RACUN MAKHLUK PEROSAK (Pesticide) ditakrifkan dibawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 di Malaysia (Pindaan 2002) iaitu sebagai bahan yang digunakan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan makhluk perosak. Itulah penerangan asas mengenai perkara tersebut dalam undang-undang dinegara kita mengenai racun makhluk perosak. Racun makhluk perosak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan perosak yang dikawal iaitu dikenali dengan jenis Racun Serangga, Racun Hama, Racun Nematod, Racun Tikus, Racun Kulat, Racun Rumpai, Racun Anai-anai, Racun Burung dan Racun Siput. Kesemua jenis racun-racun tersebut mempunyai fungsi berbeza bergantung kepada bahan aktif (active ingredients) yang berlainan. Ini kerana semua racun tersebut mempunyai perumusan (Formulasi) berbeza bagi setiap jenis. Perumusan racun makhluk perosak adalah campuran pelbagai jenis bahan untuk menghasilkan produk yang berguna dan berkesan bagi tujuan yang dinayakan. Sebagai contoh antara beberapa perumusan racun adalah seperti formulasi Pekatan Formulasi (Emulsified concentrate - EC), Serbuk Bancuh (Wettable Powder - WP), Serbuk Bancuh (Soluble Powder - SP), Debu atau Granule (GR) dan formulasi Aerosol dan sebagainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia yang perlu semua orang tahu mengenai Racun Makhluk Perosak.
Dalam setiap jenis produk racun yang dihasilkan, Bahan Perawis Aktif (Active ingredients) merupakan asas penting kompopnen pembuatannya. Di negara kita senarai perawis aktif ini terdapat dalam Jadual 1 Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2002). Tahap kebisaan bahan perawis dalam racun menjadikan sesetengah racun lebih berbisa kepada perosak, manusia dan sekitar berbanding dengan racun-racun lain. Itulah sebabnya akta racun mestikan semua pengiklanan, penjualan, pengedara, penyimpanan, penggunaan dan pembuangan bekas racun dikawal dengan teliti disemua peringkat. Terdapat beberapa pengkelasan yang dilakukan untuk kawalan kebisaan dan salahguna racun. Terdapat jenis racun yang dikelaskan sebagai Kelas 1 (Sangat Berbisa/Merbahaya), Kelas II, Kelas III dan Kelas IV. Tahap penggunaan, penyimpanan dan kebisaan racun adalah berbeza mengikut kelasnya. Anda boleh membaca artikel saya yang berkaitan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).
Sebagai contoh Racun jenama CMC Lamda 280 adalah racun serangga Kelas II yang mempunyai bahan perawis Lamda-cyhalothris 2.8% bagi mengawal Ulat Pengorek Buah, Plutella dan Ulat Ratus. Racun ini adalah dari kumpulan Phyretroid yang bertindah secara sentuhan dan keracunan perut. Pada label jelas ditulis BAHAYA KEPADA MANUSIA dimana elakan dari terminum, terhidu wasap dan kabus dan terkena pada kulit dan mata. Jangan makan atau merokok selepas aktiviti mengendalikan racun ini. Pastikan botol ditutup rapat, disimpan ditempat berkunci, pengudaraan baik dan kering pada suhu bilik. Penting untuk mencuci bekas racun selepas menggunakannya dan pastikan madi dengan sabun yang banyak selepas meracun.Racun ini dikeluarkan oleh Central Minerals and Chemical Sdn Bhd dalam Bentuk Emulsified Concentrate (EC) beralamat di Subang Jaya, Selangor memberikan penjelasan cara membancuh, perosak sasaran, tindakan keselamatan jika terkena racun dan sebagainya dengan jelas. ia didaftarkan dengan no rujukkan LRMP:R1/8123 dengan kandungan bersih 1 liter sebotol. Racun ini sesuai digunakan dikawasan tanaman sayuran tanah tinggi Cameroon Highland untuk mengawal Ulat Plutella, Ulat Ratus dan juga Ulat Pengorek Buah. Ini merupakan sejenis racun yang sesuai digunakan mengikut peraturan dimana ditulis dengan jelas pada bawah label perkataan "BACA LABEL SEBELUM GUNA".. Wasallam!
RACUN KIMIA.... BANYAK JENISNYA...
TERBANYAK... RACUN SERANGGA...
PERLU AWAS... SELALU WASPADA...
SALAH GUNA.... MAUT JAWABNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 220, Hotel Equatorial,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(24 RabiulAwal 1436H)

EmoticonEmoticon