KARAT NANGKA - ADAKAH PENYAKIT?

KARAT NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan satu masaalah penting untuk buah nangka yang semakin popular masa kini di Malaysia. Tanaman pokok nangka terutamanya varieti Tekam Yellow (J33) merupakan jenis nangka terpopular masa kini di Malaysia kini untuk pasaran domestik dan eksport. Permintaan buah nangka jenis ini mendapat  menjadi satu jenis buah-buahan agak popular setelah disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ia dikomersilkan pada tahun 2014. Nangka dikenalpasti untuk dimajukan di bawah program pembangunan buah-buahan di bawah Dasar Agro Makanan dan di bawah projek NKEA (EPP7). Penanaman nangka telah menarik minat ramai petani kerana cepat berhasil, mudah dijaga, pasaran yang baik dan berpotensi untuk pasaran ekspot khususnya beberapa verieti tertentu terutama Varieti Tekam Yellow (J33). Keluasan kawasan tanaman nangka telah bertambah mulai 2008 dimana penghasilan dari cuma 18,700 metrik tan pada tahun 2003 telah naik kepada sebanyak 29,980 metrik tan pada tahun 2010 iaitu hampir dua kali ganda dalam masa 7 tahun. Jumlah keluasan tanaman nangka pula seluas 3.460 hektar pada tahun 2010. Purata harga ladang nangka pada tahun 2010 ialah RM 1.78 sekilogram dan purata harga runcit RM 3.80 sekilogram untuk kebanyakkan varieti. Saya ada menulis isu penyakit karat nangka sebelum ini untuk rujukan (Sila klik disini) dan Nangka Varieti Tekam Yellow (Sila klik disini). Artikel petang ini semasa menunggu Flight MH2597 dari Kuching ke KLIA sempat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Karat Nangka samaada ia sebenarnya disebabkan oleh masaalah fisiologi atau merupakan serangan pattogen penyakit seperti pameran poster di Confrentech 2015 untuk dijadikan bahan rujukan.


Serangan Karat Nangka terutamanya untuk varieti Tekam Yellow (J33) merupakan satu masaalah dalam tanaman nangka ini untuk pasaran domestik dan eksport. Varieti Nangka Tekam Yellow mempunyai rasa yang manis, rangup dan mempunyai hayat atau jangkamasa penyimpanan yang baik. Bagaimana pun penulis dapati memang varieti ini mempunyai masaalah serangan Karat Nangka terutama diwaktu musim hujan (Sila lihat foto disebelah). Nangka ini mempunyai potensi amat baik untuk pasaran eksport ke China dan USA dan promosi telah diujudkan semenjak tahun 2010 lagi. Masaalah karat nangka kini merupakan satu isu yang perlu diselesaikan dikalangan saintis dinegara kita. Adakah masaalah ini disebabkan oleh patogen perosak atau masaalah fisiologi atau isu-isu lain yang sesuai?. Kajian MARDI ini bersama Jabatan Pertanian untuk melihat sama ada penghasilan karat nangka disebabkan oleh patogen penyakit khususnya untuk varieti Tekam Yellow (J33). 


Teknik Pemencilan dan Ujikaji Patogeniciti dilakukan terhadap beberapa sambel nangka Tekam Yellow daripada projek tanaman nangka kelolaan Jabatan Pertanian iaitu dari TKPM Lanchang, TKPM Bera, TKPM Gemas dan daripada FELDA Sg Tekam. Bahagian sampel yang dipilih adalah daripada isi, empulur dan Jejari dimana ia merupakan antara lokasi yang sering kena karat. Sebanyak 18 isolat kulat dan 1 isolat bakteria diasingkan (Sila rujuk jadual dibawah). Semasa pemeraman sampel nangka didapati kebanyakan kulat muncul berwarna kuning, putih, hitam dan hijau dipermukaan isi yang berkarat (Sila lihat foto diatas). Hasil kajian mendapati terdapat kulat jenis Pseudomonas spp yang terdapat pada isolat dimana ia merupakan jenis milroorganisma kontaminasi penyimpanan dan bukan penyebab kepada masaalah karat nangka. Ini bermakna bukan patogen yang menyebabkan karat nangka.



KARAT NANGKA berpunca daripada beberapa hipotesis dan kajian awal telah dibuat dan mula dikaji. MARDI dalam satu laporan ada menyatakan bahawa, karat nangka bukan di sebabkan oleh Kulat, Bakteria atau Virus secara spesifik tetapi kehadirannya mungkin disebabkan oleh 'secondary effect'. Hasilnya telah dapat keputusan yang menyatakan bahawa masaalah karat nangka bukan disebabkan oleh bakteria atau kulat berdasarkan kepada beberapa Ujian Patogeniciti yang dijalankan dimakmal. Kalau ia memang bukan disebabkan oleh perkara tersebut, jadi apa pula sebenarnya yang menjadi asas kepada kejadian karat nangka?. Perbincangan saya dengan seorang peserta TKPM Lanchang di Temerloh, En Sarabudin yang menanam 20 ekar nangka J33 ada menyatakan, serangan karat nangka dikebun beliau kurang kerana beliau menggunakan beberapa jenis racun kulat jenis mahal (Beliau ada namakan nama-nama racun tersebut kepada saya). Dakwanya kejadian karat nangka dapat diatasi untuk beberapa musim lepas jika dibuat berbandingan dengan jirannya di TKPM yang dilaporkan menghadapi masaalah tersebut. Apabila saya melawat kawasan kebun, memang mendapati kebersihan kawasan kebun, cantasan dan kesuburan pokok pada tahap sangat memuaskan. Adakah faktur agronomi dan umur pokok nangka J33 juga mempengaruhi kejadian masaalah karat nangka?. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk pembaca blog "Anim Agro Technology" untuk artikel ini. Wasallam!.
TEKAM YELLOW... KARAT NANGKA..
BUKAN PATOGEN... TETAPI APA...
UJIAN MAKMAL...SUDAH NYATA...
AMALAN AGRONOMI...PASTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Institut Pertanian Semonggok/CMM,
Semonggok, Kuching,
Sarawak,
Malaysia.
(19 JamadilAkhir 1436H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »