MURTABAK MENGKASAR merupakan satu ikon bagi bandar Pekan, Pahang yang memang enak dimakan. Penulis sempat membeli dan rasa murtabak istimewa ini pada 27 Ramadan 1437H kerana kebetulan lalui dikawasan gerai jualan murtabak ini di Bandar Diraja Pekan, Pahang walau pun terpaksa menunggu agal lama mengambil nombor giliran. Murtabak yang tebal dan lembut ini diperbuat daripada inti daging lembu atau daging ayam yang berlapis-lapis dengan ketebalan sekitar 1 cm atau lebih lagi. Makanan ini walau pun dipercayai berasal dari bandar Pekan tetapi kini telah dikomersilkan dibanyak tempat termasuk di Kuantan dan bandar-bandar lain di Pahang malahan anda boleh dapati di Kuala Lumpur. Di Bazaar Ramadan pun murtabak Mengkasar ada disediakan dan dijual kepada orang ramai tetapi katanya yang paling 'original' adalah di Pekan juga. Murtabak merupakan makanan rakyat Malaysia yang sangat digemari kerana keenakannya, berkhasiat dan diakui mekanan yang memang mengenyangkan. Saya ada menulis mengenai murtabak dalam artikel sebelum ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini). Pada penulis yang memang amat meminati makanan murtabak ini tidak melepaskan peluang membelinya apabila ada orang yang recommend makanan ini. Selain daripada enak semasa dimakan panas-panas lagi, penulis berpendapat ia sesuai dibungkus dan panaskan semula untuk di makan bersama rakan atau ahli keluarga menikmati murtabak ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai murtabak istimewa bandar Diraja Pekan iaitu Murtabak Mengkasar sebagai satu artikel untuk bacaan anda.
Murtabak Mengkasar memang amat popular kerana mendapat sentuhan VVIP termasuk Perdana Menteri Malaysia yang sering pulang kekawasan Parlimennya. PM sendiri mencuba membuat murtabak ini dengan cara dan kepandaian semulajadi yang ada padanya (Sila lihat foto disebelah). Makanan ini juga pernah dihidangkan kepada orang ramai dalam beberapa majlis rasmi disekitar bandar Pekan sebagai satu hidangan istimewa selain daripada makanan Puding Raja. Murtabak Mengkasar memang mempunyai rasa juadah yang lain daripada yang lain. Disamping inti dibuat dari daging lembu atau daging ayam yang diletakkan dengan kuantiti yang banyak penulis dapati aroma rempah ratusnya yang wangi mampu memukau sesiapa saja yang berkunjung kegerai murtabak original ini. Pada penulis yang telah biasa dengan Murtabak Singapore mendapati murtabak ini memang setanding dari segi kualiti, citarasa dan kuga harga. Harga Murtabak Mengkasar dijual mengikut jenis inti yang digunakan dan juga saiz serta jenamanya. Bagi murtanak Mengkasar dengan inti daging lembu bersaiz biasa dijual dengan harga RM7.00 sekeping. Begitu juga dengan yang berintikan daging ayam bersaiz biasa dijual dengan harga RM7.00 sekeping. Ada juga Murtabak Mengkasar Daging Special dan Murtabak Mengkasar Ayam Special yang dijual dengan harga RM9.00 sekeping. Bagaimana pun murtabak mengkasar Campuran daging lembu dan daging ayam Special dijual dengan harga RM10.00 sekeping.
Membuat Murtabak Mengkasar ini memang memerlukan ilmu, kemahiran mencanai dan peralatan sesuai membuat murtabak. Dari beberapa sumber penulis mempaparkan resepi bagaimana membuat murtabak ini walau pun nanti yang terbaik adalah yang original juga. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 10 biji telur ayam, 6 senduk daging hancur yang digoreng tanpa minyak dan 6 senduk bawang besar yang dipotong dadu dan digoreng dengan magjerin. Bahan lain seperti serbuk kunyit, bunga cengkih, bunga lawang ditumbuk halus serta 1 senduk daun bawang dan daun sadri. Bahan perasa lain seperti cili, 4 sudu gula, 10 renjisan kicap dan sedikit serbuk perasa. Selalunya semua rempah ratus (campuran daripada 14 jenis ramuan seperti jintan manis, jintan putih, bunga lawang, biji pelaga dan lain-lain akan dikisar untuk dijadikan inti. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan di kacau hingga sebati. Bagi menyediakan murtabai ini perlu dipanaskan kulit roti canai. renjiskan dengan minyak dan kemudian di tuang sedikit demi sedikit bancuhan diatas ke atas kulit roti canai. Kemudian ia perlus diterbalikkan serta dituangkan lagi bancuhan ke atas kulit roti canai bahagian sebelahnya (Sila anda lihat foto disebelah). Setelah masak letakkan diatas satu lapis roti canai lagi dan goreng hingga masak. Selalunya untuk murtabak 'special' tuangkan bancuhan kedua-dua bahagian murtabak dengan satu lagi lapisan bancuhan. Setelah masak angkat dan potong dimana sebaiknya murtabak Mengkasar ini memang enak di makan bersama bawang jeruk dan pilihan lain seperti kuah dal.

TESTIMONI
UTUSAN MALAYSIA ; ARKIB : 04/06/2011
Jun, 2011 - DALAM kalangan warga Pahang, Pekan sememangnya dikenali sebagai Bandar Diraja yang selesa dan sunyi daripada hiruk-pikuk kota metropolitan. Jika berkunjung ke bandar Pekan, 'tidak lengkap' kunjungan jika tidak singgah di warung Murtabak Mengkasar di Jalan Sultan Abu Bakar. Ia dikatakan murtabak paling popular dalam kalangan rakyat Pahang dan pelancong luar. Rata-rata berpendapat jenis murtabak yang dijual oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid, 66, sejak 33 tahun lalu adalah terbaik kerana menggunakan rempah-ratus berkualiti dan rasanya tidak berubah sejak dahulu. Di samping itu, harganya yang berpatutan berbanding tempat lain membolehkan gerai Murtabak Mengkasar ini tidak pernah putus dikunjungi pelanggan. "Setiap hari, tak menang tangan saya hendak melayan permintaan orang ramai yang mahu merasa murtabak ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. "Murtabak Mengkasar sering menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau berkunjung ke sini,"katanya ketika kepada S2. Selain itu, katanya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut menggemari murtabak beliau dan menjadi juadah pada majlis-majlis keramaian baginda. "Saya pernah diminta menyediakan murtabak untuk Tuanku yang ketika itu berada di luar negara," katanya.Selain memiliki rasa enak dan aroma membuka selera, salah satu keistimewaan murtabak Mengkasar adalah harganya yang sangat berpatutan. Katanya, warung itu menyediakan dua jenis murtabak iaitu murtabak biasa berharga RM6 dan RM8 bagi murtabak istimewa yang masing-masing boleh dimakan sehingga empat orang. Berbanding dengan murtabak biasa yang boleh ditemui di tempat lain, murtabak Mengkasar memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dan 21 jenis rempah-ratus berkualiti, menjadikannya lebih enak berbanding yang lain. Ahmad Tajuddin memberitahu resipi asal murtabak itu diperoleh daripada rakan bapa mertuanya, pada tahun 1970-an. "Arwah Datuk Abdul Rashid Salleh yang dikenali sebagai Datuk Awang Rashid adalah insan yang mewariskan resipi murtabak beliau kepada saya. "Rahsia resipi itulah yang menjadikan murtabak saya digemari dan dikenali sehingga kini," katanya. Katanya lagi, selain keenakan rasa murtabak, harganya juga sangat berpatutan walaupun harga barang runcit telah beberapa kali naik. "Jika difikirkan tentang kos pembuatannya, sudah tentulah ia tidak mencukupi memandangkan harga barangan sekarang yang semakin mahal. "Oleh kerana pendekatan perniagaan saya lebih kepada menjaga hati pelanggan dan tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata, maka saya kekalkan harga seperti dahulu," katanya. Tambahnya, amalan itu membuatkan jumlah pelanggan tetapnya semakin bertambah. "Saya bersyukur dengan sambutan yang diterima walaupun tidak untung berlipat ganda. "Dalam berniaga, kami amat menitikberatkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk yang dihasilkan," ujarnya. Dia turut mempunyai cawangan murtabak Mengkasar di Taman Seri Rampai dekat Setapak, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
MURTABAK MENGKASAR... TEBALNYA...
DIBANDAR PEKAN...AMAT POPULARNYA...
ENAK DIMAKAN... BERSAMA-SAMA...
BERLAPIS TEBAL... PELBAGAI HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Diraja Pekan, Pahang,
Malaysia.
(27 Ramadan 1437H)
EmoticonEmoticon