MURTABAK atau MARTABAK adalah sejenis makanan yang popular di Malaysia sebagai makanan yang enak, berkhasiat dan beraneka jenis. Penulis memang amat suka makan murtabak yang dijual dibanyak lokasi diseluruh negara terutama di bulan puasa kerana ia mengenyangkan dan mudah didapati di bazaar ramadan. Murtabak ialah sejenis makanan yang ada dijual diseluruh pelusuk negara dimana nama asalnya dipercayai berasal dari Johor. Murtabak secara umumnya ada dua jenis iaitu Murtabak Ayam dan Murtabak Daging. Bagaimana pun penulis ada membuat tinjauan terdapat berpuluh jenis murtabak yang diberikan nama mengikut bahan digunakan dan lokasi tempat penjualan atau populariti murtabak tersebut. Kini terdapat jenis murtabak seperti Murtabak Mini, Murtabak Cheese, Murtabak Telur, Murtabak Maggi, Murtabak Popia, Murtabak Sardin, Murtabak Singapore, Murtabak Raja, Murtabak Mamak dan sebagainya. Dari segi sejarah ada dilaporkan sejenis murtabak iaitu 'Murtabak Raja' dari negeri Kelantan iaitu makanan atau hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti. Martabak Raja juga merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga diraja Kelantan ketika zaman 1950an. Bagaimana pun kini jenis murtabak diraja dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam, Sesiapa yang berkunjung ke pasar malam dan gerai murtabak raja di Kota Bharu boleh mencari dan merasa murtabak ini. Makanan ini adalah boleh disamakan dengan populariti Roti Canai sama ada ia roti canai kosong, roti canai telur, roti canai sardin atai roti canai bom. Kaedah atau proses penyediaan adunan doh tepung untuk membuat murtabak dan roti canai adalah sama. Artikel subuh ini saya selepas bersahur dengan murtabak yang dibeli di bazaar ramadan, duduk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan popular di Malaysia iaitu Murtabak untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Selain daripada murtabak segar (fresh murtabak) kini telah banyak pengusaha yang menjadikan produk murtabak dalam bentuk sejuk beku (Frozen murtabak). Murtabak sejuk beku ini mudah disimpan di rumah dalam peti sejuk untuk dihidangkan pada bila-bila masa dengan memanaskannya diatas kuali atau dimasukkan dalam microwave sahaja. Terdapat pelbagai jenis dan jenama murtabak sejuk beku dipasaran. Antara murtabak sejuk beku yang popular di pasaran adalah seperti jenis murtabak raja yang dijual dengan harga RM18.00 satu pek mengandungi 2 keping didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Murtabak raja yang tebal perlu dimasak dengan betul agar intinya yang memang telah diproses separuh masak akan masak 100% dan seragam seluruhnya sebelum dimakan. Terdapat juga beberapa jenama lain murtabak sejuk beku dipasaran seperti jenana Kart's, jenama Dona dan beberapa lagi. Produk frozen seperti ini banyak dijual dipasaraya, mini market malahan dalam kedai runcit yang mempunyai kemudahan peti sejuk. Semasa membeli produk ini pastikan anda menyemak tarikh luput atau tarikh tamat tempoh martabak yang ditulis pada label pembungkusnya. Ini kerana semua makanan sejuk beku perlu menyatakan 'expiry date' pada pembungkusnya.
Murtabak juga merupakan sejenis makanan segera yang dijual dibeberapa lokasi seperti di restoren, pasar malam, pasar tani, bazaar ramadan dan gerai bergerak. Gerai yang selalunya menjual roti canai selelunya juga ada menjual murtabak. Murtabak disediakan dalam masa sekitar 10-15 minit sekeping bergantung kepada kemahiran pengusaha, ketebalan murtabak dan juga jenis murtabak disediakan. Ia termasuk dalam senarai makanan panas yang segera untuk disediakan tetapi proses lain diperingkat awal adalah lama. Bahan asas murtabak adalah Kulit Murtabak (Doh atau popia), Inti dan Kuahnya atau pelengkapnya. Bahagian kulit murtabak lazimnya diperbuat daripada kulit tepong dari doh tepung gandum. Doh ini disediakan menggunakan bahan asas iaitu tepung gandum (Sebaiknya jenama Kunci), Telur ayam, Minyak Sapi, air dan garam secukup rasa. Tepung akan diuli dan bentuk ketulan bulat sekitar 15 gram sebiji dan ianya kemudian dibulatkan serta disapu dengan minyak sapi atau marjerin (Sila lihat foto disebelah), Doh ini akan disimpan dalam bekas selama 30 minit atau semalaman dimana ia perlu ditutup dengan kain bersih dan diletak di kawasan yang hygenik. Kombinasi bahan yang digunakan amat penting semasa menguli tepong agar dapat menyediakan doh yang lembut, mudah dicanai dan enak.
Bahagian Inti murtabak merupakan antara komponen paling penting untuk disediakan dalam membuat murtabak. Inti murtabak disediakan menggunakan bahan asas seperti daging lembu (dicincang halus atau dikisar) atau daging ayam atau ikan sardin atau telur, bawang besar dihiris, isi kentang, sayur kobis, beberapa jenis rempah ratus dan bahan perisa (garam, gula dan serbuk perasa). Kesemua bahan inti dimasak dahulu dengan ramuan rempahratus dan akan diletakkan dalam kulit tepong yang dicanai ditengah-tengahnya. Kemudian kulit murtabak akan dilipat menjadikan murtabak berbentuk empat segi sama dan digoreng diatas kuali leper yang panas. Minyak masak dibubuh diatas kuali dan murtabak ini diterbalikkan beberapa kali sehingga inti didalamnya masak (Sila lihat foto disebelah). Murtabak yang siap digoreng boleh diangkat dari kuali dan tersedia untuk dihidangkan atau dibungkus dibawa pulang. Komponen pelengkap murtabak yang ketiga adalah Jeruk bawang atau Kuah kari selalu disediakan berasingan. Jeruk bawang perlu disediakan dengan menghiris bawang besar dan kemudian dimasukkan cuka makan dan sedikit sirap ros merah untuk menjadikannya ia merah kuat. Ia selalunya dimakan bersama murtabak untuk menambah keenakannya. Selain itu selalu juga murtabak sering dimakan dengan kuah kari biasa, kuah dal atau kuah kari ikan dan sebagainya bergantung kepada citarasa pelanggan. Selamat menjamu murtabak tempatan yang enak, lazat, mengenyangkan dan murah. Wasallam!!!.
NAMA MURTABAK... MARTABAK SAMA...
INTI DIDALAM.... KULIT MENYALUTNYA...
ENAK DIMAKAN... PELBAGAI JENISNYA...
PILIHAN RAMAI... DIMANA-MANA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bazaar Ramadan,
Precint 4, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(21 Ramadan 1437H)

EmoticonEmoticon