TAMAN PERTANIAN SABAH

TAMAN PERTANIAN SABAH (Sabah Agriculture Park) merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai pelbagai spesies tanaman. Taman ini yang terletak di Lagud Sebrang dengan jauh kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom, Sabah. Penulis dapati kedudukan lokasi taman ini adalah berlatar belakangkan Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia). Taman berkonsepkan pertanian ini mempunyai kawasan seluas 625 ha (1,500 ekar) dengan ketinggian 200 -300 meter dari aras laut yang amat cantik dan menarik. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah dimana pada sudut tertentu akan dilihat wujud pemandangan yang indah di taman ini. Penulis melawat taman ini kali pertama pada tahun 1990 dan kali kedua pada 6 Mac 2015 (kira-kira 25 tahun dahulu). Taklimat semasa lawatan kali ini diberikan oleh En Andrian seorang pegawai penyelidik di taman ini yang juga berfungsi sebagai pusat penyelidikkan dan pusat koleksi beribu-ribu jenis tumbuhan. Taman ini merupakan sebuah pusat janaplasma tumbuhan dalam negara yang terhebat kerana mempunyai amat banyak janaplasma tumbuhan bernilai dalam negara dan dari luar negara. Taman ini telah benyak tahun menyumbangkan kepada setiap kali pameran buah-buah nadir ketika Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal untuk aktiviti yang berkaitan dengan alamfestival MAHA dan HPPNK diseluruh negara setiap tahun. Dilaporkan bahawa Jabatan Pertanian Persekutuan amat bangga dengan kejayaan Jabatan Pertanian Sabah yang menjaga taman ini dengan jayanya. sekitar dan membuatkan tempat ini sesuai sebagai salah satu tempat percutian.

Taman Pertanian Sabah ini juga sebagai pusat untuk dikunjungi orang ramai mengandungi pelbagai tempat menarik. Antaranya adalah seperti - Pusat Orkid Semula Jadi, Muzium Tumbuh-tumbuhan Hidup, Pusat Lebah, Koleksi Plasma (Germplasm Collection), Taman yang dihias, Taman Hoya, Taman Evolusi (Evolution Garden), Hutan Agro-Forestry, Tasik Sapong, Tasik Rundum, Taman Haiwan dan juga kawasan riadah seperti Jungle Trekking. Para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai sendiri tempat-tempat di Taman Pertanian Sabah serta melihat pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan burung liar yang amat menarik dan mempersonakan. Kemudahan pengangkutan ketaman ini boleh menggunakan dengan menaiki kereta persendirian dari Kota Kinabalu sejauh kira-kira 200 km (3 jam perjalanan) atau dengan keretapi dari KK ke Tenom yang unik. Daripada bandar tenom anda boleh pergi dengan teksi untuk ke taman ini. Pada pelancong perjalanan dengan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort dan seterusnya meneruskan perjalanan dari Keningau -Tambunan dengan kereta juga amat menarik. Kalau anda menaiki bas atau teksi di Padang Merdeka atau dari Kota Kinabalu atau dari Tenom jangkamasa bertolak antara jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang. Jika ada para pengunjung memilih untuk menaiki bas atau kereta api, mereka perlu menukar bas di bandar Tenom iaitu 15 km dari Taman Pertanian Sabah. 

Semua pengunjung perlu melalui pintu masuk taman ini yang akan dikenakan kos bayaran masuk bagi dewasa bagi rakyat tempatan sebanyak RM10.00 seorang. Bayaran masuk untuk pelajar adalah separuh sahaja iaitu RM5.00 dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah percuma. Bagi pelancong warga asing caj masuk adalah sebanyak RM25.00 seorang. Kadar bayaran ini amat murah jika dibandingkan dengan caj pintu masuk saya melawat Keukenhoff Park di Amsterdam pada Mei 2014 sebanyak RM200 seorang.  Caj masuk Candi Borobodur di Jogjakarta, Indonesia yang saya kena pada tahun 2013 pula adalah sebanyak RM100 seorang (warna tempatan hanya bayar RM10 sahaja) dan ia memang jauh lebih mahal dari masuk taman pertanian ini (Sila klik disini). Pengunjung ada masa daripada jam pagi sampai jam 5.00 petang untuk menikmati apa yang terdapat didalam taman pertanian ini.

Pengumpulan bahan janaplasma tumbuhan dimulakan semenjak tahun 1981 secara aktif dengan koleksi buah-buahan, rempah ratus dan 'nuts' dari kawasan beriklim tropika dan sub-tropika. Setakat 2005, taman ini berjaya mengumpul 395 jenis buah-buahan sahaja termasuk kategori nuts. Sebanyak 300 jenis buah-buahan adalah dari Semenanjung Malaysia dan Borneo sementara 91 jenis daripada luar negara seperti Amerika Tengah, Australia, Filipina dan Indonesia. Kini lebih 90% daripada tumbuhan ini telah matang dan berbuah. Taman ini dilaporkan telah berjaya mempromosikan beberapa jenis tanaman dari luar negara seperti Canistel, Abiu, Biriba dan Memey Sapota kepada petani tempatan walau pun belum ketara popularitinya. Buah canistel sesuai ditanam untuk menghasilkan buah yang sesuai dimakan dan dijadikan bes minuman. Buah Abiu pula ditanam dengan hasil potensi sebanyak 4-5 mt sehektar. Anda boleh baca tulisan saya menganai Buah Abiu dalam blog ini (Sila klik disini). Penulis sempat melawat plot pokok dikatakan sebagai Pili Nuts atau Bicol yang sedang berbuah (Sila lihat foto disebelah) walau pokoknya agak tinggi dan sukar memetik buahnya. Saya fikir kalau dibuat 'topping' mungkin ia akan berbuah lebat dan mudah memetik hasilnya. Sebarang maklumat atau pertanyaan tentang Taman Pertanian Sabah anda boleh merujuk terus dengan menghubungi Park ManagerTaman Pertanian Sabah WDT, 2889909 TENOM,SABAH, MALAYSIA.Tel : 6087-737952 / 737558Fax : 6087-737571 atau juga boleh hantar ke alamat e-mail : agripark@sabah.net.my. Wasallam!.


TAMAN PERTANIAN... DISABAH...
BANYAK KOLEKSI... AMAT INDAH.....
15 KM DARI TENOM... MUDAH...
PERLU LAWAT...ILMU BERTAMBAH...

By,
M Anem,
Senior Agroniomist
Taman Pertanian Sabah
Lagud, Tenom,
Sabah, Malaysia.
(6 Mac 2015)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »