POKOK KAYU JATI (Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae (nama macam model telefon bimbit penulis iaitu Model Nokia Lumia 960 yang berasaskan kepada Windows 7). Pokok jati adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis semasa melawat Muyanmar, Laos PDR dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan. Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel tengahari hari Selasa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ke 7 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan kayu jati berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis dalam lawatan ke negara seperti Myanmar, Laos PDR, Vietnam, Indonesia, Chiang Rai di Thailand dan China.
Kayu jati merupakan kayu kelas satu mengikut pengkelasan kerana faktur kekuatan, ketahanan dan keindahannya. Secara teknikal kayu jati memiliki kelas kekuatan Kelas I dan kelas ketahanan juga Kelas I. Kayu ini sangat tahan terhadap serangan daripada Anai-anai (Termites). Kayu teras dari pokok jati berwarna coklat muda, coklat kelabu hingga coklat merah tua. Kayu gubal iaitu di bagian luar selalu berwarna putih dan kelabu kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Meskipun keras dan kuat selalunya kayu jati mudah dipotong dan mudah untuk dikerjakan sehingga pembuat perabou suka untuk membuat ukir-ukiran. Kayu yang digosok halus memiliki permukaan yang licin dan seperti berminyak. Pola-pola atau corak lingkaran tahun pada kayu teras nampak jelas dimana ini akan menghasilkan rekabentuk lakaran yang indah. Oleh kerana ada kehalusan tekstur dan keindahan warna pada kayunya maka kayu jati digolongkan sebagai kayu mewah. Kayu jati banyak diproses menjadi perabut ditaman, perabut interior, produk ukiran, kayu panel dan dijadikan anak tangga yang berkelas tinggi dirumah mewah. Rumah penulis pun ada menggunakan 2 batang beruti dipercayai kayu jati yang terletak di Melaka. Menurut kontraktor yang memasang tangga kalau tidak jati itu adalah kayu chengal. Tidak pasti. Walau pun kayu jati relatifnya mudah diolah bagaimana pun kayu ini terkenal sangat kuat dan tahan lama (awet). Kayu jati juga tidak mudah berubah bentuk oleh perubahan cuaca. Kayu jati digunakan juga sebagai bahan membuat dock di pelabuhan, kaly alas rel keretapi, jambatan, membuat kapal laut dan kapal perang. Tukang kayu di Eropah pada abad ke-19 dikatakan akanmeminta upah tambahan jika diminta memnyediakan produk dari kayu jati.
Dari segi kegunaan pula pokok jati dilaporkan pada abad ke-17 masyarakat Sulawesi Selatan menggunakan akar jati sebagai penghasil pewarna kuning dan kuning coklat semulajadi untuk barang anyaman mereka. Di laporkan di Jawa Timur, masyarakat Pulau Bawean pula mereka menyeduh daun jati untuk menghasilkan bahan pewarna coklat merah semhulajadi. Orang Pulau Madura pula dikatakan mencampurkan tumbukan daun jati dengan asam jawa bertujuan untuk merawat penyakit kolera pada masa dahulu dengan meminum rendaman air kayu dan daun jati yang pahit sebagai penawar sakit. Walau pun kayu jati dari Myanmar didakwa lebih kuat dibandingkan jati Indonsia (Khususnya dari Pulau Jawa) tetapi kayu Jati Jawa menjadi pilihan orang Malaysia. Ini kerana tekstur kayu jati jawa lebih halus dan kayunya lebih kuat. Produk-produk perabut eksport kayu jati Indonesia amat terkenal di Asia Tenggara dan seluruh dunia kerana kualiti ukiran dan keindahannya. Penulis pun mempunyai banyak set peraut kayu jati dari negara jiran ini semasa bertugas di Sarawak dahulu.

Penggunaan kayu jati sebagai kayu untuk dijadikan struktur rumah dan perabut memang ketara. Kayu jati mengandungi bahan seakan minyak dan mendapan di dalam sel-sel kayunya dimana minyak ini membolehkan kayu jati tahan lama di tempat terbuka meski tanpa disapu Varnis apalagi bila diletakkan di bawah naungan atap. Kayu jati tahan lasak sehingga ia digunakan sebagai bahan utama pembuatan kapal laut termasuk kapal-kapal zaman Belanda (VOC) yang belayar dilautan pada abad ke-17. Kayu jati juga digunakan dalam pembinaan jembatan dan kayu asas rel keretapi (Sila lihat foto disebelah). Di dalam rumah kayu jati digunakan selain daripada perabot ia juga digunakan pula dalam struktur bangunan. Rumah-rumah tradisional di Jawa seperti ada yang menggunakan kayu jati pada hampir semua bahagiannya dari tiang utama, rangka atap sehingga kepada dinding yang diukir. Kini dalam industri kayu didapati kayu jati dijadikan 'veneer' untuk dilapiskan agar permukaan kayu lapis menjadi cantik dan dijual mahal dan terkini dijadikan kepingan jubin untuk dijadikan lantai. Dikawasan hutan kayu jati ranting dan dahan yang tidak digunakan dijadikan bahan bakar kayu api yang menjadi kelas satu. Ini kerana dahan kayu jati menghasilkan suhu panas yang tinggi dimana dahulu ia pernah digunakan bahan bakar lokomotif keretapi. Apa pun perabut yang dibuat dari kayu jati berukir memang mahal harganya dan mendapat permintaan tinggi dipasaran domestik dan antarabangsa. Pelbagai jenis perabut dibuat dari kayu jati yang memang tahan lama, cantik dan ekslusif serta menarik. Semuga artikel 3 siri ini memberi info berguna kepada pembaca semua!. Wasallam!!!
POKOK JATI... POPULAR NAMANYA...
JATI MYANMAR...TINGGI KUALITINYA...
DILEBUHRAYA PLUS...BANYAKNYA...
PERABUT JATI... MAHAL HARGANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1437H)
EmoticonEmoticon