MANGGIS - POTENSI EKONOMIK

MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae dan kini mendapat pasaran yang baik diluar negara. Manggis merupakan buah yang juga di gelar "Ratu Buah-buahan Tropika"  tergulung dalam kategori buah-buahan bermusim dimana ia berbunga pada bulan Febuari dan mula matang dari bulan Jun dimana kemuncak penghasilan manggis di Malaysia sekitar bulan Jun hingga bulan Ogos. Empat negeri utama dimana manggis ditanam di Malaysia adalah di Kelantan (1,024 ha), Kedah (730 ha), Johor (788 ha) dan Perak (615 ha) daripada seluas 7,400 hektar pada tahun 2012. Tanaman pokok manggis dijalankan sebagai tanaman bercampur dalam dusun bersama dengan tanaman lain seperti durian, duku, rambutan dikawasan dusun atau keliling rumah. Produktiviti pengeluaran buah manggis di Malaysia adalah pada tahap sederhana iaitu purata 7.2 metrik tan sehektar. Satu kajian daripada MARDI (2009) menunjukkan kadar produktiviti manggis paling tinggi direkodkan di Melaka (15 mt/ha) diikuti dengan di Kelantan (10.44 mt/ha) dan Negeri Sembilan (8.5 mt/ha). Jabatan Pertanian memberi kerjasama dalam aktiviti kajian yang dilakukan oleh pakar agronomist dan ekonomi ini bagi tujuan pengeluaran manggis secara komersil. Pelbagai faktur jugatelah dikaitkan dengan kadar produktiviti ini yang diantaranya faktur amalan agronomi, serangan perosak, kedudukan pokok manggis dan juga varieti yang ditanam. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi ekonomik tanaman manggis berdasarkan laporan beberapa sumber termasuk daripada Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI,dan tinjauan peribadi penulis dengan beberapa petani yang telah mengusahakan tanaman manggis.


Tanaman manggis di Malaysia lazimnya telah berumur lebih darpada 25 tahun berdasarkan dari kajian yang dijalankan. Didapai tidak banyak penanaman baru pokok manggis yang dibuat semenjak 1990 hingga kini sama ada tanaman monokrop atau tanaman campuran. Pokok manggis yang ada dikawasan kebun petani atau keliling rumah hasil daripada galakan penanaman subsidi Jabatan Pertanian dibawaj program AIDS (Bantuan Mempelbagaikan Tanaman) dan SGBB (Skim Galakkan Buah-buahan) pada awal 1970'an sehingga 1990'an. Antara sebab petani kurang menanam pokok manggis yang saya kaji adalah kerana kesukaran mendapatkan benih berkualiti, pokok yang lambat berhasil, pasaran dan harga tidak terjamin dan juga kesukaran serta kos memetik buah manggis yang tinggi. Kebanyakan petani yang memiliki pokok manggis juga berumur lebih daripada 45 tahun. Mereka mempunyai antara 40 - 60 pokok sahaja yang dikira secara CHE sedangkan kepadatan bagi penanaman manggis secara komersil mengikut Jabatan Pertanian adalah 208 pokok sehektar. Secara umum hanya dua varieti manggis yang ditanam oleh petani iaitu Varieti GA1 dan GA2 yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian serta manggis varieti Mesta menjadi pilihan petani. 


Merujuk kepada analisis pada kos pengeluaran dan pendapatan tanaman manggis, saya merujuk kepada buku Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Tanaman Manggis Jabatan Pertanian Malaysia yang dikeluarkan pada 2010. Laporan tersebut menyatakan Titik Pulang Modal adalah RM 0.63/kg dengan nilai NPV(10%) pada RM 7,585.06 dan Nilai Faedah Kos (BC Ratio) pada nilai RM 1.13. Analisis tersebut menunjukkan penanaman manggis masih mempunyai nilai dayamaju projek yang boleh diterima. Bagaimana pun MARDI telah membuat satu kajian kes pada 2009 dengan menyatakan purata kos pengeluaran buah manggis sebanyak RM 1,781.60 sehektar setahun. Kos upah buruh merupakan komponen kos paling tinggi untuk tanaman manggis iaitu 62.2% setahun diikuti dengan kos pengurusan sebanyak 20% sementara kos bahan input pertanian cuma 12.5% sahaja, Kos upah paling timggi adalah upah untuk memetik hasil dan menjalankan grading serta menghantar buah manggis kepasaran. Kajian menunjukkan sebanyak RM 0.57 diperlukan untuk kos upah dari memetik sehingga manggis boleh dijual atau dipasarkan (Sila rujuk jadual dibawah). Setiap biji buah manggis perlu dipetik secara manual dengan menggunakan tenaga buruh manusia. Ini adalah kerana tahap kemasakan buah manggis diatas pokok adalah berperingkat-peringkat. 


Sumber: Temubual penulis dengan penanam manggis.
Buah manggis yang masak lazimnya dipetik secara manual selama 2 bulan sehingga habis. Buah yang dipetik akan diperiksa mengikut kualiti seperti saiz buah, tahap kerosakan buah, tahap kematangan dan juga kualiti warna kulit luar (Lihat foto sebelah). Buah tersebut akan dihantar kepada pemborong untuk pasaran domestik dan untuk pasaran ekspot memerlukan kos tambahan seperti Jadual diatas iaitu kos sebantak RM 0.57 setiap kilogram. Manggis untuk pasaran ekspot perlu disimpan dalam bilik sejuk dengan suhu 13 darjah celsius pada kelembapan antara 85-90%. Apa yang dibuat ianya akan tahan segar untuk selama 3-5 minggu didalam kontena untuk pasaran ekspot. Harga manggis segar di Tokyo sekitar RM 15.00 sebiji atau RM 150.00/kg dan ini membuka ruang pasaran baru untuk tanaman manggisdari Malaysia pada masa akan datang. Selain itu permintaan pasaran manggis segar adalah terus berkembang dengan kadar 3% setahun terutama untuk pasaran Timur Tengah, USA, China dan banyak negara lagi. Thailand pada masa ini telah dilaporkan berjaya mengekspot manggis segar terbesar didunia dengan kecekapan teknologi, nilai ekonomik dan sistem pemasarannya. Malaysia banyak mengimport manggis daripada Indonesia dimana ia banyak dibawa masuk melalui pelabuhan 'Barter Trading' seperti di Batu Pahat, Melaka (Kuala Linggi) dari kawasanan Sumatra. Manggis ini digredkan dan dijual untuk kegunaan domestik dan selebihnya akan dieskport semula. Bagaimana pun perintah larangan pengimportan buah manggis dari Indonesia untuk di eksport semula telah dikuatkuasakan mulai Jun 2016. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!.

NAMANYA MANGGIS...PUTIH ISINYA...
MANGGIS MALAYSIA...MATANG POKOKNYA...
BOLEH DIEKSPOT...JIKA KENA CARANYA...
ADAKAH MASIH BERADA... DITAKUK LAMA?...
By,
M Anem
Jalan Istana, Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1434H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »