BERSABUNG... IA BAHAYA...
ADA KALAH MATI...IA MENYIKSA...
By,
M Anem
Senior Agrologist
Taman Cendana, Jalan Istana,
Perimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(19 Syawal 1434H)
EmoticonEmoticon