Percayakan anda POKOK KAPALTERBANG (Eupatorium odoratum Linn) boleh digunakan untuk menghilangkan bau durian dalam kereta anda?. Ini merupakan satu petua yang penulis hendak kongsi bersama anda bagi artikel kali ini berdasarkan kepada pengalaman (Sila lihat foto diatas). Membawa buah durian masak dalam kereta yangada penghawa dingin sering juga menimbulkan ketidak selesaan kepada pemandu dan penumpang kenderaan atau kereta tersebut. Bau durian kuat akan melekat pada dinding, kerusi, sistem penghawa dingin beberapa hari sehingga ianya boleh menyebabkan rasa loya, pening kepala dan kurang selesa. Musim durian tiba lagi bulan Jun sehingga September setiap tahun malahan ia juga dijual sepanjang tahun dibeberapa lokasi tertentu. Keinginan beli dan makan durian bersama keluarga dirumah menybabkan ramai pemilik kereta persendirian, kereta pejabat atau kertea syarikat membawabuah durian masak untuk dibawa pulang. Keseronokan membeli durian bernilai tinggi seperti Durian Musang King atau Durian Raja Kunyit (D197), Durian D24, Durian Udang Merah, Durian Baserah, Durian Hajah Asmah (D168) menyebabkan jenis durian enak ini untuk dimakan dirumah. Buah durian ini sering dimasukkan kebahagian bonet kereta atau dibahagian belakang 4WD yang akan berbau. Lagi lama buah durian berada dalam kereta akan menyebabkan tahap bau durian melekat pada kenderaan dan sistem penghawa dingin semakin 'KUAT' dan lama. Bergantung kepada varieti, tahap kemasakan dan buah sudah pecah kulit, bau durian ini tetap akan melekat pada kenderaan. Terdapat banyak petua untuk mengurangkan bau buah durian ini pada kenderaan. Paling asas penulis selalu amalkan dengan cara membuka semua tingkap kereta dan tidak memasang alat penghawa dingin. Bagaimana pun memang agak tidak selesa memandu kereta tanpa pendingin hawa dipasang. Bagaimana pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini penulis dapat satu petua mengurangkan bau durian dengan menggunakan daun pokok kapalterbang untuk dicuba oleh pembaca semua.
Banyak petua yang dilakukan oleh pemilik kenderaan untuk mengurangkan atau pun untuk menghilangkan bau durian dalam kenderaan. Diantara petua yang paling popular adalah dengan meletakkan ARANG KAYU. Arang boleh di letakkan dibeberapa bahagian seperti dalam bonet kereta, dibawah tempat duduk dan tinggalkan selama beberapa hari (Sila lihat foto disebelah). Bau busuk durian tersebut akan diserap oleh arang tersebut beberapa hari kemudian dengan berkesan. Arang tersebut selepas itu boleh diambil semula apabila hilag bau durian dan boleh digunakan sebagai bahan bakar membuat BBQ (barbekiu) atau membakar sate dan bahan menanam pokok orkid. Cara lain petua membuang bau adalah dengan membungkus serbuk kopi (tidak kisah cap apa pun) didalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian atau bau yang lain dalam bonet kereta anda. Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda. Kaedah atau petua ke 3 adalah dengan meletakkan semangkuk cuka dalam bonet kereta dan tutup. Bau cuka yang sifatnya berasid ini boleh juga menghilangkan bau durian. Selain itu cuka juga memang boleh digunakan untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan rumah anda. Jadi anda boleh mengelakkan diri daripada terkena najis kucing sebelum menaiki kereta dihadapan rumah. Cara ini penulis dapati amat berkesan dan menjimatkan.
Kini penulis dapat petua ke 4 dimana kita boleh ambil beberapa keping roti putih (tidak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut dimana kemudian roti tersebut akan mengeras (Sila lihat foto disebelah). Jangan pula kitar semula roti tersebut untuk buat roti bakar dan dimakan kerana sudah tidak selamat dimakan. Kalau di rumah kebetulan tiada roti tetapi ada arang boleh digunkan seperti dalam para diatas. Kaedah lain adalah dengan kita membalut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang boleh menutup buah durian. Ini juga mungkin membolehkan bau buah durian durian tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu sebelum dibawa untuk perjalanan jauh. Penulis juga dapat petua ke 6 iaitu dengan memasukkan buah nenas (Annanas comosus) dimana ia didapati boleh menyerap bau durian. Potong separuh buah nenas itu dan letakkan dalam kereta anda. Tapi cara ini pasti membuatkan anda berfikir beberapa kali terlebih dahulu kalau cuba menggunakan buah nenas MD2 yang harganya mahal dan enak dimakan segar. Buah nenas yang telah digunakan sebaiknya terus dibuang. Akhir sekali sering ramai dikalangan kita akan menggunakan daun pandan (Pandanus odorus) dalam kereta untuk hilangkan bau durian. Bau durian tersebut boleh dihilangkan oleh aroma daun pandan tersebut selepas beberapa lama. Bahan seperti serbuk penaik (baking soda) juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau durian yang kurang enak dalam kenderaan anda. Cuba letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kereta dan bau tersebut akan hilang. Kaedah ke 9 dalam menghilangkan bau durian dalam kereta adalah dengan cara membungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik dan ikat dengan kemas. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu dan sebaiknya jangan memasang pendingin hawa. Biarkan udara dari luar masuk ke dalam kereta anda dan sekaligus memberikan pengudaraan yang lebih baik dalam kereta.
Terkini penulis dapati pokok Kalapterbang juga merupakan sejenis rumpai dari keluarga Asrteraceae yang sangat mudah tumbuh dikawasan kebun di Malaysia. Tumbuhan ini banyak tumbuh dikawasan semak dinegara-negara tropika terutama di Asia Tenggara dan merupakan musuh kepada ramai petani kerana ianya mudah tumbuh dan seterusnya mengganggu penghasilan tanaman jika tidak dikawal. Nama lain bagi rumpai ini adalah seperti Pokok Jepun, Pokok Jerman, Christmas Bush, Siam Weed, Baby Tea dan Bitter Bush. Saya sangat kenal pokok kapalterbang kerana ianya tumbuh di kawasan rumah, tepi parit dan kawasan kebun getah di kampong saya di Johor. Tumbuhan ini mudah tumbuh dikawasan lapang dan padang ragut yang mendapat cahaya matahari yang banyak. Rumput Kapalterbang mudah tumbuh dipelbagai jenis tanah sama ada tanah mineral, tanah gambut, tanah bris atau pun tanah-tanah yang bermasaalah. Kawasan tanah berbatu seperti ditepi jalan raya juga mudah ditumbuhi pokok ini asalkan ada cahaya matahari dan hujan. Pokoknya membunyai batang lembut berbentuk selinder serta berwarna hijau dan akan bertukar kepada hijau coklat apabila cukup dewasa. Batangnya mengandungi struktur seakan span berwarna putih yang lembut. Pokok ini tumbuh menegak dengan banyak ranting dan mampu mencapai ketinggian sehingga 2.5-5 meter. Pokok ini mampu tumbuh dikawasan yang kering mahu pun kawasan yang sering ditenggelami air. Pokoknya juga mempunyai sistem akar yang agak dalam. Ambil serumpun pokok kapalterbang dan letakkan dibahagian bonet kereta dan dibawal alaskaki tempat duduk dan biarkan beberapa hari sehinga semua bau durian diserap dan menghilang. Kaedah mudah ini amat berkesan dan murah kerana pokok ini banyak didapati dalam belukar dan ditepi jalan. Semuga petua ini akan membahagian pembaca semua. Wasallam!!!
POKOK KAPALTERBANG....DITEPI JALAN...
TUMBUH RIMBUN....SUKAR KAWALAN...
BAUNYA BUSUK...BERACUN SAKAN...
MEMANG HILANGKAN...BAU DURIAN...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Padang, Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(28 Syawal 1437H)

EmoticonEmoticon