BETIK atau PAPAYA (Carica papaya) merupakan diantara buah yang popular didunia dan ditanam dibanyak negara terutama dikawasan tropika. Pengeluaran betik dunia adalah sebanyak 14 juta metrik tan setahun dengan keluasan penanaman melebihi 2.43 juta hektar (Laporan dari FAO Statistic 2010). Antara negara yang banyak menanam betik adalah seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brazil, India, negara-negara Amerika Selatan dan Australia Utara. Buah betik segar merupakan antara bentuk pasaran untuk betik dan hanya sebahagian kecil sahaja digunakan sebagai produk proses. Antara pengimport buah betik Malaysia secara tradisi adalah Hong Kong dan China. Bagaimana pun akibat serangan beberapa penyakit betik yang berlaku di Malaysia seperti Papaya ingspot Virus (PSRV) dan Papaya Diback, industri penanaman betik secara komersil dan eksport betik terjejas. Pengenalan beberapa varieti baru betik yang tahan kepada serangan penyakit dan perosak perlu diperkenalkan. Penulis membuat beberapa rujukan dan mendapati terdapat banyak varieti betik yang ditanam diseluruh dunia dimana program biak baka terus aktif semenjak dulu. Penghasilan betik baru Hibrid (hybrid papaya) merupakan kaedah untuk mendapatkan varieti betik yang mampu menghasilkan hasil tinggi dan buah berkualiti. Artikel sempena cuti Tahun Baru Cina ini saya menulis lagi dalam “Anim Agro Technology” mengenai sebanyak 25 kultivar betik yang popular diseluruh dunia untuk rujukkan dan bacaan umum anda semua. Artikel ini ditulis dalam 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dan pastikan anda dapat mebaca kesenua bahagian ini.
1. Varieti ‘Bettina or Petersen’
Varieti betik ini berasal daripada kawasan Australia Well. Ia mempunyai warna sederhana lembut yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Varieti ini juga merupakan jenis hibrid dari kacukan antara jenis Florida's 'Betty' dengan varieti Queensland strain. Betik ini hanya popular dibeberapa negara sahaja seperti di Australia kerana selalunya buah ini mempunyai berat purata sekitar 1.40 - 2.30 kg sebiji dan berbentuk bulat yang oval. Kita di Malaysia dilaporkan tidak menanam betik varieti ini. Buah betik jenis ini adalah untuk kegunaan segar dan juga sesuai intuk diproses.
2. Varieti ‘Cariflora’
Varieti ini berasal dari USA iaitu merupakan salah satu verieti hasil dari penyelidikan di Tropical Research and Education Center of the University of Florida. Buah betik ini berbentuk hampir bulat dengan saiz buah sederhana besar seakan ‘cantaloupe size’. Isinya tebal dengan warna isi diantara kuning gelap hingga oren muda. Walau pun varieti ini mempunyai rasa yang manis tetapi tekstur isinya agak lembik dan lembut. Ia juga tidak ditanam di negara kita. Betik ini melihat kepada foto disebelah agak kurang menarik dibanding dengan solo dan betik Subang agaknya.
3. Varieti ‘CO.1’
Varieti ini berasal dan popular di India. Buah betik ini mempunyai kulit yang berwarna hijau kekuningan dengan beberapa jalur kekuniingan (stripes). Rujukan menunjukkan variety ini adalah hasil penyelidikan di TNAU, Ranchi, Coimbatore, India. Buah mempunyai saiz sederhana dan bentuknya adalaah ‘spherical’. Kulit buah licin dengan mana buah yang lembut, pejal, sederhana berair dan berwarna kuning oren. Tahap penyimpanan buah varieti ini agak baik dan lama. Ia ditanam untuk dimakan segar dan isinya adalan amat manis.
4. Varieti ‘CO.2’
Varieti CO2 ini juga berasal dari Negara India. Buah betik ini mempunyai warna kulit hijau dengan sedikit jalur-jalur kekuningan dibahagian bawah buah yang lebar. Ia juga di hasilkan dari penyelidikan di TNAU, India. Saiz buah betik ini sederhana berbentuk obovate dengan sdedikit tirus di pangkal buah. Isinya adalah berwarna merah, tekstur buah yang lembut sehingga agak keras dan sederhana berair. Buah ini mempunyai tahap simpanan baik.
5. Varieti ‘CO.3’
Varieti CO.3 juga berasal daripada negara India iaitu sama dengan varieti diatas. Ia hasil kacukan hibrid diantara varieti CO. 2 x Sunrise Solo yang mempunyai warna kulit hijau. Buah ini mempunyai saiz lebih besar daripada varieti Sola dengan berat diantara 1-1.5 kg sebiji. Laporan dari India menunjukkan betik jenis ini mempunyai kualiti tahap penyimpanan yanag sangat baik. Kajian juga menyatakan ia mampu menghasilkan sebanyak 100-120 biji buah spokokk bila berumur 2 tahun.
6. Varieti ‘CO. 4’
Betik ini (Carica Papaya L.) juga merupakan hasil program biakbaka betik di India. Betik ini mempunyai warna hijau dengan ada bintik-bintik kuning pada kulitnya. Ia merupakan baka hibrid hasil kacukan antara baka CO.1 (Induk betina) dengan baka Washington (induk jantan). Saiz buah adalah sederhana dengan berat diantara 1.2 kg – 1.5 kg. sebiji. Isinya berwarna kuning dengan ada warna ungu yang agak jelas. Varieti ini tiada ditanam di Malaysia dan popular di negara India sebagai satu koleksi baka.
7. Varieti ‘CO. 5’
Betik varieti CO.5 juga berasal dari negara India. Betik ini mempunyai warna kulit hijau dengan warna kuning yang jarang dibeberapa lokasi. Ia merupakan satu proses pemilihan dari baka Washington. Purata berat buah ini sekitar 5 - 1.6 kg sebiji. jenis ini juga mampu menghasilkan sebanyak 1,500-1,600 kg papain kering sehektar. Sila anda baca artikel mengenai varieti betik didunia agar mendapat info untuk digunakan dalam membuat rujukan mengenai baka betik seluruh dunia. Bersambung Part 2.
NAMA BETIK...PAPAYA DIA JUGA...
DALAM DUNIA...25 KULTIVAR ADA...
ADA BIASA...HIBRID BAKANYA...
TIDAK MASUK..VARITI LOKAL KITA...
By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1434H)
EmoticonEmoticon