KACANG TANAH (Arachis hypogea) atau Groundnuts merupakan sejenis tanaman kontan yang semakin kurang popular ditanam di Malaysia. Malaysia kini merupakan pengimport tegar kacang tanah dari luar negara untuk pelbagai kegunaan domestik. Hanya beberapa negara didunia yang menanam kacang tanah secara meluas untuk ianya dijadikan produk pertanian utama negera tersebut. Keluasan tanaman kacang tanah semakin menurun semenjak 20 tahun lalu kerana kurang menarik minat petani. Hanya beberapa negari sahaja yang masin menanam kacang tanah iaitu di Perak, Kelantan, Johor, Terengganu dan Sabah serta Sarawak. Hampir sebahagian besar kacang tanah yang ditanam di Malaysia adalah untuk kegunaan segar sahaja iaitu dibuat kacang rebus dan sebahagian kecil pula diproses menjadi Kacang Goreng. Kacang Goreng 'Cap mengelembu' pun kebanyakan bahan asas adalah diimport. Dipasaran dunia bijirin kacang tanah banyak digunakan sebagai minyak, marjerin, sabun, kacang goreng dan sebagainya . Minyak Masak (cooking oil) yang dibuat daripada kacang tanah merupakan salah satu produk global yang didagangkan. Kacang tanah juga mengandungi banyak nutrien seperti niacin, folate, serat, magnesium, vitamin E dan sebagainya. Kacang tanah adalah merupakan sumber niacin yang baik untuk kesihatan otak dan perjalanan darah di samping kandungan unsur antioksidan. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa tips amalan agronomi penanaman kacang tanah sebagai satu sumbangan penulis untuk pembaca iaitu artikel ke 4,042 yang ditulis.
Penulis melawat beberapa kebun tanaman kacang tanah di sekitar Ipoh, Perak dan di Tangkak, Johor bagi menjalankan tinjauan amalan teknologi. Secara ummumnya antara keperluan bentuk muka bumi dan keadaan tanah bagi tanaman ini sebaiknya dari jenis tanah rata hingga sedikit bercerun atau tanah berpasir seperti tanah bekas lombong (Sila lihat foto disebelah). Tanah dipilih untuk tanaman kacang tanah mesti tiada berlaku kejadian air bertakung dengan saliran air yang baik kerana tanaman ini akan rosak jika ada masalah takungan air. Sebaiknya kedalaman tanah melebihi 50 cm dengan tekstur tanah yang longgar dan pH tanah sekitar pH5.5 - 7.0. Lazimnya proses penyediaan tanah sebelum menanam disediakan dengan membajak dengan bajak piring untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan pada waktu sama semestinya dilakukan aktiviti menambah bahan organik atau baja tahi ayam atau kompos dengan kadar disyorkan. Ia kemudian akan diikuti dengan kerja membajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang sesuai. Pemasangan sistem pengairan adalah digalakkan dengan jenis sistem pengairan renjis (sprinkler system) terutama untuk peringkat awal pertumbuhan kacang tanah. Jika kawasan menpunyai kelempapan mencukupi seperti tanah tepi sungai maka keperluan sistem pengairan boleh disesuaiakan.
Penanaman kacang tanah menggunakan biji benih berkualitii yang boleh di beli daripada Jabatan Pertanian atau kedai swasta atau benih sendiri simpanan petani yang dibuat pada muim sebelumnya. Keperluan dan kadar biji benih serta jarak tanaman perlu dilkira awal sebelum menanam. Kadar biji benih kacang tanah yang disyorkan adalah 60kg/ha. Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat sebelum ditanam bagi tujuan mengelakkan serangan kulat. Jarak tanaman yang sesuai adalah 50 cm x 10 cm dimana sebaiknya bubuh sebiji selubang dengan kepadatan 200,000 pokok /hektar (Sila lihat foto disebelah). Cara penanaman kacang tanah dikawasan tradisional adalah dengan menggunakan tugal atau mengunakan jentera bagi kawasan tanaman luas. Apa yang penting dalam penanaman kacang tanah adalah bagaimana menguruskan amalan agronomi. Pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual dimana kadar pembajaan yang biasa adalah menggunakan baja NPK dengan kadar iaitu 34:56:56 kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah. Kacang tanah memerlukan unsur kalsium yang lebih tinggi terutama pada peringkat pembentukan lengai dimana jika berlaku kekurangan unsur ini akan menyebabkan lengai tidak berisi. Sumber kalsium ini boleh didapati dari baja kapur dimana adalah disyorkan ditabur pada peringkat pokok mula berbunga. Penggunaan kapur seperti GML dan sebagainya akan membantu meningkatkan kutipan hasil.
Pengawalan rumpai dikawasan tanaman kacang tanah amat penting dilakukan. Lazimnya kacang tanah akan kalah dengan pertumbuhan rumpai yang lebih dominan jika tidak dikawal dari peringkat awal penanaman. Penggunaan racun rumpai pracambah seperti Lasso boleh digunakan sebelum menanam. Aktiviti merumpai pusingan pertama boleh dijalankan pada antara 14 dan 21 hari selepas menanam dan pusingan kedua dia antara 30 dan 35 hari selepas menanam. Kebun yang bebas dari rumai akan menjamin hasil yang bakal dituai (Sila lihat foto disebelah). Kacang tanah adalah tanaman yang juga mempunyai ancaman serangan serangga perosak dan penyakit. Diantara serangga perosak yang sering dan boleh menyerang kaang tanah seperti Ulat Makan daun. Ulat daun seperti Spodotera litura dan Heliothis arnigera lazimnya akan memakan daun menyebabkan daun berkurangan dan pokok lembat naik. Serangga ini boleh dikawal dengan racun serangga yang bersesuaian. Jenis perosak lain adalah seperti Ulat Perosak Lengai seperti Etella zinckenella yang masuk dalam lengai kacang tanah dan merosakannya. Cara kawalan dengan racun serangga Diazinon yan disembur mengikut aturan. Perosak lain yang boleh merendahkan penghasilan adalah serangan haiwan iaitu Tikus. Ini kerana tikus merupakan perosak utama yang boleh menyebabkan kerugian besar dalam kacang tanah seperti mana didakwa pleh petani semasa tinjauan saya lakukan. Amalan kultura yang baik dan kebersihan kawasan dodapati mampu mengurangkan serangan tikus. Ada juga petani yang menggunaan racun dan umpan untuk mengawal serangan dari berlaku. Bagi serangan penyakit seperti serangan oleh Penyakit Layu Bakteria disebabkan oleh Pseudomonas solanacearum boleh menyebabkan pokok kacang tanah layu dan mati. Penyakir lain iaitu Mozek Kacang Tanah pula yang disebarkan oleh kutu daun (aphid) menyebabkan daun bertompok-tompok berwarna hijau tua. selalunya penyakit kacang tanah dapat dikawal dengan amalan kultura yang baik termasuk penggiliran tanaman. Kajian oleh penulis mendapati aktiviti pemungutan hasil kacang tanah boleh dikutip antara di antara 90 dan 110 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti yang ditanam. Ia juga merekodkan purata anggaran hasil adalah 3-3.7 tan/ha. Diharap tulisan ini memberi infoo berguna kepada anda. Wasallam!!!.
MENANAM KACANG...BAGAIMANA...
KACANG TANAH... MUDAH SAHAJA...
BENOH DITANAM... TUMBUH DIA...
LEPAS 3 BULAN... MENUAI JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Solok, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(21 Syawal 1437H)

EmoticonEmoticon