PADI - SEMAKAN TANAMAN PADI (Part 3)


SEMAKAN TANAMAN PADI (Rice Check) adalah satu panduan untuk menguruskan tanaman padi (Oryza sativa) mengikut sasaran yang ditetapkan. Terdapat 10 peringkat yang ada dimana setiap peringkat Rice Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan tanaman padi yang baik ke arah penghasilan yang lebih tinggi. Aktiviti pemantauan dan pemerhatian pokok padi dan status sawah/ ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah faktor yang penting untuk mengenalpasti masalah dan perlu untuk mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman padi perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang setiap musim. Pengamalan semakan tanaman padi merupakan satu dari Amalan MyGAP yang perlu diamalkan oleh pesawah diseluruh Malaysia sama ada dikawasan jelapang padi mahu pun dikawasan luar jelapang padi. Jadual 1 dibawah menunjukkan purata pengeluaran padii negara sekitar 4,476 kg sehektar (4.4 mt/ha) yang melibatkan seluas 194,356 hektar kawasan utama jelapang padi di Malaysia. Kawasan MADA merupakan kawasan pengeluaran utama padi negara dengan keluasan 96,558 hektar dan purata pengeluaran 5,038 kg/ha dengan jumlah pengeluaran padi sebanyak 963,189 mt pada tahun 2010. Pengamalan semakan tanaman padi oleh pesawah dikawasan jelapang padi amat penting bagi meningkatkan prodiktiviti padi negara. Artikel subuh Ahad ini saya berkarya lagi dalam "Anim Agro Technology" pemahaman penulis mengenai 'Rice Check' untuk dikongsi bersama anda semua.

Jadual 1: Maklumat Pengeluaran Padi diKawasan Jelapang Padi 2010


RICE-CHECK UTAMA 7

PEMBAJAAN
Konsep rice-check ke 7 berkaitan dengan pembajaan dimana motonya "Hasil yang tinggi diperolehi melalui pembekalan nutrien yang mencukupi dan tepat pada masa yang diperlukan". Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasilan padi maksima atau hasil potensi sebanyak 10 tan sehektar dicapai. Berikut jadual pembajaan dalam rice-check yang sesuai diikuti oleh pesawah. Jadual 2 dibawaj menunjukkan pemberian baja mengikut jenis dan kuantiti serta masa pembajaan yang betul.


Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut varieti padi adalah berbeza dan juga mengikut jenis tanah. Baja foliar digalakkan untuk digunakan bagi menambah nutrien padi pada 45HLT dan 65HLT. Jadual 3 dibawah menjelaskan kaedah pembajaan seperti berikut.

Jadual 3: Kadar pembajaan padi ikut varieti

RICE-CHECK UTAMA 8

PENGURUSAN AIR
Konsep ke 8 dalam rice check adalah berkaitan dengan moto iaitu sistem "Pengurusan air yang cekap dan mencukupi pada masa diperlukan adalah penting untuk pengeluaran hasil yang tinggi".  Buat parit kilik sepanjang batas petak untuk mempercepatkan pengairan dan saliran. 
Jaga kedalaman air di dalam petak antara 5 – 10 cm (2-4 inci) bergantung kepada ketinggian pokok sepanjang peringkat pertumbuhan. Pastikan jangan berlaku kekeringan kerana ia akan mengurangkan hasil padi. Kajian menunjukkan bagi varieti matang 105 -111 hari keringkan air 7-10 hari sebelum tuai. Bagi varieti matang 120 hari dan lebih keringkan air 14 hari sebelum tuai.


RICE-CHECK UTAMA 9

KAWALAN PEROSAK
Konsep seterusnya adalah mengenai kawalan rumpai dimana motonya adalah "Rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi". Aktiviti kawalan rumpai dilakukan semanjak proses penyediaan tanah dan juga libatkan aktiviti pengurusan air yang sempurna membantu dalam kawalan rumpai.  Periksa 3 - 5 hari sekali selepas tabur benih dan kenalpasti rumpai yang terdapat di dalam petak sawah. Masa mengawal rumpai ialah beberapa cara dimana masa TERBAIK pada tempoh KURANG 15 HLT dan masa
KRITIKAL pada 15 - 30 HLT dan kawalan rumpai KURANG BERKESAN pada LEBIH 30 HLT.  Pilih jenis racun rumpai yang sesuai dengan rumpai yang dikenalpasti di sawah. Antara jenis-jenis racun yang biasa digunakan ialah prethilachlor, thiobencarb + propanil dan 2, 4-D butyl ester.
Dinasihatkan JANGAN guna racun jenama yang sama lebih dari 3 musim berturut-turut kerana ia boleh menyebabkan kerintangan (kebal). 

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN PENYAKIT 
Kawalan perosak perlulah mengikut konsep Pengurusan Perosak Secara Bersepadu (IPM) iaitu kawalan dijalankan setelah serangan mencapai tahap ambang tindakan. Tahap ambang tindakan beberapa jenis perosak dan penyakit utama dan syor kawalan adalah seperti Jadual 4 yang berikut :

Jadual 4: Kawalan perosak dan penyakit padi

Perosak / Penyakit
Tahap Ambang
Tindakan (ATL)
Contoh (Bahan Aktif
Racun)
1. Tikus
 5% serangan
 Chlorophacinone
 Brodifocoam
2. Siput gondang
   emas
 1 ekor bagi 1 meter persegi
 Saponin  Niclosamide
3. Ulat gulung daun
 40% serangan
 Buprofezin + cartap
 hydrochloride
4. Ulat batang
 40% serangan atau 2  ekor
 Seperdu
 Fipronil Carbaryl
5. Bena perang
 20 ekor dewasa / 50 ekor
 Nimfa seperdu
 Buprofezin
 imidaclopid
6. Bena Belakang
   putih
 20 ekor dewasa / 50  ekor
 Nimfa seperdu
Carbaryl imidaclopid
7. Hawar seludang
 10% serangan
 Difenochonazole
 pencycuron      

Bagi kawalan tikus lakukan kerja berikut biasanya dilakukan dengan membuat pengumpanan sebelum dan semasa penyediaan tanah, semasa menabur benih, padi bunting dan padi berbuah.


RICE-CHECK UTAMA 10

PENUAIAN
Menuai hasil padi adalah perkara yang boleh menentukan produktiviti hasil padi. Ini kerana "Pengurusan penuaian sempurna menentukan hasil sebenar diperolehi". Menuai tanaman padi apabila diperiksa bahawa sebanyak 85% padi adalah cukup masak.  Semasa ini pastikan sentiasa untuk mengawasi kerja-kerja penuaian bagi memastikan peratus kehilangan (padi tumpah) berada pada tahap minima. Hanya menggunakan jentuai yang cekap dari kontraktor berwibawa dengan cuaca pemotongan yang sesuai. Hasil padi yang dituai seterusnya dihantar kekilang dengan kadar segara untuk mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan berat timbangan. 
Demikian 10 peringkat semakan tanaman padi (rice check) yang boleh dibaca dan dirujuk oleh semua. Wasallam!.

SEMAKAN TANAMAN PADI.... ADA...
10 PERKARA... MUDAH SAHAJA...
AMALAN MYGAP... SYARATNYA...
HASIL TINGGI... HATI GEMBIRA....


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 212, Hotel Tandop, Jalan Langgar,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(13 Rabiulawal 1436H)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »