BAYAM - TIPS PENANAMAN

BAYAM (Amananthus spp) merupakan sejenis sayuran daun yang berwarna hijau dan popular ditanam untuk kegunaan domestik di Malaysia. Bayam merupakan sejenis sayuran berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran. Bayam adalah jenis sayur daun dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat2 galian seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Bayam ditanam untuk tujuan peasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas. Penanaman bayam secara komersil dari rekod ststistik Jabatan Pertanian mencecah seluas 4,560 hektar setiap tahun dengan kedudukan ketiga dalam senarai sayuran daun selepas sawi dan kangkong. Terdapat seluas 4,400 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 45,330 metrik tan pada tahun 2015. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Terdapat dua jenis bayam yang poplular ditanam di Malaysia iaitu Bayam Hijau(lihat foto sebelah) dan Bayam Hijau Ungu (Dipanggil sebagai Merah - foto diatas). Bayam adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan. Permintaan pasaran hampir 85% adalah untuj jenis sawi hijau yang ditanam oleh petani komersil. Bayam hijau lazimnya ditanam dalam masa 28 - 30 hari sebelum dituai dengan cara mencabutnya. Terdapat beberapa varieti bayam hijau yang popular ditanam di negara kita dimana selalunya benih adalah diimpot dari luar negara. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa tips penanaman bayam untuk bahan rujukkan.


Menanam bayam adalah perkara yang diminati dikalangan petani terutama di Negeri Johor untuk pasaran domestik dan eksport ke negara jiran. Bayam antara sayur yang popular ditanam kerana ia mempunyai banyak khasiat pemakanan sebagai sayuran. Penulis seperti para diatas dapati ada beberapa jenis bayam yang sering ditanam di negara kita. Antaranya ialah Bayam Hijau (Amaranthus spp.), Bayam Merah (Amaranthus gangeticus) dan Bayam Tricolor (Amaranthus tricolor). Semua bayam ini tergolong dalam keluarga Amaranthaceae dan ia dipercayai berasal dari Amerika. Kita sering melihat cerita Karton iaitu Popeye dan Brutus yang berkuasa setelah makan Bayam Spinach. Sebenarnya Bayam Spinach (Spinacia oleraceae) pula mengandungi gene dan sifat fizikal serta rasa yang berbeza dengan bayam kita makan selalu walaupun berasal dari keluarga yang sama. Bayam spinach tidak sesuai ditanam di negara beriklim tropika seperti Malaysia kerana ia cepat berbunga dan tidak banyak daun. Bayam kaya dengan vitamin A, C dan E, fosforus, zat besi, kalium, magnesium, beta karoten dan zink. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, Niasin dan Selenium. Dalam kes lain bayam juga dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Selalunya bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.


Aktiviti penanaman sayur bayam secara konvensional dan komersil lazimnya diatas tanah subur. Walau pun begitu bayam sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai pH di antara pH5.5 dan pH6.5 adalah yang paling sesuai. Penyediaan batas berukuran satu meter (lebar) dan panjang bergantung pada kawasan. Jenis tanah digembur bersama kompos dan bahan organik. Sebanyak empat alur boleh dibuat dengan jarak tanaman 20 cm antara alur (Sila lihat foto disebelah)Bayam ditanam terus menggunakan biji benih. Disebabkan biji benih terlalu kecil, gaulkan biji benih dengan pasir untuk menjarakkan biji benih semasa menabur benih di dalam alur batas. Tutup batas yang terdedah dengan jerami padi atau daun kering sebagai sungkupan untuk kekalkan kelembapan tanah dan mengawal rumpai. Selepas tiga atau empat hari, benih akan bercambah dan anak pokok akan mula kelihatan. Aktiviti penjarangan perlu dibuat selepas seminggu biji benih bercambah. Anak benih yang tumbuh terlalu rapat perlu dibuang atau dipindahkan ke alur yang tiada anak benih. Penanaman bayam perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mengelakkan kecederaan akar anak benih yang terlalu lembut. Penjarangan penting bagi mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya matahari dan nutrien antara pokok. Jika anak pokok terlalu banyak, pokok yang tumbuh akan bersaiz kecil dan kurang daun.


Bayam memerlukan air yang banyak dimana sistem pengairan perlu dipasang. Ini kerana bayam perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan dengan air bersih tanpa klorin. Pengairan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara menyiram manual atau dengan sistem pengairan renjis bergantung kepada kemampuan petani. Bayam perlukan pembajaan dengan menggunakan baja organik (yang dibeli atau buatan sendiri). Baja organik berproses diberi mengikut kadar yang disyorkan, biasanya antara 30g dan 50g sepokok dan ditabur pada minggu kedua selepas menanam. Jika guna baja organik buatan sendiri sebaiknya baja tersebut boleh disembur seminggu sekali. Oleh itu sebelum membaja rumpai yang tumbuh dibuang terlebih dahulu dan tanah digembur. Baja organik boleh ditabur di antara alur tanaman. Kawalan rumpai perlu dijalankan kerana rumpai adalah musuh utama tanaman. Ia akan bersaing untuk mendapatkan ruang, cahaya matahari dan juga makanan. Selain itu, rumpai boleh menjadi perumah kepada serangga perosak. Rumpai perlu dikawal setiap seminggu sekali. Jangan biarkan rumpai hingga ia berbunga. Ini boleh dilakukan sama ada merumpai secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput. Bayam juga mempunyai masaalah perosak dan penyakit. Antaranya adalah serangan oleh Ulat Ratus yang sering memakan daun muda bayam. Amalkan menyembur racun organik daripada campuran cili padi, bawang putih, daun naem, daun kesum, serai wangi, kemangi, air dan sabun. Sembur setiap hari bagi serangan kritikal, dan dua atau tiga hari sekali bagi serangan biasa. Antara jenis penyakit pada bayam adalah seperti Hawar melecuh pula sering ditemui pada bayam jenis berdaun bulat, tetapi bayam berdaun bujur lebih toleran dengan penyakit ini. Amalkan tanaman bergilir sebagai kawalan. Bayam dituai sekitar 28- 30 hari selepas tanam dengan anggaran hasil 12,000 - 16,000 kg sehektar. Pokok bayam matang dicabut dan dibasuh dari kekotoran dan dimasukkan dalam bakul untuk dihantar kepasar. Semuga artikel dalam Anim Agro Technology ke 4,059 ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

POKOK RENEK... BAYAM NAMANYA...
DAUN HIJAU ... BANYAK KHASIATNYA...
DIATAS BATAS... CEPAT TUAIANNYA...
BAYAM SEGAR...SIHAT PEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Empress,
Bandar Salak Tinggi,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(17 Syawal 1437H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komentar:

Write komentar
chintia lim
AUTHOR
3 September 2019 pukul 04.54 delete

Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

Keunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com

Reply
avatar