Makanan Pulut Mangga Thai memang rasa sedap sangat sehingga penulis akan membelinya jika ada dijual dimana jua. Pulut Mangga Thai yang mempunyai rasa yang mempunyai kombinasi utamanya ialah pulut yang manis dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya dipadankan pula dengan manis buah mangga memang sedap sekali. Di Thailand selalunya pulut mangga dihidang dengan taburan sejenis kacang tetapi kalau tak ada kacang tersebut memadai dengan ditabur bijan yang dipanggang tanpa minyak. Makanan ini lazimnya dihidangkan pada waktu petang tetapi sebenarnya ia juga sesuai dimakan sewaktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kandungan pulut yang dimasak bersama santan menyebabkan kita akan merasa kenyang yang lama dan memberikan tenaga yang banyak untuk menjalankan aktiviti harian. Makanan ini dipercayai mampu memberikan kecantikan dan kesihatan kepada mereka yang memakannya kerana pulut dan mangga sert santan memberikan khasiat makanan yang lengkap.
Menyediakan makanan pulut mangga ini sebenarnya tidaklah rumit jika anda berminat. Dalam menyediakan makanan ini cuma perlukan masa sekitar 20 - 50 minit untuk sediakan hidangan bagi 5-6 orang. Bahan-Bahan yang digunakan untuk menyediakan pulut mangga adalah 400 gram beras pulut yang telah direndam semalaman, 1 cawan santan pekat, 1 cawan santan cair, 2-3 sudu besar gula dan
sedikit garam. Sebaiknya memilih beras pulut yang baru untuk menambahkan keenakan makanan ini. Bahan lain yang perlu ada seperti beberapa helai daun pandan serta daun pisang untuk dijadikan alas pulut semasa dihidangkan. Bahan lain seperti 2 sudu besar bijan yang sebaiknya perlu dibakar tanpa minyak untuk ditaburkan semasa hendak dihidangkan, Pilih buah mangga yang manis dan besar seperti Harumanis atau Nam Dok Mai atau mangga lain yang dijual dipasaran. Sebanyak 3 biji mangga boleh dimakan untuk hidangan 5-6 orang sekeluarga. Sementara itu bahan untuk menyediakan kuah santan terdiri daripada 1 cawan santan pekat, 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung yang perlu dibancuh dengan sedikit air, 1 helai daun pandan, carik dan simpul serta garam secukup rasa. Lasimnya bahan garam ini melengkapkan rasa pulut mangga dan sebaiknya biarkan kuah agak masin sedikit.
Cara-cara untuk sediakan pulut mangga adalah dengan memanaskan pengukus dulu. Seterusnya pasang lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat dalam pengukus. Seterusnya adalan membasuh atau membilas beras pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya (Sila lihat foto disebelah). Masukkan beras pulut tersebut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga pulut menjadi lembut. Daripada pengalaman penulis mendapati anggaran masa mengukus adalah selama 20 minit. Selalunya apabila sudah lembut maka ia perlu di angkat dan seterusnya dimasukkan pulut siap kukus ke dalam mangkuk yang besar. Cara-cara untuk sediakan kuah santan dengan memanaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana Kemudian dimasukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kadar kepekatan di sini. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Langkah seterusnya adalah menyatukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan maka dengan gunakan sudu garpu perlu untuk menggemburkan pulut. Hidangkan pulut mangga bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan. Semuga anda dapat menikmati makanan pulut mangga buatan sendiri yang enak dan mengenyangkan. Wasallam!!!.
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoren Tomyam Pak Ngah,
Jalan Triang, Bera,
Pahang, Malaysia.
(25 Ramadan 1437H)
Senior Agronomist,
Restoren Tomyam Pak Ngah,
Jalan Triang, Bera,
Pahang, Malaysia.
(25 Ramadan 1437H)
EmoticonEmoticon