TANAMAN LIMAU (Citrus spp) merupakan jenis tanaman penting diseluruh dunia dan menjadi industri utama bagi beberapa negara. LIMAU MANIS merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Limau Manis (Citrus suhuensis) yang memang popular di Malaysia dari jenis Limau Madu (Citrus chinensis), Limau Langkat, Limau Mandarin dan beberapa jenis lagi. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau manis memang mempunyai sistem perakaran akar tunjang. Varieti Limau Madu dan Limau Mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) pada tangkai daun. Pada kebiasannya daun pokok limau berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada sesetengah varieti dibahagian daun terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas. Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya(anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga. Keluasan tanamn limau manis di Malaysia berjumlah 1,890 hektar dari pelbagai varieti seperti Limau Manis, Limau Bali, Limau Kasturi dan sebagainya pada tahun 2012. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis perosak (Part 1) bagi tanaman limau untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.
(1) LALAT BUAH atau "Fruit fly"
Lalat Buah (Bactrocera papayae dan Dacus spp.) dewasa akan bertelur pada buah limau yang hampir masak atau telah masak (Sila lihat foto sebelah). Telurnya akan menetas dimana larva kemudian mengorek masuk ke dalam buah limau serta makan isi buah. Lazimnya akan terdapat larva lalat buah di dalam buah bila dikupas dan buah limau menjadi kurang berkualiti. Bahagian yang diserang mudah dijangkiti penyakit kulat atau bakteria. Akhirnya boleh menjadi busuk, reput dan gugur. Sembur dengan bahan penarik seperti umpan protin bercampur racun serangga. Ini amat berkesan kerana ianya membunuh kedua-dua jantina lalat buah. Anda boleh membaca tulisan saya sebelum ini mengenai lalat buah untuk maklumat tambahan (Sila klik disini). Lalat buah akan menurunkan kualiti buah malahan harga buah limau. Lalat bertelur dalam buah-buah yang hampir masak atau matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu. Balut buah dengan kertas seawal yang boleh. Kutip semua buah-buah yang telah diserang dan tanam. Gunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.
(2) HAMAMA "Mites"
Hamama (Tetranychus spp.) adfalah serangga halus yang terdapat pada banyak jenis tanaman termasuk pokok limau. Ada beberapa jenis hamama yang menyerang limau diantaranya dikenali sebagai jenis Hamama Merah (Citrus red mite), Hamama Leper (Citrus flat mite), Hamama Lebar (Broad mite) dan Hamama Perak (Citrus silver mite). Hamama menyerang dengan menghisap cecair daun muda dan putik buah (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah akan menjadi kasar dan berwarna perang dan juga berkerutu. Kawalan hendaklah dijalankan dari peringkat putik buah lagi dengan menggunakan racun hamama yang sesuai dan berkesan. Kutu Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah, menjadi tompok kuning. Serangan pada permukaan daun dan ini akan menyebabkan banyak daun gugur terutama pada musim kemarau. Sembur dengan kimia seperti propagite dan amitraz 0.1% bahan aktif pada 3 minggu sekali.
(3) LELOMPAT PSYLID atau "Psylids"
Perosak Lelompat Psylid (Diaphorina citri) ini adalah sejenis serangga vektor penyakit 'greening' limau. Jika serangga ini berada di kawasan yang dijangkiti penyakit 'greening' dimana dalam keadaan tidak terkawal maka ada besar kemungkinan penyakit akan merebak dengan cepat di ladang. Lazimnya serangga dewasa menghisap cecair pada bahagian pucuk daun dan bertelur di celah-celah daun. Kehadiran perosak boleh dikesan dengan meneliti pucuk limau dan juga menggunakan perangkap pelekat berwarna kuning. Serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga jenis sistemik yang berkesan dan mesti mempunyai kesan sampingan yang minima terhadap serangga agen kawalan biologikal seperti parasitoid dan pemangsa yang terdapat dalam kebun limau.
(4) KUTU DAUN atau "Aphids"
Aphid (Aphis spp.) atau Kutu Daun akan menyerang tunas baru dan daun muda pokok limau (Sila lihat foto disebelah). Serangga ini penulis teliti memang suka menyerang lembut seperti bahagian pucuk daun muda, peringkat bunga dan putik buah. Bahagian yang telah diserang akan menjadi cacat dan berkerinting dan terbantut tumbesarannya. Kutu daun merupakan vektor pembawa virus penyakit tristeza limau. Kutu daun boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga jenis umum yang tidak toksik pada serangga agen kawalan biologikal seperti kumbang ladybird. Pembiakan kumbang pemangsa dan agen parasit boleh juga mengawal populasi kutu daun. Menyerang bahagian pucuk dan menghisap cecair. Ia juga menjadi vektor kepada penyakit. Sembur dengan racun seperti imidachloropid (0.005% bahan aktif).
(5) KUTU TRIP atau "Thrips"
Kutu Thrips (Thrips spp.) merupakan serangga yang akan menghisap cecair daun, pucuk dan bunga pada banyak jenis tumbuhan termasuk pokok limau (Sila lihat foto disebelah). Simptom serangan adalah kelihatan tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga limau yang diserang akan menjadi kering dan kemudian ia akan gugur. Kesan serangan menyebabkan bahagian pucuk limau akan terbantut pertumbuhannya. Serangan juga memang akan menyebabkan bahagian kulit buah limau berwarna keperakan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal dan kedua sisi tepinya menggulung ke atas. Lazimnya kekerapan serangan sering berlaku pada musim panas. Menyerang pada bahagian tangkai daun muda dan putik buah. Daun yang diserang akan menebal dan kedua-dua sisinya menggulung ke atas. Tunas daun menjadi hitam, kering dan gugur. Sembur dengan racun kimia seperti malathion (0.1% bahan aktif) setiap dua minggu sekali. Artikel ini bersambung pada perosak limau Part 2. Wasallam!.
TANAM LIMAU... PEROSAK ADA...
5 JENIS... PART 1 BERCERITA....
PERLU DIKETAHUI...KAWAL DIA...
PART 2... BERSAMBUNG JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Southern Region Biosecurity Lab,
Department of Agricukture,
Ayer Hitam, Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1436H)

EmoticonEmoticon