TERUNG PIPIT (Solanum tarvum) juga dikenali sebagai terung rembang atau terung manggul adalah sejenis ulam yang tumbuh liar atau ditanam dikawasan kebun tetapi lazimnya ia terdapat di hutan Malaysia. Terung Pipit diberi nama mungkin kerana ia adalah amat disukai oleh burung seperti burung pipit yang memakan terung ini apabila masak didalam keadaan semulajadi. Terung pipit banyak dijual dipasar tani atau pasar tamu atau pasar minggu yang dikutip oleh penduduk kampong dengan harga selonggok diantara RM2.00 - RM3.00. Belum ada senarai harga terung pipit di dalam senarai harga sayuran dipasar yang dipaparkan. Antara kegunaan terung pipit adalah untuk dijadikan ulam ketika makan nasi dengan dicecah sambal belacan atau dimasak sayuran sambal ikan bilis pedas dan sebagainya. Ia merupakan sejenis sayur yang berkhasiat dimana secara saintifik apa yang penulis rujuk didalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi bahan iaitu air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg. Oleh itu tidak hairan jika dikatakan bahawa terung pipit merupakan tumbuhan berubat yang digunakan secara tradisi. Buahnya memang mengandungi banyak khasiat seperti diantaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki. Batangnya berkayu liat dan ia mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya yang berwarna hijau dan tebal tumbuh berpasangan dan mudah dikenali. Ia mempunyai garis bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Penggunaan lain terung pipit adalah ia mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar pada tanah kerana ia mampu menyerap logam berat (Heavy metal) dari tanah. Bagaimanapun pokok yang ditanam bagi tujuan ini hasilnya adalah tidak sesuai digunakan kerana mengandungi logam berat atau untuk dimakan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai terung pipit dan beberapa perkara mengenai terung ini untuk bahan rujukkan berdasarkan pengalaman dan bahan rujukkan.
Sebagai infomasi awal ada sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979). Jika ini benar maka spesis ini boleh dijadikan produk yang mempunyai nilai penting dari segi ekonomi. Selain itu setengah jenis terung pipit dimana putiknya boleh menyebabkan gejala neurologikal seperti sakit perut (gastrointestinal effect) yang mana ia berpunca dari bahan terkandung didalamnya yang dikenali sebagai Solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs). Di Malaysia umumnya Terung Pipit sebagai tumbuhan liar yang dimakan secara mentah atau pun dicelur untuk dijadikan ulam. Didapati terung ini juga mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Buah terung ini mengandungi banyak khasiat diantararanya kepada sesiapa meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu bahagian akarnya pula didakwa dapat mengubati retak kulit pada kaki dengan mengambil akar tersebut, ditu,buk hancur dijadikan pes dan ditampal pada kulit kaki.
Terong Pipit merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah berwarna hijau dengan dipermukaan buah licin. Walau pun ianya agak jarang ditanam secara monokrop komersil, ianya masih ada tumbuh meliar dikawasan kebun. DIpercayai pokok terung pipit liar ini disebarkan oleh burung yang memakan buah dan bijinya lalu diberakkan dilokasi yang mana ia tumbuh. Burung pipt dipercayai antara spesis burung yang suka makan terung pipit yang masak. Pokok yang tumbuh meliar ini lazimnya mempunyai ketinggian pokok diantara 1.0 - 1.5 meter dengan mana ia mempunyai beberapa cabang dan ranting yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Terdapat duri pada bahagian ranting dan daunnya. Daunnya yang berbentuk beberapa segi berwarna hijau dan berbulu sedikit. Bentuk batangnya adalah membulat dan ada tumbuhi duri yang sakit jika tercucuk pada jari tagan. Ia juga memilki bunga yang berwarna putih diaman akhirnya akan menghasilkan biji-biji muda berwarna putih setelah tua menjadi kehitaman. Biji ini boleh digunakan sebagai biji benih untuk penanaman apabila cukup matang. Dalam keadaan semulajadi, pookok terung pipit mudah tumbuh dibelukar yang agak kering atau kebun terbiar yang ditinggalkan atau dipinggir kawasan hutan. Apabila tumbuh dan berbuah maka prnduduk kamppong atau pencari hasil hutan akan memungut buahnya dan dibawa pulang atau dijual jika ada permintaan seperti pasar tani dan pasar minggu. Penulis hanya beberapa kali membeli terung pipit semasa bertugas di Sarawak dahulu.
Buah terung pipit segar yang dibeli atau dipetik sendiri boleh dimakan sebagai ulam atau masyarakat kita memasak sebagai Sambal Terung Pipit atau Sambal Bilis Terung Pipit. Bagaimana pun masakkan berasaskan terung pipit yang penulis paling gemari adalah Masakan Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit. Ia hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit untuk menyediakannya dan boleh dihidangkan kepada 4 orang dewasa apabila siap. Bahan-bahan untuk menyediakan resepi ini adalah 200g ikan bilis, 2 cawan terung pipit yang telah dibuang tangkai dan juga dibasuh atau dibersihkan. Bahan lain adalah 1/2 biji bawang besar yang dihiris nipis, 2 sudu besar sos tiram, 3 sudu besar air asam jawa, 2-3 senduk besar minyak serta jangan lupa perisa garam dan gula secukup rasa. Sementara itu bahan-bahan untuk kisaran halus terdiri daripada 10-15 biji cili kering yang telah dibuang biji dan rebus, 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan juga 1 biji bawang besar yang dipotong dadu menjadi 4 bungkah. Cara Penyediaan amat mudah iaitu dengan menggoreng ikan bilis separuh masak dan kemudian ianya diasingkan. Seterusnya dipanaskan minyak dan menumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali adalah dengan memasukkan terung pipit dan masak sehingga terung pipit tersebut menjadi lembut. Apabila masak maka ia diangkat untuk dihidangkan dengan nasi panas. Antara peringatan penulis adalah agar anda memastikan sambal dimasak dalam minyak yang banyak dimana anda boleh membuang lebihan minyak sebelum menghidangkan kepada semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
TERUNG PIPIT.. HIJAU WARNANYA...
BERSAIZ KECIL... BULAT BENTUKNYA...
HIDUP LIAR... DIBELUKAR ADANYA...
DIBUAT SAMBAL..ADOI ENAKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Sayuran Organik,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(19 Zulkaedah 1437H)

EmoticonEmoticon