NATIONAL COCONUT WORKSHOP 2016

NATIONAL COCONUT WORKSHOP 2016 telah diadakan pada hari ini 9 Ogos 2016 di Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Workshop ini yang dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah dihadiri lebih dari 250 orang peserta yang terdiri daripada Saintis, Ahli Akademik, Ahli Alumni UPM, Pegawai Pengembangan, Pemain Industri, Pengusha, Petani, Usahawan IKS, Mahasiswa dan beberapa syarikat berkaitan dengan industri kelapa. Workshop yang diadakan ini adalah berbayar dan berjaya menarik peserta dari seluruh negara anjuran bersama diantara  Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Alumni UPM (PAUPM), dengan kerjasama MOA, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA dan Syarikat LINACO. Presiden Alumni UPM dalam ucapan aluan menyatakan bahawa industri tanaman kelapa di Malaysia bukannya 'sunset industry' tetapi menurutnya ia adalan 'The Sunrise Industry'. Beliau nyatakan perlu ada dasar dan polisi serta badan seperti 'Lembaga Kelapa Negara' diujudkan bagi membangunkan tanaman kelapa (Cocos nucifera) sebagai tanaman industri yang ke 4 terpenting di negara kita selepas Kelapa Sawit (Elaeis guneensis), Getah (Hevea braziliensis) dan Padi (Oryza sativa). Menteri dalam ucapan perasmian menyatakan komitment kementerian untuk terus memajukan tanaman kelapa selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) dan berusaha mengujudkan 'Majlis Kelapa Negara' untuk menjamin industri ini akan terus berkembang. Menteri juga ada menyatakan Malaysia yang mendudukki tangga ke 10 dalam keluasan penanaman kelapa didunia perlu menambah pengeluaran kelapa dengan menggunakan benih kelapa potensi hasi tinggi dan menggantikan pokok kelapa yang 80% adalah pokok kelapa tua lebih 55 tahun. Pada masa ini kebergantungan import kelapa dari Indonesia sebanyak lebih sedikit 100 juta biji setahun. Ada kemungkinan negara tersebut tidak akan mengeksport kelapa tua biji ke Malaysia akibat kekurangan kelapa dinegara tersebut dan kurangnya bekalan dari ladang. Menteri dalam kenyataanya juga akan pastikan Malaysia mampu menambah pengeluaran kelapa dimasa akan datang dengan pelbagai aktiviti. Artikel malam ini saya yang baru habis menghadiri workshop tersebut sebagai peserta dalam "Anim Agro Technology" akan kongsi maklumat mengenai perkara ini.


Beberapa pameran dan juga promosi mengenai kelapa, teknonogi penanaman kelapa dan produk berasaskan kelapa dibuat diruang legar dewan. Beberapa varieti kelapa yang disyorkan ditanam dan varieti baru dipamerkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun apa yang paling menarik perhatian peserta adalah barisan panjang untuk membeli benih kelapa matang tulis di gerai Jabatan Pertanian Malaysia dengan harga RM15.00 sepokok. Pasaran benih kelapa matag tulis diluar adalah sekitar RM50.00 sepokok. Bagaimana pun seorang peserta hanya dibenarkan membeli sepokok sahaja untuk kelapa matag sehingga semua 300 pokok kelapa matag dan 500 pokok kelapa pandan (maksima 10 pokok) habis dijual dalam beberapa jam sahaja. Beberapa produk berasaskan kelapa seperti santan dan produk lain dipamerkan oleh Syarikat Kapar Coconut Industries (KCI), Linaco, M&S dan beberapa syarikat lagi. Peralatan dan mesin memetik buah kelapa, mesin membuang sabut kelapa, alat memerah santan dan sebagainya dipamerkan diluar dewan. Produk Virgin Coconut Oil (VCO) dan Ready To Drink (RTD) Coconut Water pula antara produk yang paling laris jualannya semasa pameran.


Sebanyak 8 buah kertas workshop telah dibentangkan melibatkan mereka yang terlibat dalam industri kelapa. Kertas 1 dibentangkan oleh Mr Ulon Salum iaitu Pengarah Esekutif APCC (Asian and Pasific Coconut Community) sebagai pertubuhan negara-negara pengeluar kelapa Asia Pasifik. Beliau nyatakan terdapat 12 juta hektar tanaman kelapa seluruh dunia dengan melibatkan 90 negara dengan pengeluaran 70 billion biji kelapa setahun. Kertas kedua bertajuk 'Overview of coconut industry in Malaysia' oleh En Hazly dari ITTP, MOA dan Kertas ke 3 bertajuk Economic of coconut industry in Malaysia' oleh Prof Ismail daripada UPM. Kertas ke 4 adalah pengalaman Malaysian Airport Berhad dalam aktiviti penanaman kelapa di lapangan kapalterbang Kota Bahru seluas 132 hektar secara terperinci mengenai kos operasi. Beliau menjelaskan kos pengeluaran sehektar kelapa adalah RM1,036 dengan 60% daripadanya adalah kos pembajaan. Setiap biji kelapa milik syarikat ini dijual dengan harga ladang RM0.50 sebiji (Kos petik, kumpul, pengangkutan) oleh syarikat pemborong yang dilantik. Syarikat ini menghasiklan kurang sedikit 500,000 biji kelapa setahun. Kertas ke 5 adalah bertajuk 'Current issues of coconut indudtry in Malaysia' oleh Christopher J Biai dari Jabatan Pertanian. Kertas ini membentangkan beberapa isu teknikal dan polisi mengenai industri kelapa. Antara perkara disentuh mengenai pengeluaran dan bekalan benih kelapa matag, serangan perosak RPW, varieti kelapa di Malaysia dan polisi bekalan benih. Dinyatakan bantuan kerajaan masa ini untuk peserta kelapa matag adalah 30:70 iaitu setiap hektar dibekalkan 30% benih kelapa matag (90 pokok) dan 70% kelapa pandan (150 pokok) mejadikan kepadatan tanaman 240 pokok sehektar. Banyak soaljawab mengenai kertas 5 dari peserta yang inginkan penjelasan.


Kertas ke 6 adalah bertajuk "Downstream product of coconut' oleh Mr Joe Ling iaitu Pengurus Syarikat Linaco Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat utama yang mengeksport hasilan kelapa di Malaysia. Kilang yang beroperasi di Batu Pahat Johor ini memproses lebihkurang 45 juta biji kelapa import setahun. Permintaan hasilan kelapa yang mendadak terutama daripada USA, China dan Europe membolehkan syarikat ini mengeksport pelbagai produk 'high end' keseluruh dunia. Syarikat ini memproses 300,000 biji kelapa sehari. Penulis beberapa kali melawat kilang ini semasa bertugas di Putrajaya dahulu. Kertas ke 7 bertajuk 'Qpstream and downstream RnD activity of coconut' oelj Dr Rozieta dari MARDI. Antara beberapa kajian dijalankan seperti mendapatkan varieti kelapa yang boleh ditanam dan berhasil tinggi, penghasilan prosuk baru berasaskan kelapa dan teknologi mekanisasi berkaitan kelapa. Kertas ke 8 bertajuk 'The health benefit of coconut' yang dibentang oleh Dr Azman berkisar beberapa kehebatan hasilan kelapa dalam mengatasi beberapa penyakit seperti sakit jantung, Kanser, Epilipsy dan sebagainya. Kesemua kertas yang dibincangkan mendapat respon baik daripada perserta dalam sessi soaljawap. Forum Perbincangan oleh beberapa panel dari DOA, MARDI, FAMA, LINACO dan MAAH diadakan pada akhir sessi. Forum ini memberi ruang mengenai masa hadapan industri kelapa di Malaysia sebgai 'Sunrise Industry' dan perancangan yang perlu dimasa hadapan. Workshop ini berjaya memberikan perspektif baru untuk industry kelapa. Semua ianya dapat memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

TELAH HADIR...WORKSHOP KELAPA...
DI DEWAN CANSELORI... UPM SANA...
BANYAK INFO... MENTERI BERKATA...
INDUSTRI KELAPA..DIBANGUN SEMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 3, Dewan Cansellori Putra,
Lembah Silikon, UPM, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(9 Ogos 2016)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »