JAMBU AIR BERSELIMUT ?. Ini merupakan tajuk artikel tulisan saya dalam "Anim Agro Technology" kali ini untuk tatapan pembaca semua. Betulkah kawasan kebun jambu air (Eugenia samarangense) seluas 3 ekar ini diselimuti dengan netting dan merupakan satu teknologi baru yang berkesan? (Sila anda lihat foto diatas). Ini kerana lawatan penulis disebuah kebun jambu air di Kg Sungai Jerik, Maran telah menjumpai kebun jambu air yang buahnya amat lebat tanpa henti sepanjang tahun telah 'diselimutkan' dengan netting. Pokok jambu air berumur 3-6 tahun dengan ketinggian agak seragam sekitar 2 .0 - 2.5 meter ini telah dibuat pangkasan awal dengan betul. Menurut pemilikkebun En Tan berkata buah jambu air sebelum ini sering diserang oleh perosak terutama Kelawar dan Keluang dimalam hari dimana kadar kerosakkan buah masak mencecah 65-70% sebelum dikawal. Teknik memasang pukat jaring direntang dikawasan tertentu keliling kebun sebelum ini hanya dapat mengurang kurang dari 15-20% kadar kerosakkan dan ia tidak menentu kejadiannya. Walau pun ada beberapa ekor kelawar dan burung melekat pada jaring tersebut tetapi ia masih kurang efektif. Jambu air E6 dikebun ini yang dijaga dan selalu diselenggara dengan baik mampu menghasilkan buah jambu air sepanjang tahun. Ini berbeza dengan pokok jambu air kampong yang hanya berbuah sekali setahun sahaja. Antara rawatan diberikan untuk jambu air dikebun ini adalah dengan memberikan bekalan air terus kepokok dengan sistem pengairan titis dan microjet serta pemberian banyak baja organik seperti Baja Fish Meal Solution. Buah jambu air yang dihasilkan berkualiti dengan kerja memetik hasil dijalankan mengikut blok tanaman setiap hari. Buah jambu air ini manis dan berair (juicy) serta rangup jika dimakan segar dan tahan sehingga 5=7 hari jika dijaga suhu persekitarannya. Artikel subuh 15 Ramadan 1437 Hijrah ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi memasang jaring atau 'selimutkan' kawasan kebun jambi air.
JAMBU AIR (Eugenia samarangense atau Syzygium aqueaeum) merupakan sejenis tanaman buah tropika dalam keluarga Myrtaceae. Dalam bahasa lain ia juga dipanggil sebagai Wax apple, Malay Apple dan juga Rose Apple. Tanaman ini dipercayai natif di Malaysia, Indonesia dan Filipina dimana ia dahulu kurang diminati oleh petani di negara kita tetapi kini telah menjadi satu pilihan kerana mampu memberikan hasil yang berkualiti dan boleh menjana pendapatan lumayan jika diuruskan dengan baik. Setakat ini penulis telah melawat beberapa buah kebun jambu air seperti di Bukut Mambai, Segamat seluas 60 ekar yang mampu menghasilkan Jambu Air Varieti Asahan (E6) secara komersil. Mereka menanam jambu air dengan menggunakan teknologi yang diadaptasi dari Taiwan. Negara Taiwan merupakan antara negara yang menghasilkan banyak buah jambu air walau pun hanya 6-7 bulan sahaja masanya. Badan TWAIN (Taiwan Wax Apple International) merupakan badan NGO yang menguruskan pasaran buah jambu air diperingkat domestik dan antarabangsa. Potensi buah jambu air untuk dikomersikan bagi pasaran segar adalah amat baik untuk iklim dan tanah di Malaysia. Walau pun teknologi amalan agronomi menghasilkan buah sepanjang tahun dinegara kita masih belum diketahui ramai, penulis percaya teknologi tersebut akan dapat dikongsi dengan petani lain.
Berbalik kepada pemasangan netting diseluruh kawasan kebun jambu air di Maran ini, penulis dapati ia merupakan teknologi yang praktikal dan sesuai disebarkan kepada petani lain. Jaring Putih dijahit bersambungan dengan ia kemudian dipasangkan melitupi semua pokok dalam kebun yang luas ini (Sila lihat foto paling bawah). Ia di sambung dengan saiz sebesar 3 ekar dan manjadikan seakan-akan keseluruhan kebun seperti 'dipasang selimut'. Walau pun ia baru dipasang sekitar 5-6 bulan lepas tetapi kesannya amat positif dimana kadar serangan oleh kelawar dan haiwan perosak lain dapat diatasi. Serangan oleh babi hutan, lalat buah (Bactocera carambolae) dan burung amat minima. Pekerja akan memasukki kawasan kebun melalui pintu khas yang dibina dibahagian jalan kebun menghadap pusat pengumpulan hasil. Suhu dalam kelabu ini walau pun agak panas sedikit pada waktu tengahari sesuai untuk bekerja kerana netting telah mengurangkan sinar panas matahari. Setakat pemantauan penulis dikebun berselimut ini didapati memang suasana didalam kelambu ini selesa untuk bekerja. Aktiviti cantasan masih terus dilakukan terhadap tunas air yang tumbuh menegak untuk elakkan ia meninggi seterusnya menganggu lapisan netting yang dipasang.
Kos pemasangan untuk teknologi ini adalah sekitar RM24,500 termasuk kos menjahit dan merentangkan netting. Ia mengambil masa selama sebulan untuk menjahit dan memasang netting ini. Kerja menyambung dan mencantum netting telah dilakukan dikawasan kebun dengan menggunakan kaedah jahitan atau mencantum yang mudah sahaja. Segulung demi segulung netting dicantumkan dan kemudian direntang diseluruh kawasan menutupi kawasan. Sejak ianya dipasang didapati cahaya matahari mencukupi untuk proses fotosintesis dan tidak berlaku serangan keluang, kelawar dan juga haiwan lain. Teknologi ini walau pun jarang dilakukan oleh mana-mana petani pada saya merupakan satu kaedah mudah (simple technology) yang juga direkacipta dengan menggunakan fikiran logik sahaja. Berkemungkinan akan ada atau telah ada teknologi ini dilakukanm oleh petani lain di Malaysia tetapi pada penulis inilah yang pertama sekali saya jumpa. Semuga info ini memberi pengetahuan berguna dan dijadikan bahan rujukan buat semua pembaca Anim Agro Technology. Wasallam!...
KEBUN JAMBU AIR...DISELIMUT SEMUA...
NAMPAK PELIK... PEROSAK KAWALNYA...
MODAL TINGGI... KAEDAH BERJAYA...
MENULIS ARTIKEL...KONGSI INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Jambu Air,
Sg Jerik, Maran,
Pahang, Malaysia.
(15 Ramadan 1437H)

EmoticonEmoticon