RACUN ORGANIK KULAT BETIK



Betik (kiri) yang tidak diselaputi, manakala (kanan) 
diselaputi produk antikulat daripada ekstrak 
daun allamanda, selepas 10 hari


TANAMAN BETIK (Caria papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di negara kita sebelum berlaku serangan beberapa penyakit. Antara penyakit serius yang menyerang tanaman berik seperti Papaya Ringspot Virus (PSRV) dan terkini adalah Papaya Dieback (PD). Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengatasi masaalah serangan penyakit ini. Pada masa ini terdapat beberapa varieti lain tanaman betik di negara kita seperti Betik Sekaki, Betik Eksotika, Betik Subang, Betik Solo dan beberapa jenis lagi. Buah Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama lain diseluruh dunia. Pada tahun 2015 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2015). Antara kawasan utama tanaman betik sekaki ini adalah di Negeri Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap - 395 ha) dan Daerah Muar, Johor (182 ha) pada tahun 2013. Jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang) akan memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil betik sekaki adalah antara paling tinggi yang melebihi 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5). Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dimana tumpuan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluroh negara. Artikel subuh ini saya menulis sekali lagi "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan akhbar tempatan berkaitan kejayaan UPM mencipta racun organik mengawal kulat betik untuk bacaan dan rujukan anda semua.

Laporan akhbar tulisan wartawan Ashriq Fahmy dikeluarkan pada 19 Oktober 2015 meletakan tajuk kecil 'Penyelidik UPM bantu kurangkan keresahan penanam' menjadi bahan rujukan penulis subuh ini. Memulakan tulisan dalam berita tersebut beliau menyatakan dimana buah betik merupakan antara buah yang menjadi permintaan ramai sama ada dari dalam mahupun luar negara. Penghasilan global bagi buah tersebut kini mencecah 6 juta tan metrik setiap tahun manakala di Malaysia sahaja jumlahnya mencecah 15,000 tan metrik setahun. Walaubagaimanapun, di sebalik ada permintaan yang tinggi serta harga yang stabil, tanaman dan buah betik mudah diserang beberapa penyakit menyebabkan tanaman tersebut perlu dijaga dengan lebih teliti. Selain betik, penanam pisang dan mangga juga sering berdepan masalah penyakit lepas tuai iaitu penyakit bintik berpusar atau Antraknos’ (Anthracnose) iaitu buah yang cepat berbintik hitam dan seterusnya menjadi tompok yang membesar dan mengakibatkannya menjadi buah busuk. Penyakit Bintik pusar yang berpunca daripada serangan kulat iaitu Colletotrichum gloeosporioides dimana serangn ini akan menurunkan sehingga 80 peratus hasil buah yang mencapai standard pasaran. Penyakit antraknos pada kulit betik menurut penelitian saya menyebabkan buah yang diserang akan cepat rosak dan pembeli tidak mahu membelinya (Sila lihat foto paling atas). Ini merugikan petani.

Masalah serangan kulat ini bagaimana pun boleh ditangani. Ini hasil dari inovasi penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dimana mereka berjaya menemui kaedah membantutkan pertumbuhan kulat berkenaan. Buah mangga dan betik yang tidak di sembur ubat anti-kulat dan yang telah di sembur ditunjukkan pada majlis promosi hasil penyelidikan UPM di Dewan Fakulti Pertanian UPM baru-baru ini seperti foto (Sila lihat foto disebelah)Di Malaysia serangan penyakit mati rosot betik telah menyebabkan hasil eksport buah itu kini merosot. Di samping penyakit mati rosot, buah betik yang telah dituai juga berisiko tinggi untuk rosak jika tidak dirawat dengan baik. Menyedari keadaan tersebut, seorang penyelidik dan pakar di bidang patologi tumbuhan dari Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman berjaya menemukan sebatian khas daripada sejenis bunga untuk membasmi penyakit kulat yang menyerang buah betik masak apabila disimpan lama. Dibantu pembantu penyelidik beliau Dr. Farah Farhanah, Prof. Dr. Dzolkifli dan Prof. Dr. Mawardi, mereka berjaya menghasilkan rumusan sebatian bio nano antikulat (fungicide) bagi mengawal kulat Anthracnose dalam industri buah seluruh dunia. Kajian tersebut telah menggunakan sejenis ekstrak daripada bunga loceng yang dikenali sebagai Allamanda cathartica atau lebih dikenali dengan nama Jamaican Sunset.

Kajian mengenai Sebatian ini bersifat bio dan mesra alam berbanding bahan antikulat sebelum ini yang selalunya banyak menggunakan bahan kimia. Diantara bahan utama yang diekstrak adalah plumerisin yang merupakan komponen aktif di dalam daun bunga tersebut. Tambahnya lagi, penggunaan bahan tersebut sudah terbukti dapat melambatkan pertumbuhan kulat Anthracnose serta menstabilkan keadaan buah sehingga empat minggu lamanya. Produk yang dikenali sebagai AMB Nanoemulsion, sebatian tersebut juga terbukti hanya menyasarkan kepada Collectotricum gloeosporioides dan tanpa merosakan buah. Sebatian antikulat ini juga lebih berkesan dan berbanding produk anti kulat komersial sedia ada, meningkatkan kualiti buah, mudah untuk dikendali, mesra alam, mudah reput, lebih ekonomik untuk dihasilkan serta merupakan pilihan kepada bahan kimia (Sila lihat foto disebelah)Selain berkesan terhadap kulat yang dinyatakan, AMB Nanoemulsion juga boleh diaplikasikan kepada patogen tanaman pertanian lain seperti C. capsici, Fusarium sp., Pythium sp., Phytopthora sp., dan Rhizoctonia solani. Pada masa ini penggunaan sebatian tersebut boleh dilihat dapat meningkatkan hasil pengeksportan, mengurangkan kehilangan lepas tuai, mengurangkan risiko dedahan dan mengurangkan penggunaan bahan berbahaya kepada kesihatan. Kehadiran kulat pada buah betik kebiasaanya bermula dari awal iaitu seawal proses penaman pokok betik. Jelas Dr. Kamaruzaman, kulat tersebut tersebar menerusi media tanaman atau bawaan tanah.

Dalam perkara serangan penyakit betik ini, untuk mengawal kulat tersebut, AMB Nanoelusion boleh disembur terus pada buah betik, mangga, bunga yang ingin disimpan selepas proses tuaian (Sila lihat foto disebelah)Bagi skala yang lebih besar, buah betik perlu direndam dulu di dalam larutan yang mengandungi sebatian tersebut. Dalam pada itu mengulas lanjut beliau berkata, kajian di makmal dimulakan tiga tahun lalu oleh Dr. Farah dimana ia menunjukkan hasil selepas dua tahun. Katanya, daun allamanda dikeringkan sebelum dikisar untuk dijadikan serbuk. Serbuk daun diekstrak dan diformulasi dengan menjadikan ia formula cecair nanoemulsi. Ia kemudian dilarutkan ke dalam air. Buah-buah itu kemudian dicelup atau boleh juga disembur supaya air larutan itu melitupi kuah buah-buah berkenaan yang akan menyukarkan serangan kulat. Dr. Farah menyatakan produk antikulat daripada ekstrak daun allamanda dapat mengawal bintik pusar bukan saja pada buah betik, malah buah pisang dan mangga. Cara untuk pengaplikasian produk ini pada permukaan buah sebagai bahan salutan bukan saja dapat mengawal penyakit antraknos secara spesifik, malah dapat mengekalkan kesegaran buah, melambatkan proses pemasakan buah tanpa mempengaruhi kemanisan buah dan menurunkan kualiti buah. Justeru katanya, produk itu dapat meningkatkan pendapatan eksport negara, mesra alam, bebas kimia dan tidak membahayakan manusia serta alam sekitar. Beliau berkata, hasil kajian itu kini dalam perancangan untuk diperluaskan bagi pengeluaran berskala industri dan perbincangan diadakan bersama pengusaha tempatan yang berminat untuk mengeluarkan serta memasarkan produk itu. Sementara itu menurut Dr. Kamaruzaman, idea untuk terus menggunakan daun pokok allamanda sebagai agen antikulat terhadap buah-buahan tercetus ketika beliau menghadiri Persidangan Asia Mengenai Patologi Tanaman ke-2 di Singapura pada tahun 2005. Ketika itu terdapat kertas kerja yang dibentang membicarakan mengenai pokok itu yang diproses menjadi bentuk pelet sebelum digunakan dalam pengawalan penyakit bawaan tanah. Kajian yang dijalankan selama tiga tahun tersebut kini sedia untuk dikomersialkan dan antara sasarannya mereka adalah beberapa buah agensi penguatkuasaan, usahawan persendirian, industri kecil sederhana (IKS) dan pusat pengendalian lepas tuai. Semuga paparan ini menambah ilmu teknologi pertanian dari blog Anim Agro Technology. Wasallam!!!..
RACUN ORGANIK... SUDAH DICIPTA...
BAHAN ASAS...POKOK ALAMANDA...
DI UPM SERDANG...PENYELIDIKNYA...
ADA PRODUK...PETANI MENGGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Tanaman Betik Agropilitan,
Daerah Bentong,
Pahang, Malaysia.
(12 Syawal 1437H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »