KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan serangga kecil dari kumpulan lebah yang tidak menyengat seperti lebah madu. Penternakan kelulut di Malaysia mula aktif semenjak 4-5 tahun lalu dimana ia dikategorikan sebagai satu lagi bidangusaha yang mempunyai daya tarikan ramai usahawan baru. Penternakan kelulut popular setelah mendapat liputan meluas dalam media dan jadi tajuk perbualan dikalangan pemain industri ini pada alam maya dan kedai kopi. Kalau dahulu seranga kelulut liar ini dibiarkan sahaja hidup sendiri dikawasan belukar, pada pokok kayu, dalam tiang rumah, dalam batu, longggokan timbunan kayu dan sebagainya, kini ia menjadi buruan dari penternak kelulut. Kajian penulis mendapati ada seramai sekitar 200-250 orang usahawan kelulut yang berskala besar, skala sederhana dan skala kecil. Mereka yang mempunyai lebih 100 koloni dikira sudah komersil, antara 50 - 100 koloni dalam kategori sederhana dan kurang 50 koloni dikira berskala kecil. Tinjauan penulis dari laporan Jabatan Pertanian menyatakan terdapat lebih kurang 12 pengusaha kelulut di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 500 koloni kelulut. Kementerian Pertanian dan Industri asas tani Malaysia melalui Jabatan Pertanian juga telah menganjurkan banyak siri kursus ternakan kelulut kepada bakal usahawan baru secara berjadual. Walau pun permintaan untuk menghadiri kursus ini tinggi, keutamaan kerajaan adalah terhadap bakal penternak dibawah Program Agropreneur Muda. Mereka yang telah berkursus keulut ini dan cukup syarat boleh mendapat pembiayaan daripada AgroBank atau TEKUN untuk membesarkan projek atau memulakan projek baru. Antara kesukaran terkini penternak kelulut semasa artikel ini ditulis adalah kesukaran untuk menambah koloni sedia ada atau membeli koloni kelulut bagi perserta baru. Kini harga satu koloni kelulut lengkap dengan batang kayu, koloni aktif, kotak madu dan kos penghantaran bagi jenis kelulut Heterotrigona thoracica sekitar RM 800 - RM1,000 satu koloni. Kos untuk jenis kelulut Heterotrigona itama pula adalah sekitar RM600 - RM800 satu koloni. Ini bermakna kos asas membeli 10 koloni kelulut untuk mereka memulakan projek kelulut sebanyak RM 8,000 - RM10,000. Bagaimana pula kos jika kita hendak memulakan ternakan kelulut untuk 100 koloni sebegai permulaan? Pastinya ia mencecah sebanyak RM80,000 - RM100,000. Ini merupakan kos pelaburan yang amat tinggi dan kita tahu bahawa kelulut adalah serangga hidup yang bernilai tinggi. Kini beberapa kaedah untuk membiakkan kelulut masih cara tradisional yang lama iaitu menggunakan beberapa teknologi daripada yang konvensional kepada menggunakan teknik moden. Penternak kelulut kini terdedah kepada kes-kes kehilangan koloni kelulut akibat kes kecurian, kehilangan dan termasuk kerosakkan oleh musuh atau perosak. Ada laporan daripada beberapa lokasi di Terengganu, Pahang dan Kelantan dimana koloni kelulut yang baru diletakkan dimusnahkan oleh Beruang. Adakah ini akan melemahkan usahawan kelulut di Malaysia?. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan satu laporan dalam internet Facebook mengenai laporan kecurian koloni kelulut di Kelantan sebagai satu INGATAN kepada bakal-bakal usahawan baru.
Sekarang ini permintaan untuk mendapatkan koloni kelulut yang berkualiti dan mampu menghasilkan madu yang banyak adalah sangat tinggi. Satu cara mendapatkan koloni kelulut baru adalah dengan merayau dalam semak belukar atau dusun untuk mencari koloni kelulut liar semulajadi. Koloni yang dalam batang kayu yang berlubang ditengah-tengahnya boleh dikeluarkan dengan memotong dan juga membelah batang kayu tersebut dengan berhati-hati dan mengalihkan seluruh koloni kepada ternakan sistem baru. Ramai pengusaha masih berminat menggunakan batang kayu sebagai rumah kelulut dan meletakkan kotak haif madu dibahagian atasnya. Kotak haif madi ini selalunya memudahkan urusan penyelenggaraan koloni kelulut terutamanya aktiviti mengutip madu kelulut. Satu set lengkap bekalan koloni kelulut adalah semakin sukar untuk kita mendapatkan bekalan ini dan ia menyebabkan ia semakin mahal dan berharga. Pemburu kelulut liar aktif mencari koloni kelulut liar baru untuk menambah koleksi koloni kelulut baru. Ada dikalangan pengusaha yang meletakkan batang kayu berlubang kosong untuk menggalakkan proses pemecahan koloni kelulut pada musim-musim tertentu. Proses yang berlaku secara semulajadi ini adalah lambat dan tidak dapat dijadualkan. Kini satu kerisauan dilakangan pengusaha berlaku apabila berlaku kemungkinan kes-kes KECURIAN koloni kelulut. Berikut dilaporkan kes kecurian koloni kelulut di Kelantan yang boleh dijadikan bukti bahawa kes ini benar berlaku sepertimana yang kita jangka.
Satu laporan pada 10 Disember 2014 bertajuk " KERUGIAN LEBIH RM30,000 GARA GARA PENCURI KELULUT" adalah satu fenomena baru masa kini. Penulis baca laporan ini dari facebook pengasas dan juga aktivis ternakan Kelulut iaitu En Hishamuddin dari Kubang Krian, Kota Bharu, Kelantan. Dalam laporannya beliau menyatakan dan juga meminta tolong rakan media untuk siarkan isu ini untuk kebaikan bersama bagi mencegah kecurian berleluasa seperti yang berlaku sekarang. Dalam laporan tersebut dinyatakan antara kes kecurian berlaku kepada koloni dan kotak kelulut milik En Mohd Hisyamuddin Ghazali iaitu Penternak Lebah Kelulut dan Setiausaha Persatuan Apitherapi Malaysia dengan kerugian sebanyak RM3,200 dan Pn Wan Noriah Wan Ramli iaitu Pemilik Taman Lebah Kelulut Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bahru dengan jumlah kerugian berjumlah RM16,300. Peserta lain adalah Ustaz Mohd Lokman Mohd Salleh dari Tawang, Bachok Penternak Lebah Kelulut yang kecurian bernilai RM8,350 dan akhir sekali oleh Syed Zainal juga dari Kubang Kerian iaitu seorang Penternak Lebah Kelulut dengan nilai kerugian sebanyak RM3,200. Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kerugian sekitar RM30,000. Sebanyak 4 laporan polis dibuat serentak di Balai Polis Kubang Kerian pada jam 9.30 pagi 10 Disember 2014 selepas banyak kali kecurian berlulang di lokasi yang sama. Sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat. Siasatan pihak berkaitan sedang berjalan dan ianya melibatkan pihak berkuasa agar ini tidak melemahkan penternak kelulut sedia ada dan juga bakal penternak yang baru. Kecurian berlaku pada waktu malam hari untuk tidak dapat dikesan oleh orangramai.
Kecurian koloni lebah kelulut disebabkan permintaan tinggi masyarakat untuk ternak lebah kelulut disebabkan oleh nilai khasiat perubatannya yang baik untuk kesihatan. Permintaan batang kayu yang ada spesis kelulut yang tinggi disebabkan ramai penternak-penternak baru yang lahir daripada program pendidikan pengguna yang dijalankan oleh My Agro Vet Trading, Min House Camp, Jabatan Pertanian Kelantan, Mardi, USM Kubang Kerian, Persatuan Apiterapi Malaysia dan Kelantan Bioteh Corp dan lain lain bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk desa. Kecurian koloni kelulut paling banyak berlaku di 3 Daerah "Hot Spot" kecurian paling ramai penternak di Kelantan iaitu di daerah Kota Bharu iaitu di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa, daerah Tumpat dan daerah Pasir Mas. Di daerah-daerah lain juga berlaku seperti di Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli juga berlaku kecurian. Jika dikumpulkan semua penternak yang pernah mengalami kes kecurian, sudah lebih RM100,000 nilai koloni yang telah dicuri di Kelantan. Jelas kecurian akan menjejaskan sumber rezeki penternak lebah kelulut pada masa depan dan merencatkan industri ini jika kadar kecurian masih berleluasa tanpa ianya dikawal. Koloni lebah kelulut yang dicuri, kebanyakannya dijual kepada pemborong atau "peraih" yang menjual koloni secara aktif di media sosial seperti Facebook yang biasanya lebih Mudah dan Blog dan menghantarnya ke luar Negeri Kelantan menyebabkan koloni yang dicuri sukar dikesan. Kepupusan sumber biodiversiti penting seperti lebah kelulut yang banyak menjadi agen pendebungaan kepada tanaman buahan akan menyebabkan kekurangan hasil. Seterusnya akan memberi kesan kepada sektor pertanian dan ekosistem negeri Kelantan serta Negara. Kerajaan Malaysia dan juga Kelantan, pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Hutan Negeri Kelantan dan Malaysia serta agensi berkaitan berkaitan perlu mengambil langkah drastik bagi mengawal kejadian ini daripada berleluasa berlaku. Semua perkara ini dapat dicegah dan membolehkan industri kelulut di Malaysia akan bertambah maju. Kenapa di Kelantan?... Pencuri pun mungkin orang Kelantan. Wasallam!.
CURI KELULUT.... KERJA SIAPA...
DICEGAH...DARI BERLELUASA...
PENGUSAHA RUGI...IA MERANA...
PENCURI...INGATLAH NERHAKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 614, Hotel Grand Continental,
Kuah, Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(19 Safar 1436H)
Empat pengusaha kelulut buat laporan polis. |
CURI KELULUT.... KERJA SIAPA...
DICEGAH...DARI BERLELUASA...
PENGUSAHA RUGI...IA MERANA...
PENCURI...INGATLAH NERHAKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 614, Hotel Grand Continental,
Kuah, Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(19 Safar 1436H)
EmoticonEmoticon