SALAK SABAH (Salacca endulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae iaitu sejenis tanaman dari keluarga menyamai tanaman kelapa sawit. Tanaman salak di Malaysia kurang dimajukan oleh petani tempatan kerana ia berduri dan tidak diminati oleh ramai petani. Petani lebih suka menanam pokok buah lain yang mudah diuruskan seperti durian, rambutan, dokong, manggis, kelapa dan sebagainya. Pada masa ini dilaporkan terdapat seluas 1,320 hektar tanaman salak di Malaysia direkodkan tahun 2014 dengan potensi hasil sebanyak 4,530 metrik tan (Dari 798 hektar yang berhasil) yang bernilai sekitar RM 15.824 juta. Rekod statistik daripada Jabatan Pertanian menunjukkan kadar purata hasil salak di Malaysia sekitar 5,900 kg sehektar. Salak paling banyak di tanam di Daerah Kuala Krai Kelantan (329 ha), Daerah Dungun Terengganu (256 ha) dan Daerah Tumpat Kelantan (233 ha). Terdapat beberapa jenis salak yang sesuai ditanam di Malaysia seperti Salak Raja (Z6), Salak Bali (Z7), Salak Pondoh (Belum Daftar) dan juga Salak Sabah (Belum Daftar). Pokok Salak rendah iaitu kira-kira 2-5 meter tinggi dan hampir-hampir tiada batang. Pokok ini tumbuh berumpun iaitu banyak mengeluarkan sulur anak. Hampir keseluruhan pokok salak berduri tajam terutamanya di pangkal pokok. Pokok Salak adalah jenis 'diesius' dimana. bunga jantan tersusun rapat dalam jambak berbentuk jejari dan dalam kelompok yang mengandungi kuntum bunga. Tangkai bunga panjang. Bunga betina lebih besar dan lebar dan bertangkai pendek.Kelulut yang ada dikawasan kebun meningkatkan proses pendebungaan dengan cekap berbanding dengan kaedah pendebungaan berbantu sebelum ini. Buah salak berbentuk hampir bulat atau bujur. Warna kulitnya perang atau perang kemerahan. Kulit ini mempunyai lapisan sisik-sisik leper yang teratur bertindih-tindih dan rapat. Sebiji buah mengandungi 1-3 ulas yang berbiji. Isinya berwarna putih, krim, kekuningan dan selalu mempunyai rasa kelat manis atau manis. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kejayaan seorang petani Tionghua dari Kampong Sg Jerik, Maran, Pahang yang menanam varieti Salak Sabah dan mendapat pendapatan baik.
Kebun Salak Sabah dikebun ini berumur 4-5 tahun dimana benih salak diperolehi daripada Negeri Sabah dengan membeli buahnya sahaja. Petani ini kemudian menyemai biji Salak Sabah yang matang dalam nurseri sebelum ditanam sebanyak 246 pokok. Daripada pemerhatian penulis mendapati pokok salak disini amat subur dengan buah yang tidak berhenti. Petani memberikan penjagaan amat baik terhadap pokok salak ini sehinggakan kebanyakkan pokok matang mampu menghasilkan setandan salak setiap minggu. Bagaimana pun musim tertentu kadang-kadang agak kurang hasilnya. Penelitian penulis pada beberapa pokok ditepi jalan kebun mendapati semua tandan salak padat dengan buah salak yang seragam saiznya dalam setiap tandan (Sila lihat foto disebelah). Antara penjagaan yang diutamakan petani adalah membekalkan sistem pengairan yang sempurna dimana air disalurkan daripada sumber air bersih dari rizeb bersebelahan. Beliau tidak pernah meracun rumpai dalam dusunnya sebaliknya hanya memotong rumput dengan cara mesin rumput sahaja. Dakwanya racun rumpai jika disembur berhampiran pokok salak akan merosakkan tanah dan ianya menganggu kesuburan tanah. Selain menggunakan baja NPK 12:12:17:2, petani ini banyak memberikan baja organik termasuk baja 'Fish Meal Solution' yang diimport daripada Jepun. Baia organik ini memberikan rasa buah lebih manis, pokok lebih subur dan sihat.
Kini dengan teknologi penternakan kelulut (Trigona itama) dalam dusunnya telah banyak membantu proses pendebungaan salak. Ada 26 koloni kelulut dikawasan tanaman salak yang membantu proses pendebungaan lengkap setiap tandan bunga salak (Sila lihat foto disebelah). Kunjungan beberapa koloni Lebah Tualang (Apis dorsata) yang ada dikawasan hutan bersebelahan malah ada yang bersarang dikawasan kebun menjadikan proses pendebungaan salak amat cekap. Petani mendakwa sebelum meletakkan kelulut sebelum ini beberapa tahun dahulu dinyatakan yang peratus kejayaan pendebungaan dikebun salak amat rendah. Koloni kelulut dibeli daripada penduduk tempatan asalnya hanya 5 koloni sahaja dahulu dengan harga RM200.00 satu koloni pada masa itu. Selain itu kelulut tersebut telah menghasilkan madu dengan purata hasil madu kelulut sebanyak 60 - 80 kg sebulan sepanjang musim panas dan musim bunga. Madu kelulut dijual dengan harga sekitar RM 120 - RM160 setiap sekilogram. Penulis dapati salak Sabah ini mudah diuruskan berbanding dengan salah jenis lain walau pun buahnya secara relatifnya adalah kecil. Bagaimana pun setelah membuka beberapa biji Salak Sabah dibawah pokok penulis dapati ia menghasilkan rasa manis tanpa ada 'Rasa Kelat' seperti salak jenis lain. Pemberian baja organik yang mencukupi membolehkan buah salak dari kebun ini manis dan mendapat gred A dipasaran ikut kategori salak kecil ini.
Buah Salak Sabah dari kebun ini dituai setiap 4-5 hari mengikut blok tanaman. Ada seramai 15 orang pekerja asing yang akan memetik buah yang matang dan mereka akan membawanya kepusat pengumpulan. Di pusat pengumpulan ini pula mereka akan meleraikan dari tangkai dan membuat penggredan buah salak pada sebelah petang mengikut Gred A dan Gred B (Sila lihat foto disebelah). Buah ini akan dihantar terus kepada pemborong di Selayang, Selangor untuk dijual disekitar Lembah Kelang. Harga Ladang buah Salak Sabah di peringkat ladang bagi Gred A adalah RM6.00 sekilogram dan bagi Gred B adalah RM5.00 sekilogram. Kini purata jumlah penghantaran buah salak Sabah ini sebanyak 150 - 200 kg setiap 4-5 hari. Penulis dapati buah salak yang dihasilkan dikebun ini amat enak, manis dan rangup dan mendapat permintaan yang amat baik daripada pelanggannya. Petani menyatakan pemborong buah di Selayang akan sentiasa menelefon dia jika bekalan kekurangan atau lewat penghantaran. Pada penilaian penulis mendapati penanaman Salak Sabah di Maran ini membuka ruang kepada petani lain untuk boleh menjadikan Salak Sabah sebagai satu pilihan penanaman buah-buahan di negara kita. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!...
SALAK SABAH... KECIL BUAHNYA...
TIDAK KELAT... MANIS SEMUANYA...
KELULUT.. BANTU DEBUNGANYA...
BUAH MANIS...BAIK HARGANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dusun Salak Sabah,
Sg Jerik, Maran,
Pahang, Malaysia.
(1 Ramadan 1437H)

EmoticonEmoticon