BUNGA ANTHURIUM

BUNGA ANTHURIUM (Anthurium spp) merupakan sejenis bunga hiasan yang popular daripada keluarga Arecaceae. Bunga yang berwarna merah terang ini mempunyai bentuk hati (Heart shape) dan amat cantik dipandang. Terdapat lebih daripada 1,000 jenis bunga anthurium dengan pelbagai bentuk dan warna dimana ia merupakan genus terbesar dalam keluarga Arecaceae. Dipercayai bunga ini adalah natif dari kawawasn Mexico sehingga ke Carribean. Bunga ini juga dipanggil dengan pelbagai nama lain seperti Anthurium, Tailflower, Flamingo flower dan LaceleafTanaman ini juga termasuk jenis tanaman evergreen atau tidak mengenal masa dormansi dimana ia akan berbunga mengikut umur. Pokok Anthurium adalah tumbuhan Epiphyte yang sering menumpang pada pokok lain dalam habitat semulajadi. Dalam keadaan liar semulajadi, beberapa spesis tumbuhan ini biasanya akan hidup secara epifit dengan melekat pada batang pokok lain atau ia hidup secara terestrial di dalam hutan. Apa yang menarik mengenai ciri bunga anthurium ini adalah adalah bentuk daunnya yang indah, unik dan juga banyak jenis atau bervariasi. Daun anthurium selalunya berwarna hijau tua dengan urat dan tetulang daun besar dan menonjol. Bentuk rumpun tumbuhan ini seperti nampak segar terutama apabila menjelang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan status seseorang dimana tanaman ini memiliki kesan mewah dan eksklusif. Di zaman dulu dilaporkan bahawa tumbuhan anthurium ini banyak menjadi hiasan taman dan istana kerana ia amat indah dan mempunyai kelas tersendiri. Kini ia menjadi pilihan ramai pengusaha bunga komersil di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland untuk dikomersilkan bagi pasaran domestik (sedikit) dan banyak untuk eksport. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Bunga Anthurium untuk bahan rujukkan dan bacaan anda.


Merujuk kepada botani dan taksonomi tumbuhan ini, lazimnya bunga anthurium ini dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu Jenis Anthurium Daun dan Jenis Anthurium Bunga. Ini kerana jenis Anthurium daun memiliki daya tarikan tersendiri terutama dari bentuk-bentuk daunnya yang istimewa. Sementara itu jenis Anthurium Bunga lebih menonjolkan keragaman bunga baik hasil dari hibrid atau kepelbagaian spesis. Biasanya jenis anthurium bunga dijadikan untuk bunga keratan atau ia dipotong untuk dijadikan bunga hiasan meja. Bunga anthurium adalah jenis 'bunga lengkap' yang terbentuk mempunyai struktur lengkap menunjukkan struktur Jantan dan Struktur Betina. Bunganya padat dan mempunyai bentuk lingkar (spiral) dan spradix berbagai saiz, bentuk dan warna. Spradik yang terbentuk selalu menonjol diatasnya berbentuk seperti spike, bergulung dan sebagainya mengikut spesis. Bergantung kepasa spesis dan hibrid, kepelbagaian bunga anthurium membolehkan ia mendapat pasaran yang baik untuk pasaran eksport dan  domestik yang ditanam dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland, Pahang. Penulis sempat melawat beberapa ladang menanam bunga anthurium yang monokrop dan secara fertigasi bertingkat.


Bunga Anthurium memghasilkan 2 biji dari spradix yang terbentuk mengikut spesis dan lokaliti. Oleh itu bahagian spradix amat penting bsgi pembiakbaka untuk membuat program pembiakan bunga anthurium untuk mendapatkan varieti baru. Terdapat warna dan bentuk bunga berbagai. Ada sekuntum bunga anthurium yang mempunyai satu warna, dua warna dan warna bercampur untuk tujuan pilihan pengguna yang membelinya. Biasanya bunga anthurium di negara kita ditanam dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Kebanyakkan bunga anthurium sesuai ditanam pada suhu sekeliling diantara 16-22 darjah celcius seperti di Cameroon Highland dan tidak sesuai dikawasan tanah rendah di Malaysia. Oleh itu bunga ini memang tidak asing dikawasan negara beriklim temperate. Ia ditanam dalam pasu dengan media sesuai dan disusun mengikut jenis dalam nurseri (Sila lihat foto disebelah). Bagi jenis anthurium yang memanjat (climbing species) ia diberikan kayu sokong sesuai dan sistem pembajaan yang sesuai. Kaedah untuk penanaman lazimnya menggunakan biji benih, keratan atau paling terkini benih dari kultur tisu (tissue culture seedlings). Industri bunga anthurium di negara kita masih kecil berbanding dengan beberapa jenis bunga untuk pasaran domestik dan eksport. Semuga artikel ini memberi sedikit informasi berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
BUNGA ANTHURIUM...APA DIA...
DISUHU SEJUK...SEGARNYA...
BANYAK JENIS...DAN WARNA...
BACA ARTIKEL...FAHAM JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 205, Hotel Rosa Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(8 Ramadan 1437H) 

    Artikel Terkait

    Previous
    Next Post »